Arsip untuk Agustus, 2008

h1

//jue, tak berdebar ke nak tunggu keputusan esok ni? tapi kenapa kita pulak kena ada di jw mariot ni sehari suntuk esok????

Agustus 22, 2008

dua hari lepas aku pulang lewat. dalam pukul 9 lebih. kemudian aku makan malam di depan tv pukul 1015. aku seorang sebab teman serumah balik kampung. (habit aku untuk makan depan tv. mungkin subconscious untuk tidak membazir masa dan lakukan kerja dalam dua masa sekaligus??)

mula-mula aku buka tv3-suku (bak kata kak lily). tidak ada yang menarik kecuali drama yang cuba buat kelakar. kemudian aku tukar tv2. ok. ada movie yang macam menarik.

tapi aku rasa aku pernah tengok movie ini. pelakonnya pun aku kenal. tapi cerita apa ye?

5 minit kemudian.

aku tukar channel. apa ke waras nak aku terkebil sorang sorang malam ini sebab tak boleh tidur? sambil telinga boleh dengar macam-macam bunyi efek yang membuat kan minda pun berimaginasi tentang banyak perkara yang menakutkan?

ok. the exorcism of emily rose (teoer) aku dah tengok dan tak perlu tengok kali kedua waktu bersendirian di tengah malam. sangatlah tidak sesuai!

TEOER merupakan filem yang didasarkan pada kisah benar. dan dikatakan suara syaitan di dalam filem TEOER ini merupakan suara syaitan sebenar yang dirakam oleh ibu emily (atau nama sebenar gadis ini ialah anna). mungkin itu yang menjadikan filem ini agak realistik. mungkin pembikin filem di malaysia patut berdasarkan pada kisah benar untuk lebih realistik. macam kes histeria di sekolah. contohnya.

tapi the blair witch project pula berjaya membuatkan penonton ragu-ragu untuk mempercayai sama ada kisah ini benar atau fiksyen. mungkin kerana strategi pengarahnya yang membina satu laman web tentang kewujudan atau legenda blair witch ini sebelum filem ini ditayangkan.

nk: gambar jurnal di atas merupakan jurnal heather (iaitu gadis yang terlibat di dalam projek mencari tukang sihir blair ini) yang dijumpai di tempat kejadian. beliau hilang bersama rakan rakannya di dalam hutan tersebut. gambar dipetik daripada sini.

nk2: mari kita berdoa pada keputusan besok hari. goodluck.

h1

//presiden musharaf dah letak jawatan. jadinya, uncle bila lagi ya juju?

Agustus 20, 2008

“Man is least himself when he talks in his own person. Give him a mask, and he will tell you the truth.”
Oscar Wilde

 

 

aku pening. bila otak kiri dan otak kanan bertukar fungsi. dan korteks penuh aliran elektrik.

semalam setelah sekian lama tak tengok ezora. aku jadi pening dengan plot.

huh?? edrian bukan cucu onni?
ezora pun bukan?
anak itu anak reza ke?
dan minah thailand tu dah jadi isteri bob???
ok.

mulanya aku tengok ezora sebab diana. sebab dia tanya tengok ke tak. jadi aku tengok supaya bila dia tanya nanti aku boleh ulas.

tapi aku dah ‘lost’ tentang jalan cerita setelah sekian lama tak tengok.

ok. sebenarnya aku dah agak jalan cerita akan jadi berliku seperti jalan di bukit putus. sebab penulis skripnya ialah kash johan. kawan lama. dan dia sebelum terjun ke dunia skrip drama, adalah penulis novel. antaranya ’sutera demi aisyah’ dan ‘metamorphosis’. sesiapa yang pernah baca novel beliau, akan tahu yang dia gemar plot yang penuh dengan ‘twist’. juga protagonis mahupun antagonis ialah perempuan. dan antara perempuan ini akan ada yang alami sakit jiwa. dan sejarah selalunya akan berulang. ok. kash johan ialah lelaki. asal kedah. dan keturunan cina.

 

patutlah prof allen cakap. politik malaysia kalau didramakan atau difilemkan cukup menarik! mesti box office! siapa agaknya yang patut jadi pelakon hero dan heroin?

h1

//“It looks like me, sounds like me but it is not me”.. kata ‘ilmuan’ terkenal Malaysia.

Agustus 18, 2008

kata shaggy pula berulang kali:
it wasn’t me!

 

 

minggu lepas seorang profesor, allan whitfield dari universiti swineburne, australia datang melawat. aku ditugaskan menjaga hal ehwal makan beliau. jadi. minggu lepas adalah minggu makanan sedunia. ah. aku suka tugasan ini!

sambil makan, sempat juga kami bertukar-tukar cerita. dan rupanya, dia pernah ke kelantan. dipanggil universiti di sana. isterinya cina. jadi dia agak tahu tentang resam timur. dan dia juga generasi yang bukan muda. dia suka merokok. jadi lepas makan, dia pergi merokok dengan ketua koordinator.

