Arsip untuk Desember, 2008

h1

Epitaf yang terhakis.

Desember 29, 2008

Dan kautinggalkan jejak-jejakmu
Di tanah-tanah merah
Dan celah puing-puing kota
Kota usang yang terpalit ahmar darah
Dan raungan tangis manusia yang kehilangan arah

Apakah pada jejak-jejakmu itu
Kutemui syurga
Atau neraka?

Sekurangnya kau bisa terpalit darah
Daripada kami,
Yang hanya mampu berserah. Dan kalah.

Alina, 2008.

Rachel Corrie ialah perempuan yang berani aku kira. Berani untuk menentang. Berani untuk menyatakan pendirian. Meninggalkan ibu. Bapa. Tanah air. Untuk berjuang. Bukan miliknya pun. Bukan bangsanya pun. Tapi sekadar atas nama kemanusiaan dan sejagat. Maka kita di sini pula asyik melaung bangsa yang bertuan. Bangsa yang hebat. We talk the talk, but never walk that talk.

Siapa kata bangsa Melayu yang paling hebat, paling gah dan paling maha? Sila beri dalil dan nas di sini. Sombong.

Tidak. Ini bukan apa apa. Ini sekadar mahu mengingat kembali sejarah. Sejarah Rachel. Kerana awal tahun baru semalam, Gaza bergolak lagi. Mungkin kita hanya boleh mengadah tangan dan berdoa.

Itupun jika kita masih teringat untuk meminta.

Dan alFatihah untuk  al marhum DYMM Yamtuan Besar Negeri Sembilan.

Selamat Tahun Baru. Sekali lagi.

.

“If any of us had our lives and welfare completely strangled, lived with children in a shrinking place where we knew, because of previous experience, that soldiers and tanks and bulldozers could come for us at any moment and destroy all the greenhouses that we had been cultivating for however long, and did this while some of us were beaten and held captive with 149 other people for several hours—do you think we might try to use somewhat violent means to protect whatever fragments remained?… I really think, in a similar situation, most people would defend themselves as best they could.”

—Rachel Corrie to her mother,
27 February 2003 (rachelswords.org)

h1

Jualan murah bukubuku yang kadangnya tak terdapat di toko toko buku biasa apatah lagi di kedai buku dbp. Rare.

Desember 28, 2008

Jualan Akhir Tahun Gerakbudaya 2008

Start Time: Friday, December 26, 2008 at 10:00am
End Time: Tuesday, December 30, 2008 at 7:00pm
Location: Gerakbudaya
Street: 11, Lorong 11/4E
City/Town: Petaling Jaya, Malaysia

Diskaun sehingga 90% = Discounts up to 90%

Marilah mendapatkan beraneka jenis buku yang bermutu = Seize the opportunity, come get quality books at great discounts

Membaca membuat anda lebih hidup! = Perk up your life..R E A D!

Location : 11, Lorong 11/4E 46200 Petaling Jaya Selangor (opposite University Malaya Medical Centre, near Grand City & Pandi restaurant)
Contact : Zul, 019-389 3804

.

Selanjutnya, klik sini.

SELAMAT TAHUN BARU (Hijrah) DAN TAHUN BARU (Gregorian).

h1

Hanya taip dan google. Kata bodoh.

Desember 24, 2008

Dan ini suatu prolog. Yang bermonolog. Dan monotonus.

dan anehnya

setiap hari google dan taip namanya.

dan setiap hari belek dan kurius tentang pos terbaru dan setiap hari kalau realitinya
bagai penghendap curi.

dan anehnya dia cuma bukan sesiapa
tapi dia hanyalah sesuatu yang alpa.

yang aku fikir aku boleh masak dalam fikiran dan pretensi bahawa dialah yang sempurna.

oh bukan sempurna tapi melengkapi dan mencaskan aliran eletrik dalam minda
dan kepala otak. (ah. bila difikir, bukan juga melengkapi)

dan anehnya dia mampu lupuskan karat dan parut yang lepas macam bio oil.

dan anehnya kini kucuba mencari yang lain pula untuk jadi bio oil untuk hilangkan karatnya.

dan anehnya aku bertemu di sini. (yang bukan bio oil, tapi tonik)
gudang yang telah baru dan masih ada bau bau simen.

dan air kolam warna lumpur.

dan hutan hutan dan semak yang masih ada. dan ada yang masih belum tumbuh.

dan angin selatan yang semilir lembut menyapa hello. (bukan hell-o)

yang malaikat singgah meletak ramarama dan pencakar air.

dan terasa sayang untuk tinggalkan tonik yang ini. biarpun tiada bahu diberi.
ya. cuma diam dan tenang. cukup.
(dan kadangnya yang dulu cuba buat buat sibuk dalam riuh rendah dan bunyi bising itu lebih terasa sunyi dan sendiri, bukan?).

tapi yang ini sangat selesa. suatu solitari. yang hampir sempurna.

dan sengaja didengar jason mraz nyanyi bergema
dan lukisan yang semakin lama semakin terjelma.
ya. meresap dan terjiwa.

terima kasih walau anehnya
seketika di sini hampir sempat

untuk taip dan google namanya. bodoh.

