Arsip untuk September, 2008

h1

aku tak perlu baju raya sebab dah dapat macbook dari pejabat datuk. yea!

September 26, 2008

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

silalah datang rumah. tapi raya pertama aje. raya kedua nak gi sogo. nak shopping. :)

.

.

nk: kad raya atas ihsan exike (diambil tanpa kebenaran, sebenarnya).

h1

Antara ikon. kikis dan gebar.

September 21, 2008

Pameran ICONS, artis: Zulkifli Yusuf.
Galeri Wei-Ling
September 8th -30th September 2008.

———————————

malam perasmian pameran: sedikit catatan pendek yang bukan previu.

.

Zulkifli Yusuf pensyarah di fakulti aku. Jadinya.

Kami bertolak dari tanjung malim dengan 4 buah kereta. Termasuk kereta Kau. Pada mulanya aku berat untuk pergi kerana Kau juga ada bersama-sama hadir. Dan aku berdoa sangat agar di sana nanti, aku tidak akan berkesempatan untuk bersemuka dengan Kau. Aku masih terkilan. Sedih sebenarnya.

Tiba di sana. Orang ramai. Tapi yang hairan, hampir tiap sudut aku berpaling, aku terlihat Kau. Ya Tuhan. Aku suram. Aku ternampak Farouk. Pakar. en juhari said. dr suhaimi. ise. Kemudian aku teks mesej nazri vovin: ise ada. Kenapa awk tak ada? Dia balas: buka puasa dengan ofismate.

Sesak nafas membuatkan aku solitari ke tingkat atas. Di atas hampir lengang. Sebenarnya aku kurang suka majlis sebegini. Rimas. Dan sesak nafas. Yang hadir pun hampir kesemuanya plastik. Plastik dan sintetik. Hampir.

Tiba-tiba Kau naik ke atas dan mula tegurku (ironi kurasa). Di tangan Kau aku rasa secangkir champagne (maaf kalau tersilap). Well. Pada aku adalah tidak cool bagi jejaka muslim untuk minum non-halal semata mata nak berpretensi bahawa dia sangat posmoden, urban dan liberal. Sangat tipikal Kau. Malas aku nak tegur tentang itu. Aku akan jadi sarkastik. Bila aku sarkastik, Kau akan mula tarik muka. Aku tahu itu. Biarpun banyak tentang perilaku dan sikap Kau yang aku detes. Tapi kenapa lah masih ada perasaan dalam diriku?

Ya. Mungkin kita berkawan lama. Kenangan yang kurang enak itu sukar nak padam sebab dah jadi memori jangka panjang dalam minda. Membentuk sinaps pada neutron neuron. Mungkin suatu hari aku terhantuk dan neutron memori antara amigdala itu akan putus atau terjerumus jauh ke dalam korteks yang sukar diretrif. Oh Tuhan. Ok. Melankoli ini dah crap!

Dalam kesamaran imej itu, tiba tiba Abang Azman menjelma. Dan tersenyum mesra. Nyaman. Lama benar kami tak berjumpa. Abang Azman masih seperti dulu, sederhana dan tampan. Aku senang dekat dengannya. Terasa sangat selesa. Mungkin sikapnya yang agak brotherly. Abang Azman kata, dia kini sibuk siapkan karya untuk pameran di Singapura. Di akhir, tiba-tiba dia menarik tanganku dan menciumnya. Aku terjentak. Dan seketika seperti kanak-kanak mendapat lolipop. Wah gitu!

Dan saat berbual bersama Abang Azman itu aku rasa neutron neuron memori yang tidak enak tadi terjerumus jauh ke dalam korteks yang sukar diretrif. Dan imej kau di sebelah menjadi semakin kabur. Malam tak lagi suram.

h1

//shah cakapaje. baca ‘english section’ dan ‘bm section’ sekarang ni pun kena bertapis tau.. :)

September 19, 2008

injustice (plural injustices)

  1. absence of justice
  2. violation of the rights of another

Synonyms

(sumber: wiktionary)

.

.

aku ada terbaca suatu artikel menarik di sini. kesampingkan isi lain dalam artikel tersebut. aku lebih tertarik dengan kenyataan ini.

“…kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia…”

.

