Arsip untuk Mei, 2008

h1

Antara Kebun Mimpi dan Taman Mimpi

Mei 17, 2008

Susulan pameran Friction di Kebun Mimpi.

Haslin Ismail, The Unknown 152cm x 122cm, mixed media on canvas

Ilham Fadhli Shaimy, The Carnivale, 82cm x 183cm, mixed media on canvas

Pada sabtu lepas, aku dan rakan menjengah sekejap ke kebun mimpi. Pak Samad masih seperti dulu. Selepas Pak Samad selesai ‘membuka’ pameran, kumpulan sosund pula mengambil alih. Aha. Apa ni? Bagai kami melihat watak-watak yang diimejkan haslin dan ilham, keluar daripada catan mereka di dinding dan membuat kacau bilau di persembahan Sosund. Memakai topeng ada sebabnya, salah satu bagi sosund ini mungkin kerana ia satu lambang ‘demure’ atau lagak bijak (agar nampak tenang atau best!). Tapi jika keterlaluan, kelihatan bagai satu tempelan sahaja di muka dengan kesombongan. Penonton dibiar tertanya-tanya kekeliruan, dan diakhiri dengan lagi kekeliruan bacaan sajak bahasa inggeris yang tidak terdengar patah butirnya. Tenggelam dalam muzik digital techno yang tidak relevan. Ada kosong di situ, tapi. Syok sendiri? Atau satu pernyataan ‘tafsirlah persembahan kami yang penuh tragedi, penuh makna, perlambangan dan berat falsafah’?? Ah. Aku pilih syok sendiri. :)

Eh tidak. Ini bukan mahu bercerita tentang catan pameran.

Tapi sebelum tiba di kebun mimpi, kami ke seremban, mencari taman mimpi masing masing. Dan langkah aku ke sana bagai menarik balik keahlian dalam kelab feminis sedunia. lantas mahu lagak dipancung Ayu Utami dan mungkin dihalau aku keluar dari kantor mesyuaratnya.

h1

On verge of sorrows

Mei 12, 2008

William Blake ialah penyajak, artis catan dan cetakan. Pada tahun 1789, beliau menghasilkan karya agung, sebuah buku puisi  bertajuk The Songs of Innocence. Salah sebuah puisi yang terkandung dalam buku ini dijadikan lagu runut bunyi untuk filem A Little Princess (one of my all-time favorite).

A Little Princess ini (remake daripada filem yang dibuat pada tahun 1939) adalah arahan Alfonso Cuaron yang diadaptasikan daripada buku yang ditulis Frances Hodgson Burnett. Edisi pada tahun 1995 ini lebih fantasi dan sedikit surreal, dan lebih berwarna-warni. Aku suka. Suka terutama watak Sara yang dilakonkan Liesel Matthews.

Inilah sebahagian daripada petikan sajak Blake yang dijadikan lirik lagu berkenaan.

On Another’s Sorrow

Can I see another’s woe,
And not be in sorrow too?
Can I see another’s grief,
And not seek for kind relief?

Can I see a falling tear,
And not feel my sorrow’s share?
Can a father see his child
Weep, nor be with sorrow filled?

Dan lagu dari sajak Blake ini dinyanyikan secara koir, sungguh merdu dan meruntun.

h1

Art Exhibition UKM 2008

Mei 9, 2008

ART EXHIBITION UKM 2008, will be launched at 10.00 am on 14th MAY 2008.

The exhibition will be held at Galeriseni UKM, DECTAR, UKM, Bangi.

TQ.

Nota tambahan:

Salah sebuah karya saya akan dipamerkan di pameran ini:

hilang seimbang 01

Tajuk: Hilang Seimbang S01 (The series)
Tahun: 2008
Media: Akrilik atas kanvas
Saiz: 3 kaki x 2.75 kaki
Harga: RM3300.00

h1

FRICTION – Art Exhibition by Ilham Fadhli ; Haslin Ismail

Mei 8, 2008

An exhibition by ILHAM FADHLI & HASLIN ISMAIL, “FRICTION” will be launched by National Laureate Datuk A.SAMAD SAID at 8.30pm on 10th MAY 2008. Music, video and poetry will be performed by local group SOSOUND.

Please come 15 minutes earlier.TQ.

ps: semua ni dicopy paste dari nazri m annuar. dia pun copy paste dari facebook. :)

ps2: dia lupa nak copy tempat. launching ini di kebun mimpi, jalan bangsar.

h1

Di Art For Grabs dan KLAB (multi event dalam satu masa)

Mei 8, 2008

Beli satu dapat 3!

Waahh.

Barang tak terjual pun tak apa. Tapi yang penting dapat ‘jual’ nama. :)

Dapat jumpa geng Jurnal (nazri (selamat kenal), naga etc), geng Amir, saharil, geng studio di kala jingga, geng aic, r.a, aisya, marina, bro faisal mustaffa (tegar ye?), fahmi reza, khatijah tan, kak hanim khairuddin, james (art lover), tokei2 galeri seni (r. a n lain2), bro fathul (lagi tegar kuasa dua), artlovers, artwatchers, artcritics, art-over-react, etc. dan tak lupa kepada adik2 rambut punk datang tengok gig rock kangkang.

sekitar booth kami

sekitar booth kami 2

sekitar booth kami 3

cupcakes oleh deheart. ramai yang ingat clay art. cantik sangat macam objek seni la pulak..:) tak, ini kekcawan untuk dimakan.

*gambar diambil shah_sri.

dalam banyak2 ruang, ruang ini yang paling menarik. patut jadi instalasi letak dalam balai seni lukis negara. :P

* gambar di ambil oleh encek exike. http://exikez.fotopages.com/

Eh tak.. banyak sebenarnya artwork yang terjual. dapat menambah art kolektor untuk aku dan kawan2 macam james, puan halimah dan salah sebuah galeri di tengah ibu kota. dan dapat juga celikkan mata ramai orang yang sebelum ni agak rabun.

ps: terima kaseh jesse sebab tolong bersusah payah jugak.. :)