Arsip untuk November, 2008

h1

Yang nombor tiga. Yang bertiga. Yang selalu jadi ketiga.

November 27, 2008

Hari itu dia ke lorong nombor 0.3 lagi. Setiap bulan pada hari ke 31, dia akan ke situ. Tapi pada hari ini dia menjerit. Dengan nada picing skala 23. Lorong itu sudah tiada. Diganti dengan rumah nombor 13. Dia lalu mengetuk pintu rumah itu 3 kali dan keluarlah 30 ekor kucing.

(nota ranting: entri ini tidak ada nota. Sebab penulis sendiri tidak faham apa kaitan penggunaan nombor 3 dalam setiap baris ayat. Dan juga, tidak semua bulan yang cukup 31 hari. Dan picing tidak ada sampai skala 23. Juga tak mungkin ada orang pelihara kucing sampai 30. Er. Ok. Itu punya posibiliti. Tapi yang penting. Cerita ini tidak ada kontinuiti atau kemunasabahan. Kena olah. Atau peram lagi.)

.

Minggu ini minggu kelamkabut. Bukan kelamkabut sangat pun. Cuma ribut ribut sikit aja. Tugas tak rasmi. Sebab itu, aku ingatkan hari ini hari Rabu, dan esok nya Khamis. Nasib baik teman nelefon ingatkan tentang acara ini. Kalau tidak pasti dia akan muntah lahar marah kan aku sebab aku dah (akan) mungkir janji. Hence, entri kali ini pun pendek aja.

h1

Prakognisi? Mungkin tidak.

November 27, 2008

Hanya kebetulan.

Pada entri yang sebelum ini, aku ada ceritakan tentang Robert Frost. Tentang dua jalan yang ingin dipilihnya. Dan tentang memilih jalan yang jarang dilalui. Tentang The Road Not Taken.

Dan pada hari esoknya, aku diminta (baca:dipaksa) untuk jaga final exam. Subjeknya literatur Inggeris. Dan aneh, masih creepy:

exam3

exam21

.

Wah gitu. Tapi kebetulan mungkin ya (Subhanallah). Dan aku rasa kalau ada student tesl yang baca blog aku pada entri Robert Frost itu, mungkin dia dapat jawab soalan itu dengan cemerlang. haha.

.

[Nota ranting: Baru kejap tadi Nazri ada bagi satu link ke blog. Dan dalam blog itu ada menulis tentang kebetulan-kebetulan.]

h1

Aku binatang jalang.

November 25, 2008

Jika hidup ini perjudian. Maka kita semua berdosa.

Jika perempuan itu nafsu. Maka aku sudah berjaya goda orang alim.

Jika pelangi itu indah. Maka warna adalah kebisingan yang senyap.

Jika manusia itu binatang. Maka ibubapa ini binatang paling hina.

Jika dunia ini pentas. Maka Emelie ada dalam setiap kita.

Jika bulan itu dekat. Maka tidak perlu lagi pungguk menunggu.

Jika dunia ini dilipat. Maka tidak perlu lagi kita terbang.

Jika kota itu kaca. Maka jerit kamu telah memecahkan dindingnya. Dan serpihan itu terkena aku.

Maka sayang. Hidup ini percaturan. Dan Bobby Fischer ialah kamu. Gerakkan bidak-bidak dengan bijak. Dan memintalah. Dia pasti tunai. Jangan kusut.

.

[Nota ranting: Merujuk yang nombor empat. Aku rasa mahu kembali ke zaman lampau dan culik bayi ini waktu dia lahir. Sedih.]

h1

Cuti paling menarik adalah pada hari Isnin.

