Arsip untuk Juli, 2008

h1

TRO itu maknanya To Rule Out lah!!

Juli 31, 2008

“The healthy man does not torture others. Generally it is the tortured who turn into torturers.”
Carl Jung.

 

dialog di bangsar. pagi ahad. ‘cafe’ dan urban.

Mr A:: Hey man! dengar yang u’ve changed ur religion!
Mr B:: Yes! u heard rite! I’m a Muslim now! Masuk Islam lah.
Mr A:: Great what! Which Islam?
Mr B:: Islam Hadhari, Of course lah!

dialog hanya di Malaysia terdapat.

 

 

 

Sabtu dan Ahad ini. Aku dan kawan-kawan akan berada di bangsar. insyaAllah.
tak. bukan nak carik Islam Hadhari di sana.
tapi kami ‘join’ bijou bazaar di j’eumpa d’ramo.
untuk memperdagangkan produk dan mercendais (?).
Sesiapa yang kelapangan, silalah jenguk kami.
Jangan lupa bawak duit dan uwangnya…

 

notakaki: sila klik sini untuk peta dan maklumat yang lain-lain.

h1

aku dah belajar lupakan kau, jadi jangan datang terhegeh-hegeh!

Juli 30, 2008

mari kita bersayu sayat. menyadiskan diri. takdis. dan cipta tangis renjis. ahh!

beberapa entri yang lepas. aku ada tampilkan sajak william blake yang dikoirkan. dalam filem A Little Princess. ini yang baru aku jumpa dalam youtube.

lagunya muncul pada latar 6:24. aku suka!

moonlight sonata. beethoven. juga agak sayat. aku sangat suka!
ini lagu klasik yang paling aku suka! (double penekanan tu!)

di video ini, lucarelli bermain dalam a minor.
ini tab gitar dalam a minor. (secara asal, moonlight sonata dalam c minor).

selanjutnya, di sini.

“Out of suffering have emerged the strongest souls. The most massive characters are seared with scars.” – khalil gibran.

h1

“it takes less then death to kill a man”*

Juli 28, 2008

 

 

dulu. semasa tingkatan 3.
aku mula jatuh cinta. pada subjek sains.
bukan sebab cikgunya hensem.
atau selalu belanja makan.
atau selalu tak masuk kelas sebab ada ‘meeting’.
tapi kaedah ‘teaching’nya sangat menarik.
dia jadikan sains itu suatu sejarah. suatu bahasa.
suatu seni. dan suatu alam. alam kehidupan.
ertinya dia aplikasi sejarah ke dalam setiap kehidupan kami pelajar.
dan sehingga tingkatan lima.
aku sangat cemerlang dalam sains. hehe.
sehingga kini. aku aplikasikan sains ke dalam seniku**.
dan setiap kehidupanku.
maka sains itu ada dalam Islam.

 

ahad lepas. astro ada siarkan sebuah filem.
*school of life. tentang guru yang menghidupkan ajarannya di kelas.
dengan pendekatan atau kaedah unconventional.
dan turut menyisipkan erti kehidupan dalam ajarannya. kepada pelajar.

 

antara filem lain dalam kelas yang lebih kurang ialah dead poet society, emperors club, mona lisa smile, dangerous minds, to sir with love (sekadar menyebut beberapa filem yang aku suka)

 

selamat hari guru.
o’ captain my captain! carpe diem.

 

**ibn khaldun.

h1

“there are things known, and there are things unknown, and in between are the DOORS.”*

Juli 24, 2008

dapatkan single terbaru Man Keedal Rockestra!

LIMITED EDITION!

berharga RM18.00 sahaja.

hubungi 012 2265036.

ok. iklan di atas tidak berbayar.
dan cikgu busu, er. sy nak satu eh! FOC! hehe.

*Jim Morrison. (pergh. banyak sangat bahan kimia dalam badan dia).
Asal quotation ini adalah (memandai aje dia ubah quotation orang):

“There are things known and there are things unknown, and in between are the doors of perception” Aldous Huxley (English Novelist and Critic, 1894-1963)

Pakcik Jim ni suka quote orang lain. antaranya ialah william blake, penyajak idola beliau.

“When the doors of perception are cleansed man will see things as they truly are, infinite.” – William Blake

eh.. sama lah kita!

h1

Antara ini bukan sama sekali platonik*

Juli 23, 2008

dua entri yang lepas, aku tampilkan poster uncle sam.

uncle sam merupakan ikon yang popular.
di US sewaktu perang dunia pertama.
atau mungkin dikatakan personafikasi. bagi negara itu.

nikman, seorang rakan mengambil ikon uncle sam ini untuk karyanya.
temanya ialah agresi dan propaganda.
mungkin kita boleh personafikasikan ikon ini untuk negara kita.

*platonik idealism::
plato pernah berkata.
bahawa “idea” itu lebih sempurna daripada perkara atau benda.
atau realiti.

h1

“You should never underestimate the predictability of stupidity.” – bullet tooth tony*

Juli 18, 2008

mari kita belajar tentang logik.

Premis 1
Jehan. pelajar tingkatan 5. bersumpah depan guru disiplin. dengan bukti.
yang Bedah (makwe ketua pengawas) terlibat dalam kes pukul.
Jehan kena tangkap.

Premis 2
Saleh. pelajar tingkatan satu. mengadu kat ketua pengawas.
yang Ahmad buli dia mlm-mlm kat dorm.
Ahmad kena tangkap.

