The pound of flesh adalah daripada petikan layar Shakespeare, The Merchant of Venice.
Yang bermaksud, secara kasar, hutang darah dibayar darah.
Dan berapa berat roh kita? 7 paun atau 21 gram?

The pound of flesh adalah daripada petikan layar Shakespeare, The Merchant of Venice.
Yang bermaksud, secara kasar, hutang darah dibayar darah.
Dan berapa berat roh kita? 7 paun atau 21 gram?

…aku hanya diam. Statik.

D U A.

S A T U.

Kadangkadang kita tidak perlu hairan pada setiap kejadian misterius yang berlaku di sekitar atau pada diri kita. Kadangnya kita tidak perlu pun asyik bertanya ‘kenapa’.
Kerana setiap kejadian yang berlaku itu, itulah yang dibentuk dan dicantikkan. Punya sebab dan akibat yang kadangkala kita sendiri bodoh mahu menerima atau ‘embrace’.
Seperti kata R.W. Emerson, “means and ends, seed and fruit cannot be severed; for the effect already blooms in the cause, the end preexists in the means, the fruit in the seed.”
Pujangga tua yang lain pun sudah ramai yang berbisik tentang ini.
Tentang ironi. Tentang paradoks. Tentang kebarangkalian yang tersembunyi indah.
Tentang wujudnya kau. Dan juga aku. Yang bertemu di persimpangan yang bersilang.
Jadi sayang, redah sajalah.

Ceritalah.
Ceritalah lagi tentang pujangga dan pemikir yang mati kedinginan. Tentang Popper yang tidak pernah kukenal. Tentang eksistensialis yang meracau marjinal.
Ceritalah lagi tentang daerah yang amat dingin pada petangnya. Dan tentang kota penuh binaan lama.
Ceritalah lagi tentang suami yang curang. Tentang kasih yang tiba-tiba muncul daripada seorang anak yang ditinggalkan. Tentang anak kecil penjaja yang kebasahan di daerah kota yang penuh manusia palsu. Tentang Tuhan dan dunia yang kejam.
Ceritalah lagi tentang pemimpin yang terpaksa bersuara, dan pengikut yang memilih untuk tidak setia. Tentang politik dunia siswa yang dangkal. Tentang korupsi dan konspirasi pemimpin peringkat tinggi.
Teruskan bercerita tentang ideologi muzik Bethoven. Tentang Bocelli yang menjeritjerit sayu.
Ceritalah. Kisahmu jadi makanan akal dan jiwa.