November 23, 2008

n518820956_1560333_8211

n518820956_1560354_1853

.n518820956_1560374_5793

  1. Ada jambatan yang kukuh sebenarnya antara Indonesia dan Malaysia. Dan selat di bawahnya ialah dataran hijau.
  2. Dan antara kami sesama Malaysia juga kadang tersasul berbicara dalam bahasa Indonesia. Waduh.
  3. Ada gadis manis neomodenis-liberalis-melayu bertudung serba hitam, berbaju serba hitam. Lengkap. Berbahasa Inggeris dengan kami di gerai Gerakbudaya. Kemudian aku lihat keluar. Mungkin ada salji turun di luar di bulan Disember ini? Tidak ada. Yang ada cuma hujan yang lebat.
  4. Young Guns 08? Acara menarik. Tapi mungkin kurang promosi. Ditambah lagi hujan pada lewat petang. Ditambah lagi, pemuda-pemudi penggerak wawasan negara turun ke ipoh untuk xgig. Ya. Ini tiada dalam agenda sebenarnya.
  5. Ya. Aku terjumpa dengan penterjemah hebat.
  6. Aku rasa mahu beri buku imbasan tulisan Hassan Ahmad kepada si gadis manis neomodenis-liberalis-melayu serba hitam itu untuk dibaca.
  7. Aku bilang sama Termana, dia akan masuk syurga kerana buat kami ketawa dan gembira. Dia kata enggan ke syurga, dia mahu ke neraka. Ada Kurt Cobain, ada Castro, ada siapa entah lagi entah. Kemudia dia ketuk dahi apabila Isra dan Azmi kata, kat sana juga mungkin ada Suharto. Pemerintahan diktator di neraka. (mereka cakap mungkin ya. Ini hanya bual kosong, bukan manifesto).
  8. Malam itu adalah malam senaman pipi. Kami muda beberapa tahun pada malam itu.
  9. Ada konsep 6 degrees of separation antara kami malam itu.
  10. Aku sudah beri kunjungan tentatif kami nanti ke jogja kepada Yoshi. Aku sudah termimpi-mimpi. Dan berasian lagi.
  11. Kami sudah tandus idea mahu ke mana malam minggu. Dalam cahaya yang menyelimuti Kuala Lumpur, sebenarnya tiada apa apa. Kuala Lumpur tiada apa apa untuk kami. Pada malam itu. Atau kami yang sebenarnya telah puas. Telah puas menari-nari dalam kota moden penuh lampu neon. Suatu ketika dahulu.
  12. Akhirnya makan dan makan lagi. Akhirnya ke bandar atas danau kota. Akhirnya makan dan makan lagi di Kuala Lumpur. Ya. Kami datang untuk makan. Patutnya ada lagu tema ‘Kuala Lumpur’ nyanyian Alleycats.
  13. Setiap daripada kami sebenarnya ada tersimpan suatu kisah suram. Kisah gelap dan suram. Yang hanya muncul sekali sekala di jendela mata.
  14. Kita selalunya bijak merancang. Tapi kadang-kadang ada takdir yang melintang, intersep membawa kita ke jalan yang lain. Mungkin lebih baik. Mungkin tidak. Dan hari itu mungkin yang baik-baik saja.
  15. Dalam riuh-riuh sebenarnya aku rasa ada sesuatu yang hilang. Ada void. Tenggelam dalam oblivion. Ya. Ada sesuatu yang tiada malam itu. Kamu.

[Nota ranting: Gambar-gambar diambil tanpa kebenaran dari fesbuk Zul]

h1

Makhluk-makhluk temasya berpamer-pamer.

November 21, 2008

Untuk minggu ini, pertama sekali.

Artist Residency Exhibition entitled: GRAVITATE
by Ruzzeki Harris
Officiate by: RAMLAN ABDULLAH
Friday, 21st Nov 2008, 8pm
Exhibition dates
14 Nov – 3 Dis 2008

HOM: House of Matahati

————————————————————————

Yang keduanya.

Public Programs at Galeri Petronas.

In conjunction with our current exhibition, Imaging Selfs: Portraits by Soraya Yusof Talismail, GALERI PETRONAS is pleased to host a number of talks and panel discussions.