Premis 3
Ahmad pulak. report kat guru disiplin. dengan bukti.
yang ketua pengawas fitnah dia dalam kes curi seluar dalam dulu.
sampai Ahmad lebam pipi.
guru disiplin buat taktau.
Premis 4
yang Sunder pulak. baru buat sumpah.
pasal kes ketua pengawas.
tup-tup dah tak datang-datang sekolah.
drop-out lah tu.

pengetua dalam bilik. dok senyap-senyap.
(entah-entah dialah pemikir agung (baca: mastermind) kot.)

*snatch ialah sebuah filem bijak yang cukup seronok untuk ditonton.

h1

Apabila warna hitam bertukar merah

Juli 16, 2008

Perbualan antara 2 mahasiswa di salah sebuah IPTA.
Kedua-duanya memegang akhbar utama negara.
Dan sedang menonton siaran TV utama negara.

M A: Eh, tengok paper nih. Jem gile kl eh?
M B: Ooooh yang derang ckp ada rusuhan kat parlimen tu eh? Jadi ke rusuhan tu?
M A: Tak jadik kot sebab polis dah buat roadblock.
M B: Yang Anwar ni apsal degil taknak pegi balai polis?
M A: Tak jadik kot sebab polis dah buat roadblock. Jalan jem.

Bangganya bila dengar perbualan ini.
Tak sangka, mahasiswa kita ada pandangan yang luas.
Dan kritikan yang bebas.
Syabas kepada kerajaan.
Mahasiswa kita sangat prihatin kepada isu semasa.
Dapat memberi kupasan yang bernas dan mendalam.

Tidak hairan lah. Bila tengok debat semalam.
Terpaku aku dengan soalan dan penerangan.
vc salah sebuah IPTA di utara.
Sangat bernas dan meyakinkan.
Ini lah yang kita mahu.
Ahli akdemik yang begitu pintar hujahan.
Hence, lahirlah mahasiswa berketrampilan.

:P

h1

Antara geram dan kasihan

Juli 10, 2008

gadis::
dah aku kata. aku dah berinya pada orang lain. jangan lah nak meminta-minta. tak ada dalam simpananku.

pria::
tapi aku lihat dia tak pandai menjaganya. dihancur-hancurkan. dibiarkan kering. direnyukkan. kau bagi aku, aku akan jaga hatimu macam jaga evo 11 yang baru tu.

gaids::
biarlah. yang penting, dia selalu denganku.

pria::
tapi kau merana. aku sedih.

gadis::
…aku tak perlu kasihanmu.

pria::
ini bukan kasihanlah. ini cinta. bodoh!

h1

Antara Maskara dan Celak

Juli 8, 2008

apa akan jadi bila satu acara yang dianjurkan oleh penulis dan ahli sindiket, dan dihadiri oleh ramai tukang blog dan tukang reviu dan tukang tulis?  jadi macam cendawan putih yang tumbuh lepas hujan celah akar kayu, batang kayu dan atas tanah yang takde rumput. senang nampak. senang cabut. tak perlu aku nak cerita. cari sendiri.

jadi. tengok gambar je lah.

aku sangat suka set ini.  boleh jadi satu instalasi dalam seni halus. letak dalam galeri. pastu biar pengkritik seni dan khalayak ‘celik seni’ kerut dahi, urut kepala fikir apa maksud yang nak disampaikan…

haa.. ini dia selebriti maskara. ini dia jejaka jejaka hensem dari sindiket soljah. er.. cantik fesyen baju anda semua! nazri dan teman sindiket, terima kasih jemput kami untuk mengsumbangkan majlis anda.. haha. kalau ada sebarang kesumbangan, harap maaf ye.. tak cukup prepare la tu. :P

gengsi yang aku bawak untuk bantu aku. wan, exike dan ili. terima kaseh byk2 eh korang. korang memang best and memang berbakat besar dalam membantu kawan2.  :)

saharil tanya, kenapa limelight byk untuk derang. xpelah. aku suka di sebalik langsir, intai2 aje. lagipon, kawankawan aku lagi ramai yang ada bakat terpendam. haha. di belakang pon tak apa. saja nak tonjolkan mereka2 ini.

tapi yang paling aku terharu. taf teh sanggup datang dari jauh semata nak berjumpa. waaahhhh terlebeh sudah!  terima kasih byk2!  juga berpeluang jumpa ajami hashim, banyak kali dengar nama, baru terjumpa orangnye…

apapun. memang terhibur dengan MASKARA.

nk: gambar dipetik daripada lan rasso. kat sana ada lagi byk gambar2.

h1

Acara di sana sini

Juli 8, 2008

Kami sifoo.com akan join event ni. tapi aku tak dapat sepenuhnya terlibat sebab, ahh bz babe..
aku sekarang keje dah jauh lah jc. sekarang nih terkejar kesana kesini. apapon, tima kasih untuk aini sebab sudi bantu memenatkan diri jaga booth untuk kami.. huhu.

semalam hari khamis, lepas settle setup booth untuk indiefest, terpaksa berkejar ke shah alam untuk perasmian Open Show 08. Salah sebuah karya aku terpilih untuk dipamerkan. yey!
tapi pelik gak, mungkin tak biasa, perasmian oleh kerajaan baru. ada yb yaakob, yb elly wong!

foto ambik dari waridi wp.

 

 

sabtu malamnya pula akan berkejar ke sini.

tapi apa pun tak prepare lagi.. :(

 

 

nota: entri ini sepatotnya di poskan pada jumaat lepas, tapi tak sempat. ya ampun.