- disunting-

 

 

2 minggu lepas, waktu malaysia. csi: new york menampilkan program second life ini dalam plot mencari pembunuhnya. -disunting-

 

 

keterangan lanjut tentang gambar pertama sila klik sini ya.
gambar kedua pula dipetik dari sini.

 

 

ps. sebahagian teks disunting kerana terdapat maklumat rahsia yang belum patut didedahkan. huhu.

h1

bukankah aku telah lama jatuh chenta pada dr spencer reid, wahai aisya?

Agustus 15, 2008

Mulan Jameela kata:
Otak mu sexy, itu terbukti..


Dr Spencer Reid bekerja di bahagian profail di FBI. Dia amat genius yang mampu merekod apa sahaja yang dibacanya di dalam minda. otaknya umpama komputer bergerak. (bukankah kita semua begitu??). dia juga boleh membaca keseluruhan teks dalam satu muka surat kurang dari 6 saat. iaitu 20 000 patah perkataan dalam masa seminit. wow! seksinya! dia juga mempunyai memori eidetik. dan IQ sebanyak 187. penampilannya bukanlah tipikal makhluk yang dikatakan terlampau genius. sangat cool! terutama bila dia pakai jaket kalis peluru yang terpamer kata FBI (haha). ibu dr reid penghidap schizo. dan dia juga bimbang dirinya akan gila. kerana penyakit ini boleh diwarisi secara genetik.

 

minggu lepas aku maraton drama criminal minds. aduh! kembang otak! aku suka! drama bersiri ini bagi aku sangat cerdik. pada setiap watak. pada setiap plot. pada setiap sudut kamera. drama ini tidak terlalu saintifik atau klinikal seperti csi. dan tidak terlalu kekeluargaan seperti law and order. juga tidak terlalu politik seperti 24. dan yang paling aku suka. pada awal dan akhir drama ini, salah satu watak akan meng’quote’ frasa atau ayat dari orangorang terkenal/ternama.

criminal minds ini tentang sekumpulan agen fbi dalam kepakaran masingmasing. membuat profail tentang penjenayah sebelum penjenayah itu melakukan jenayah. erm.. oleh itu:

malaysia patut gunapakai kaedah ini.
sebab di malaysia ini, 10 tahun dna sudah tak releven. laporan doktor pun sudah tak relevan.
dan takpayahlah polis susah-susah nak buli suspek. masa soal siasat. dan dr fadzilah khamsah boleh jadi seorang ‘profiler’. huhu.

 

 

 

petikan dialog dr reid:
Special Agent Derek Morgan:
So tell me, what does keep young Dr. Reid awake at night? Wait, let me guess. Memorizing some obscure textbook? No, no, no. Working on cold fusion? No, I got it, I got it, I got it. Watching Star Trek and laughing at all the physics mistakes?
Dr. Spencer Reid:
Actually, there aren’t that many scientific errors in Star Trek, especially considering how long ago it was made. There are certain improbabilities, but not that many outright errors.
Special Agent Derek Morgan:
Right.
h1

adakah penuntut-penuntut uitm ini kurang cerdik atau jahil berfikir? oleh itu aku bekas penuntut itm, bukannya ‘u’itm!

Agustus 13, 2008

 

wahai kekasihku bidadari syurga. dengan sayap yang jernih. turunlah ke bumi ini mencari penggantimu. aku sangat rindu. dengan wangi harummu.

 

 

 

aduh! bodoh! macam ‘puppet’ diperbuat orang!

h1

tok guru kata: kalau kamu samseng, Tuhan itu lagi samseng! dan ini puisi prosa aku.

Agustus 8, 2008

 

wahai kawanrakan.

 

aku sarankan. mulai sekarang. simpanlah keratan akhbar. simpan pautan dan berita di internet. arkibkan. ia akan bernilai. dinilai. kerana tahun ini sejarah akan terlakar. terutama dalam dua tiga bulan ini. terutama pada ketika ini. dan mungkin kamu boleh menghasilkan karya seni. seperti zulkifli yusuf daripada keratan dan maklumat ini!

tidak. aku bukan bercakap tentang olimpik. china dan tibet.

atau kajian empirikal kenapa jalan raya sesak teruk ketika roadblock.

“lu fikirlah sendiri, kata nabil”.

bukankah ibn khaldun menyarankan kita mengkaji sejarah? belajar daripada sejarah?

dan bukankah bulan ini kita merdeka? merdeka yang telah di’basuh’ pengertiannya. merdeka yang telah dicomotkan wajahnya.

maaf jika emosi. kerana pada kejahilan dan kekejaman, dapatkah kita bersabar?
pada kebobrokan dan korupsi, dapatkah kita mulut terkunci?
bodoh! 

dan mari kita pakai jaket kalis peluru. serta topeng gas. dan pasang tali keledar. ini bukan pengebom suisaid. ini minda suisaid. justifikasi ada. paralel ada. lateral pun ada kata de bono.

h1

pengebom berani mati itu selayaknya syahid: kata ulama dr yusuf al qardhawi.