.

well said.

h1

//kin, tak payahlah ke Bandung. Kita gi Taiwan ya? Bak kata gadis gadis dalam dunia vovin, Taiwan is so in right now! Totally!

September 16, 2008

cereka-esei separa fiksi di warung kopi (bahagian satu).

.

.

- Kau tau tak, ketuanan Melayu sedang digugat skrg?
- Melayu siapa? Kau atau aku?, kataku merenung matanya.

Namron merengus. Dia ialah contoh ultra Melayu celup yang kononnya berjati diri. Dan tanpa sedar agungkan dogma urban liberalis pascamoden Dan neneknya datang dari Sumatera. Ya. Kebanyakan yang mengaku Melayu di sini berusulkan sama ada jawa dari Indonesia, Yunan, atau mamak.

Di Indonesia, sukar untuk kenal pasti sama ada berbangsa cina, jawa, mahupun Melayu. Gagasan Binneka Tunggal Ika yang dibuat oleh Pak Sukarno telah berjaya menyatukan dan membangsakan Indonesia. Binneka Tunggal Ika bermaksud kesatuan dalam kepelbagaian. Lihat sahaja pada Bahasa mereka. Mereka telah terbuka terhadap apa yang kita katakan pelacuran Bahasa.

- Kalau kerajaan bertukar, Melayu akan terpinggir. Kau tengok contoh kat Pulau Pinang. Bila diorang ambil alih, Melayu semakin susah di sana, kata Namron sambil menyalakan Dunhilnya.

- Ok encik Melayu tulen. Sebelum mereka ambil alih, melayukah pemerintah di sana? Melayu daripada dahulu lagi sudah terjerat di sana. Jangan nak letak label scapegoat pada orang lain.

Frasa kesatuan dalam kepelbagaian ini juga digunakan oleh seorang orientalis Barat bernama Richard Ettinghausen untuk menggambarkan tentang kesenian Islam. Beliau kata, seni Islam sangat fleksibel sebenarnya. Seni Islam menyerap budaya setempat. Seni Islam tidak pernah bersifat perkauman ataupun ras. Contohnya senibina masjid. Di china, berbentuk pagoda. Di nusantara, berbentuk bumbang limas. Di Timur Tengah pula, binaan masjid dipengaruhi senibina Seljuk.

- Kau cakap tak ada bukti. Selama ini pemimpin kita nak tolong bangsa Melayu. Pemimpin kita sentiasa bertunjang ketuanan itu. Melayu yang tak nak bersyukur.

- Ketuanan apa kalau the so called Tuan itu menjual tanah air sendiri. Kau nak bertuankan golongan macam tu? Kau tengok di Pulau Pinang saja. tapi di Johor bagaimana? Siapa dia hulubalang di Johor?

Tadi adakah aku berkata bahawa senibina Islam menyerap budaya tempatan? Itu tidak berlaku di Malaysia. Malaysia tidak mengekalkan identiti nusantara dan menceduk bumbung bawang daripada Empayar Mughal di India. Antara masjid lama yang masih mengekalkan dan terpelihara senibina nusantara ialah Masjid Tengkera di Melaka dan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Praktikalnya bumbung limas itu kerana adaptasi dengan iklim negara ini iaitu hujan sepanjang tahun dan juga panas. Amat fungsional. Dan itu belum lagi kusentuh tentang senibina campuran di Putrajaya.

- Kau tau tak Melayu dah banyak berpecah sekarang? Tak bersatu? Sementara bangsa lain semakin kuat? Sepatutnya, kita hendaklah beraja di Negara sendiri, kata Namron sambil hembus asap rokok.

Asapnya berkepul kepul ke udara. Mengapung. Aku terbatuk. Dan mengibas tangan. Seperti biasa sindiran halus ku tidak dibuat peduli oleh perokok tegar sepertinya. Bukan tidak mahu, cuma mungkin dia ingin menegakkan imej tegarnya. Mengikut statistik, perokok pasif lebih berisiko daripada perokok aktif. Itu fakta. Tetapi bentangkanlah statistik mana pun tentang keburukan merokok, namun tetap kalis kepada perokok yang setia merokok. Itu lah ketabahan seorang perokok. Tetap mereka harungi untuk terus menjadi perokok. Ya, dan mereka juga mempunyai secret pack. Persatuan perokok rahsia.