Soraya Yusof Talismail, an artist-photographer, is exhibiting photographic portraits of artists, writers, musicians, dancers, performers and singers. More than 100 pictures and photographic installations amplify and enliven the genre of portraiture in an exhibition which features 78 prominent artistes, many for the first time. This project was initiated about fifteen years ago in homage to creative practitioners in Malaysia. Imaging Selfs is the most extensive, sustained undertaking on the topic, unprecedented in Malaysia and in the region of Southeast Asia.

This exhibition runs from 4 Nov 2008 – 18 Jan 2009.

FLOOR TALK
Saturday, 22 November 2008, 2 pm
Speaker: Eric Peris, Pioneer Art Photographer

PANEL DISCUSSION: Collecting Photography
Saturday, 22 November 2008, 4 pm
Speakers: Pakhruddin Sulaiman, Raja Ahmad Aminullah
Registration required; please call 03-2051 7770 to register

FLOOR TALK
Saturday, 17 January 2009, 4 pm
Speakers: Artist-Photographer Soraya Yusof Talismail, Exhibition Designer Arif Awaluddin

.

——————————————————————————-

Yang ketiganya.

limadansatu: A sculpture show.

23 November 2008 at 20:00 (Opening).

At: Kebun Mimpi Gallery, Jalan chenderai, Bangsar.

This is Kebun Mimpi latest offering. A sculpture show by 5 young talented artists.
Abdul Latiff Ahmad Padzali, Anissa Aziz, Faiz Sukor, Radzi Ismail & Rozana Musa.

[Nota ranting]

Kenapa ya. Acara berpameran sebegini tidak ada poster. Patutnya. Sekurangnya HOM kena ada seorang pereka grafik. Kan Encek Abang Hamir?

Atau kolektor-kolektor memang tak tengok poster? Erm. Malas mahu cerita peranan poster zaman perang dunia pertama dan kedua.

h1

Argument from silence.

November 20, 2008

“All the men I did get to know, every single man of them, has filled me with but one desire: to lift my hand and bring it smashing down on his face. But because I am a woman I have never had the courage to lift my hand. And because I am a prostitute, I hid my fear under layers of make-up”. – Nawwal El Saadawi.

.

[Nota ranting]
Aku sudah hampir jadi ahli kelab Ayu Utami.

Lalu aku kira kita lebih mudah untuk menerima seseorang yang amat menyayangi kita, walaupun kita tidak begitu. Biarpun antara kita dan dia tidak punya satu persamaan pun. Hidup bersama sehingga akhir, tanpa persamaan. (Logikkah hidup bersama sehingga akhir?)

Daripada memaksa orang lain menerima cinta kita, biarpun kita tahu kita akan bahagia dan merana. Sekali gus. Selfish. Ya. Total. Dan saat ini, si Ayu Utami pula akan angkat tangannya dan menampar aku berkali-kali.

Tapi katanya David Frost, pilihlah jalan yang jarang ditempuh orang. The road less travelled by. Hidup sebenarnya amat mudah. Sedikit komplikasi mungkin. Tapi amat mudah.

.

.

.

Argument from silence: The argument from silence (also called argumentum ex silentio in Latin) is generally a conclusion based on silence or lack of contrary evidence. Sumber: wikipedia.

Ya. aku sudah tiada bukti untuk mencari cinta kamu. Ha. Ha.

———

Lagu tema minggu ini.

