Teman aku pernah beritahu dulu, aku ni seperti Tuhan Hindu. Tuhan Hindu yang mana, aku tanya. Entah, yang tangan banyak tu, dia jawab. Dia mengsimilekan aku dengan Tuhan Hindu bukan secara literal. Aku dilihat agak sibuk padanya. Semuanya aku mahu buat. Semuanya mahu aku capai.
Aku rasa Tuhan@dewa Hindu yang dimaksudkan ialah Durga. Durga dalam bahasa sanskrit bermaksud invincible. Suku kata Du itu sinonim dengan 4 devil iaitu kemiskinan, penyiksaan, kebuluran dan habit jahat. ‘R’ itu pula merujuk kepada penyakit, dan ‘ga’ pula pemusnah dosa, ketidakadilan, tiada religi, kejahatan dan kemalasan. Durga penentang kepada simbol kejahatan.
Sambil memeriksa kukunya, dia menambah.
- Agama Hindu adalah antara agama yang tertua di dunia. Kau tahu tak agama Hindu berasal daripada agama nabi Ibrahim? Aku geleng kepala. Muka aku kerutkan untuk menunjukkan aku dalam keadaan yang keliru amat sangat. Tapi sebenarnya, aku tak ambil peduli pun.
- Apa tingkat tertinggi dalam status agama Hindu?
- Brahma, aku jawab. Ha. Yang ini aku tahu.
- Brahma asalnya daripada perkataan Ibrahim. Dan kau tahu apa simbol binatang bagi orang Hindu?
Simbol binatang suci bagi orang Hindu adalah lembu. Dan ada kisah tentang lembu bercakap dalam cerita Nabi Ibrahim. Asosiasinya? Brahma -> Lembu suci = Nabi Ibrahim -> kisah lembu. Dan juga bukti dalam senibina kuil Hindu zaman dahulu. Simbol tiang-tiang yang dibina di sekeliling serta pusat menara tertinggi di bahagian atas kuil. Ada perkaitannya.
Dan suami kepada Dewi Durga ialah Siva. Ada arca seni tentang Siva menari tarian menentang kejahatan. Arca ini menarik kerana pembuatnya depik tentang pergerakan cahaya api yang seolah-olah irama yang berulang-ulang. Ini salah satu unsur formalistik dalam seni.

Nota kaki Siva.
1. Entri ini sempena Sambutan Deepavali. Tidak lebih. Tidak Kurang.
2. Aku mahu update tapi aku malas. Rujuk di bawah.
3. Entri ini juga sepatutnya sarat dengan pautan. Tapi aku tak buat. Sila rujuk no. 2.
4. Entri ini ad-hoc. Hence, the number 2 di atas.
5. Teman di atas ialah cerita daripada dua orang. Tapi aku satukan. Rujuk nombor 2 di atas juga.
6. Aku dah/akan potong tangan-tangan aku yang lain. Jadi, aku dah meng’unsimile’kan pernyataan teman aku di atas.