Dan ya. aku tahu rokok itu perlu bagi seorang yang artis kreatif sepertinya. Rokok itulah sumber idea dan inspirasi.

- kenapa sekarang mereka pertikai pasal benda ni. Dari dulu lagi quid pro quo. Kita ada sosial kontrak untuk elak 13 Mei berulang lagi, sambung Namron lagi.

- Aku rasa kalau kita lebih daulatkan ketuanan rakyat, ketuanan Islam, benda ni langsung tak akan dibangkitkan.

Dalam novel The Runaway Jury oleh Grisham, syarikat rokok disaman kerana menyebabkan kanser dan kematian (pada yang gemar akan filemnya, Runaway Jury lakonan John Cusack). Ok. Dan kes itu ditanggung oleh fund yang disalurkan oleh 4 gergasi syarikat tembakau. Dan juga menceritakan bagaimana juri boleh dimanipulasikan. Di Malaysia setakat ini belum ada lagi lagi yang menyaman syarikat tembakau. Cuma ada satu syarikat tembakau yang menyaman kastam kerana menahan barangan mereka di pelabuhan.

Mungkin kerana Malaysia tidak memakai sistem juri. Tetapi, tentang hakim yang dimanipulasikan? Tidak mahu aku ulas dengan lanjut.

.

.

(bersambung)

.

.

notakaki: gambar di atas ialah hasil kreatif ian ahmad. subjeknya sebuah kopitiam di kelang.

h1

//ekstrimis melampau itu frasa redundan, kan encek nanjamil?

September 15, 2008

monday yang mundane. mari kita dengar lagu. kaku. keras. biar kejutkan isnin yang kebas.

dan untuk mereka juga. yang agungkan ketuanan. kita ini asalnya Adam. secara teknikal bersaudara. jadi jangan bodoh sombong melaung ras. mengangkat darjat. degil.

.

.

.

Aerials

Life is a waterfall. We’re one in the river
And one again after the fall. Swimming through the void
We hear the word. We lose ourselves. But we find it all….
Cause we are the ones that want to play
Always want to go. But you never want to stay
And we are the ones that want to choose
Always want to play. But you never want to lose
Aerials, in the sky. When you lose small mind
You free your life. Life is a waterfall. We drink from the river
Then we turn around and put up our walls
Swimming through the void. We hear the word
We lose ourselves. But we find it all…
Cause we are the ones that want to play
Always want to go. But you never want to stay
And we are the ones that want to choose
Always want to play. But you never want to lose
Aerials, in the sky. When you lose small mind
You free your life. Aerials, so up high
When you free your eyes eternal prize
Aerials, in the sky. When you lose small mind
You free your life.Aerials, so up high
When you free your eyes eternal prize

.

tapi. kalau dah ada lesen puisi, boleh juga tambah, ultra-ekstrimis melampau lampau.

h1

//cikgu yanaz. apa kabar genggeng 2 hijau? atau kelas krelboyne kalau dalam malcolm in the middle.

September 12, 2008

hanya pendidikan yang mampu menyelamatkan masyarakat daripada mengalami keruntuhan
- jean piaget-

gambar 01 dan 02: anak buahku. aisya (6 tahun). dan hanna (4 tahun). ya. hanna yang bercita-cita untuk menjadi princess dan berkahwin dengan anak raja. dasar pandang ke depan. :)

gambar 03: aisya (semasa 3 tahun). pada umur 5 tahun, dia sudah pandai membaca akhbar dan subtitle di tv. mungkin bakal genius. kini dia agak obses dengan games di internet. ya. dia dan abangnya sudah pandai beryoutube dan bergoogle. (ah. anak urban pasca globalisasi). agak pandai membodek dan sangat comel. sangat lasak. dan sangat nakal. tapi hatinya sangat sensitif.

gambar 04: hanna (semasa umur setahun). sangat comel dan manja. mampu berdikari dan suka kan semua princesses disney. suka juga menyanyi lagulagu nursery. lemah lembut. suara dan kelaku. tapi hatinya agak keras. sampai ke tahap, mampu menggigit anak lelaki jika di agresi.

.

.