Artis: South Jordan
Nama lagu: Fatal Flaw

They told me be careful They said be weary of you They warn persistence is the fatal flaw I find myself waiting Find myself hoping that you?l One day fall into my open arms But its ok, you can just call me friend Even though I mind I'l just take the backseat again In the end Im here In the end just sit and stare The season change not making way As I just waiting waiting waiting for you But Ive been here a time or two Like trying to fight the dying breath Why is every step I take so damn hard I?e got some battle wounds from this I?e got the sinking feeling in my skin I? getting tired of the night Just waiting for the light But its ok, you can just call me friend Even though I mind I'l just take the backseat again In the end I? here In the end just sit and stare The season change not making way As I? just waiting waiting waiting for you But its ok, you can just call me friend Even though I mind I?l just take the backseat again In the end Im here In the end just sit and stare The season change not making way As Id just waiting waiting waiting for you They said be weary of you They warn persistence is the fatal flaw
h1

Analogi saja.

November 19, 2008

Sememangnya. Entri yang sebelum ini hanyalah analogi. Untuk entri yang sebelumnya itu.

Analogi untuk entri yang sebelumnya.

Hanya analogi. Tidak ada kaitan dengan kerajaan.
Atau Avril. Atau sebarang konsert. Atau Dato Khalid.

:)

h1

En tr’acte obskur? Mungkin.

November 19, 2008

Begini. Analoginya seperti begini.

.

Masih ingat konsert Avril Lavigne yang dijadualkan beberapa bulan lalu?

Setelah iklan gedebak gedebuk di tivi, poster dipasang merata.
Tiba-tiba kerajaan tidak membenarkan konsert berlangsung.
Atau menarik balik permit. Aku tak pasti. Malas mahu cari.

Atas dasar apa? Alasan mungkin banyak.

Begitu. Analoginya seperti begitulah.

h1

Diproteksi: {Armada = Kapal} + {Maya = Virtual} = Romantika)2

November 18, 2008

Tulisan ini dilindungi kata sandi. Untuk melihatnya mohon masukkan sandi Anda di bawah ini:


h1

Bak kata Termana, open negosiasi!

November 17, 2008

Reformasi’Lah: Suatu Diskusi.

reform

Rasanya, Imran lebih bijak memberi deskripsi tentang keseluruhan diskusi formal dan tidak formal ini. Sila ke sini.

———-

Remembering Bersih: Pada ketika Negaraku dinyanyikan.

Kami di kedai mamak minum teh. Dan nescafe. Sambil melihat sekitar. Melihat jika ada apa apa kaos lagi. Pemuda sosialis dan Yoshi masih ketawakan Termana. Di waktu ribut ribut tadi, apa cerita sudah sakit perut? Aduh. Kami memesan teh tarik, nescafe, dan teh ais pada pelayan yang masih kurang vocab Bahasa Malaysia. Habri masih bertelefon. Mungkin mahu mengupdate peristiwa. Kemudian Yoshi menceritakan tentang perhimpunan di Indonesia. Di sana, perhimpunan jarang dilakukan pada waktu malam. Dan anggota polis di sana tidak memulakan tindakan kecuali diprovokasi atau diasak. Zam dan Habri kemudiannya bercerita tentang seseorang yang disyaki SB, inteligen yang menyerap masuk dalam kumpulan-kumpulan ini. Sangat senang sebenarnya untuk mengenalpasti mereka yang berjenis ini. Kamudian aku memesan roti canai banjir. Tiba-tiba terasa lapar.

.

25 minit sebelum itu…

.

.

Video tajaan Yoshi.

Selanjutnya, boleh dibaca di sini.

.

[Nota ranting]

Kepada cybertroopers, diminta tidak red flagkan blog ini atau meletakkan dalam label-label asing. Aku bukan pejuang. Aku melukis dan menulis. (Ok. Mungkin sekali sekala berjuang dalam seni. Dan kemanusiaan. Yeah, right! huhu). Aku pasti ini tiket untuk aku tebus lesen neutral seperti para wartawan. Seni dalam mencari ilham. Perlu ke sana dan ke mari. Perlu melihat dan merasai. Perlu partisipasi. Aku tidak mempunyai imginasi yang tinggi. Aku perlu ini. Sekali skala. Untuk jadi ‘gila’. Ha. ha.