Agustus 7, 2008

“He who controls others may be powerful but he who has mastered himself is mightier still.”
Lao Tzu

 

Jika ianya nyata benar sahih.
maka aku. sangatlah hormat dan kagum.

Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dan jururawat Yazihan Yusuf.
anda memang telah menjalankan tugas dengan amanah dan takut padaNya.
tanpa tunduk pada opresi dan agresi. memang benarnya, profesion ini tulus.

salut.

h1

“…katakan merdeka, jangan, jika minda masih dibelenggu…”*

Agustus 6, 2008

Tempat: Laman Budaya Shah Alam
Tarikh: 9 Ogos (Sabtu)
Masa: 3 ptg sampai 12 tgh mlm

“Layar Tanchap kembali lagi. Seperti tahun lepas, sekali lagi kita menggunakan tema Merdeka. Jadi eloklah sekiranya pada hari tersebut kita memakai baju kebangsaan atau pakaian yg melambangkan dan sesuai dengan tema merdeka. ..” petikan layar tanchap

 

 

jom meriahkan suasana.
aku ada di sana membuka gerai.

*diri memakai levi’s.
leher meneguk coke.
menghembus asap morlboro.

sambil memandu honda spesifikasi evo.
dan membaca UTUSAN MALAYSIA..
marilah kita merdeka.
merdeka versi Malaysia!

 

 

KEMASKINI.

kepada shah: sebenarnya di laman layar tanchap yang saya link di atas ada peta ke sana. laman budaya sebelah galeri shah alam aja. tapi saya linkkan juga di bawah ini petanya.

h1

i think, therefore i am*

Agustus 5, 2008

**(rujuk entri ini).

Artist: David Roberts Title: Elhambra, Spain

Cahayamu bagai sabitah. Doaku kau sejahtera. Biar warna kubah-kubahmu kian pudar. Untukmu setanggi ini kubakar. Cahayamu sediakala. Aku rindukan zaman kebangkitan. Pabila nurani bersulamkan fikiran. Seganding dan bersatu. Lafaz niatku bertemu. Cahayamu tiada tara. Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia. Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu. Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat. Supaya dapat aku tari menongkah arus. Sahutlah andalusia. Apakah sudah kering lautan darah. Yang tertimbus di bumi alhambra. Ataupun masih bergelora menanti saat. Melimpah mengikut mata air. Antal hadi antal haqqu. Laisal hadi Ilaahu. Lagu: m nasir Lirik: loloq

sarjana Islam dahulu tidak mengkategorikan manamana disiplin ilmu.
dan tidak menggredkan manamana disiplin ilmu.
contohnya seperti disiplin sains dan disiplin seni.
seperti yang dikelaskan di IPT IPT (atau sekolah) di malaysia.

bagi pelajar sains. ruang lingkup pembelajaran mereka hanya dalam lingkungan disiplin sains. begitu juga seni. hanya dalam ruang lingkup disiplin seni.

contohnya seperti ibn khaldun. seorang filsuf, sejarawan, kosmologi. sosiologi. ahli ekonomi. ahlil muzik

dan alghazali. seorang filsuf. budayawan. ahli politik. ahli fizik. ahli psikologi.

dan jika mahu ambil contoh barat. leonardo da vinci. seorang artis. pereka. ahli matematik. jurutera. ahli muzik. arkitek.

atau ilmuan greek dahulu. aristotle. ahli filsuf. menulis tentang fizik. metafizik. politik. kesenian. biologi.

dalam kejuruteraan binaan hebat seperti masjid sulaiman di istanbul, dan istana alhambra di granada (dikatakan istana terindah di dunia).
terdapat dalamnya banyak disiplin. seni bina. seni hiasan. seni tampak. matematik. fizik. falsafah. dematerialisasi dan denaturalisasi.

erm. falsafah? mungkin masjid kristal dan masjid putrajaya ‘boleh’ masuk kategori ini.

*Cogito ergo sum. frasa ini popular dikaitkan dengan rene descartes. ahli falsafah yang terkenal dan menjadi rujukan. terutama teori beliau tentang minda. ah bijak sungguh. tapi setelah ilmuan lain mengkaji buku beliau, hampir menyamai tulisan alghazali.

oh. sebenarnya, ‘i think therefore i am’ itu ‘frasa’ alghazali.

dan andalusia ialah nama lama bagi sepanyol.

“philosopher kings” = “those who love the sight of truth”
(Plato, Republic 475c)

h1

Things fall down. People look up. And when it rains, it pours.*

Agustus 3, 2008

 

aduh. suhu naik tinggi.
otak berdenyut denyut.
dan bersemayam.

terpaksa minta maaf pada maskara x.
terpaksa minta maaf pada bijou bazaar.

 

kalau bosan, klik di sini dan lihat video.
teringat aku pada cruise dalam *magnolia.
dalam versi yang lebih aman dan iman.