.

kata piaget. dalam teori kognitifnya. ada 4 tahap perkembangan kanakkanak. teori ini membuatkan kita lebih memahami kanakkanak dan memahami cara untuk mendidik mereka.

kata gardner pula. dalam teori pelbagai kecerdasannya. sama ada kemahiran logik matematik. kemahiran kinestetik. kemahiran visual spatial. kemahiran muzik. dll. setiap manusia dilahirkan dengan kemahiran masingmasing. jadinya. lorongkan lah anak anda ke arah kemahirannya. jangan dipaksa.

dalam Islam. ibubapa berhak memukul anak lebih daripada umur 10 tahun jika mereka tidak menunaikan kewajipan. ok. jika kita kaitkan ini dengan kata piaget. sangat bertepatan kerana pada umur 10 tahun, kanak kanak sudah mampu menilai dan sepenuhnya berfikir.

bukan ini sahaja. malah perkembangan otak bayi sewaktu di dalam kandungan telah lama diperkatakan dalam dunia Islam. dalam alQuran. barat menceduk. mengkaji. dan menjadikan kenyataan ini sebagai teori mereka.

jadinya. selamat menjadi ibubapa yang cemerlang. gemilang. dan terbilang. supaya nanti bila anak menjadi graduan harvard, bukan hanya di atas kertas sahaja. malah pada kelaku dan cara berfikir. ;) . ya. shah pastinya lebih tahu akan ini.

notakaki: ok. gambar 1 dan 2 diambil dengan teknologi telefon bimbit. maka tak sempat nak edit dan nak rotasi kedudukannya. :)

h1

//aku tak mahu taj mahal. taj mahal itu makam. kau mahu aku mati cepatkah?

September 10, 2008

berikan aku istana alhambra yang usang

kekasihku lari ke kota kaca dan menjadi wanita. dia memakai celak hitam dan maskara tebal.
di lorong-lorong dia masih bersayu berdendang. sadis.
kekasihku mencebik merajuk dan menjadi robot kasa.
dia menolak ku jatuh tapi masih menyimpan namaku di diari usangnya.

aku terjumpa seorang pemuda minda urban kontemporari. sering meneguk arak di tangan kanan dan berfalsafah ditutur. aku dan dia bulat. aku ketawa. aku bertanya, mahukah menjadi kekasihku? dia hanya menggeleng bangga dan menjeling perawan lain. kemudian aku menangis. aku sudah menghilangkan namanya tapi dia masih mengikat tali di tanganku. rimas.

kekasihku terjumpa sepasang sayap dan berlari mengelilingi kubus.
dia terdengar suara hatif dan pulang menjadi seorang darwis.
kekasihku adalah kekasih lama. dan dia masih berpegang pada akadnya. katanya, tunggulah.
dan kini aku masih menunggu di lorong suwer. cinta sudah tiada.

-lebuhraya utara selatan, 2007.

.

.

ini adalah antara sajak prosa aku yang bertimbun-timbun. yang tidak pernah diterbitkan dimanamana sekalipun. dulu aku ada juga hantar ke akhbar. tapi mungkin sajak aku ini banyak merepek. maka tidak lah ada yang terbit. di itm dulu ada lah tiga koleksi bersama. tapi bukan di pasaran terbuka. huhu. sejak dari itu, aku hanya simpan saja. dan syok sendiri. tapi ada juga beberapa yang telah menjadi lirik lagu. tidak. bukan lagu mainstream. lagu-lagu itu juga alami nasib yang sama dengan sajak. tersimpan bersawang. aku rasa taboo.

taj mahal ialah antara binaan seni Islam yang terindah. dan mungkin antara seni bina terindah dunia. cif arkiteknya, ustaz isa bijak mengatur dan merangka. tapi yang ironinya, shah jahan hanya mampu melihat dari menara penjara. dipenjarakan oleh anak beliau sendiri.

nanti akan aku ceritakan kehebatan binaan taj mahal.

gambar di atas pula ialah lukisan aku yang tidak siap.

h1

//apologi dan anologi itu berbeza maknanya dengan silologi.

September 8, 2008

deklarasi statutori: suatu apologi.

beberapa entri yang lepas. aku ada menceritakan tentang rakan penulis. tapi ternyata tulisanku itu, menyentakkan hatinya. (tapi aku lebih teruja apabila dia ada juga membaca blog ini!). jadi, aku ingin.

1. memohon apologi atas entri tersebut. aku tidak bermaksud untuk bersikap berterus terang begitu.
2. aku ingin tegaskan. sejujurnya aku adalah peminat karya beliau dan sangat suka membaca karya beliau.
3. entri entri ku ini ada yang bersifat sajak prosa. esei-fiksyen. dan jurnal-fiksyen. jadinya, aku juga menfiksikan realiti dan juga merealitikan fiksi. atau bak kata tok rimau, menulis cereka berdasarkan kisah benar, menulis kisah benar berdasarkan cereka, atau menulis cereka berdasarkan cereka.
4. jadi setiap entri itu ada terdapat makna di sebalik makna. simbol di sebalik perkataan. dan sinis di sebalik frasa.
5. beliau bagi aku merupakan seorang manusia yang begitu kreatif dan berbakat. serta rajin dan segak. :)

yang benar,
alina.

h1

//lebih daripada cinta platonik palsu ada di sini. dan ada yang bodoh menjadi pascaliberalis hidup semula dari sodom dan gomorrah

September 4, 2008

-maaf. gambarnya belum dapat-

ok. minggu lepas. ahad. aku ada di annexe central market. art4grabs. jualan barangan seni, serta forum dan sesi bercakapcakap. aku bawa kawan aku yang mulanya skeptikal tapi kemudian dia juga yang paling teruja. aku beli (banyak) buku dari faisal mustafa. dia tanya lama tak nampak. aku tanya dia balik, lama tak nampak.

aku dapat thong buku dari kawan-kawan gerai yang jual barangan kraf. aku jumpa ali di gerai di kala jingga. barang mereka sangat menarik daripada tahun lepas. aku tuntut tshirt aku daripada saharil tapi dia lupa (ceh!). aku jumpa nazri vovin tapi dia dah nak balik sebab masa dia datang aku keluar makan dengan kawan. aku ada gerai tapi tak ada barang. (minggu lepas minggu sibuk sedunia jadi tak sempat nak sediakan artwork). jadi jesse dan adik cad letak barang mereka.

aku dan kawan suka dengar ‘poetry and music’ persembahan alia dan erin (?). contoh terbaik anak urban pascamerdeka. sebelum itu, dia tangkap gambar aku sedang baca buku atas sofa. aku nak termuntah bila ada selebriti jahil yang letak gam pada benang basah supaya benang itu tegak. bodoh! jangan pegang pada religi sebab semua religi pun larang benda yang sama itu. plato pun marah. jadi, saya sarankan anda jadi seorang ateis yang tak ada falsafah hidup. faham?? logik akal! dan aku keluarkan waran untuk dia.

ok. lepas itu. saya, rakan dan thebrains ke rantai. dan choppe (jurufoto) semakin tembam.

cinta platonik adalah cinta pada seseorang yang tidak melibatkan nafs. ramai yang salah anggap hubungan antara lelaki dan perempuan. tapi frasa ini terbit daripada kejadian seperti yang diterangkan dalam simposium oleh plato. seorang murid yang begitu cinta akan socrates. tapi socrates berkata, cinta lah mindaku, bukannya diriku. (lebih kurang lah). paradoks pada kehidupan greek pada ketika itu yang berleluasanya cintacinta terlarang.

h1

//hanna kata. bila besar nanti dia nak jadi princess. kahwin dengan anak raja…

September 3, 2008

ok sayang. pilih anak raja brunei eh?? dan hadiahkan cikna tiket melancong satu dunia!!

ok. aku dapat award dari shah cakapaje.
dia kata:

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design.The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogspere.Here are the rules to follow:

1.Put the logo on your blog

2.Add link to the person who awarded you

3.Nominate at least 7 other blogs

4.Add links to those blogs on yours

5.Leave a message for your nominees on their blogs.

err. oookkk. terima kasih shah (walaupun taktahu kenapa dapat. blog ini tak ‘brilliant’ dari segi konten malah juga design). haha.

jadinya. aku pilih (aku pun sporting ye!):

1. shah cakapaje. (er.. buleh pulang balik ke?)

2 – 7. sesiapa yang baca entri ini.

sekian terima kasih.

ps. brilliante ke brillante?? dekat logo tu eja brillante..