[Taip dan google namanya untuk elak diketahui itu peraturan penghendap curi maya (tapi boleh juga bookmark saja kan?). Tapi belum obsesi macam drama setiap malam yang aku tengok hanya sekali sekala. Yang sekali skala itu rasa macam bodoh dan orang gila. Tapi yang kali ini sahaja. Selepas ini tidak lagi. Mahu (kelihatan) bijak dan waras.]

kiranya

terima kasih itu untuk petang yang sangat damai, rawat dan rehat. biarpun sebentar.

dan mencuri juga sedikit muse. ya. muse untuk calit warna.

image028

image029

[nota ranting: Prolog untuk malam itu sebenarnya yang sedikit kelam dan kelabu. Dan kelabu pada mata yang berair kerana iritasi ringan. Kononnya. Syukur ditemani mesej teks yang bertalu talu daripada yang itu. Terima kasih juga. Ya. Tuhan itu sangat cool.]

h1

Ya. 7 warna. Muncul sebentar cuma.

Desember 22, 2008

Makanya kini
aku rasa
lagu
Yuna ini mula mengejek ejek ku.
Oh. Sangat sumpahan.

[nota ranting: bulan ni kena tukar lagu tema baru. LOA, babe! Oh ya kak intan eskapis. Mereka ini juga antara manusia manusia talented. Boleh diinterviu. Agaknya.]

.

Klik sini untuk muaturun.

Klik sini untuk dengar yang hifi.

.

AKU PELANGI – Joanna & Co.

Verse 1:
Ku selalu dihati,
Membuai rayumu,
Hiasi dunia sepimu.
Seukir senyuman dariku,
Menggegarkan mayamu,
Kau segalanya bagiku.

Pre-Chorus:
Takkan setia,
Takkan kembali,
Bawa dirimu dan tinggalkanku.

Chorus:
Buka matamu,
Lihatlah diriku,
Aku pelangi,
yang dinanti.

Verse 2:
Ku sinar cahayamu,
Di saat indahmu,
Juga waktu resahmu.
Ku lukisan imagimu,
Kini kau membisu,
Setelah ku tiada.

Ulang Pre-Chorus & Chorus

Bridge:
Berharap bayangku pulang,
Nikamati tiadaku.

Ulang Chorus sampai esok…

h1

Buat-buat sibuk: rawat dan rehat.

Desember 19, 2008

Selanjutnya, klik sini.

Aku akan ada di sana. Berlagak seperti gadis penjual buku. Ya. Datanglah untuk beli buku. Buat koleksi. Tak baca pun tak apa. Janji buat koleksi. (Gerai Gerakbudaya).

Oh ya. Filem pendek tulisan Tok Rimau akan ditayangkan pada hari Ahad. Selanjutnya, di sini.

———————————-

*In conjunction with the International Human Rights Day 2008, the Bar Council in collaboration with Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) would like to extend an invitation to all of you to Teater Bilik Sulit.

*Teater Bilik Sulit is a play that features the untold true accounts of the nature of Police interrogation of the ISA detainees which are based on testimonials of those who used to be detained under the ISA.

*Teater Bilik Sulit will be staged on these dates :

20/12/08 (Saturday)
21/12/08 (Sunday)
22/12/08 (Monday)&
23/12/08 (Tuesday)

Reminder : space is limited, kindly RSVP via email or sms.

Selanjutnya, klik sini.

h1

Instalasi iritasifalasi.

Desember 16, 2008

if1-copy

if2

if3

if5

iritasi1

iritasifalasi.

Iritasifalasi (IF) menerokai setiap aspek seni: catan, arca, seramik, grafik, fotografi (kadangkala seni menulis dan seni menyamar) dan sebagainya dalam stail pelbagai. Ya. Kami (perasan) multidisiplin. IF mengungkap dari isu-isu sosial hinggalah kepada lakaran budaya tanpa menolak aspek formal. Bergerak menyusup dalam minda penghayat, melebur visual peneroka larat. IF lahir atas kesedaran (baca: tersedar) bahawa selain seni untuk dirnya sendiri, seni juga mampu bersuara untuk masyarakat tanpa menolak dagangan komersial. (Ya. IF sangat tidak realistik dan tamak.) IF juga tahu (baca: rasa) bahawa seni berhak diinterpretasi semua, berhak dinilai semua, berhak dinikmati semua (kami liberal). Dan sedikit sebanyak, IF muncul sebagai gangguan dalam kesalahan mereka berfikir. Selain itu, IF hanya seperti kamu yang gemar melepak di kedai mamak sambil (perasan kononnya) memikir cara selesai masalah dunia. Dengan seni. Dan angan-angan.


h1

Pseudo-bongsu dan manja. Konon.

Desember 16, 2008

Pagi tadi. Sewaktu memandu. Di lebuhraya ke Tanjung Malim. Cuaca terik. Agak terik. Jam sudah hampir 10.

Abah telefon. Dia kata, telur penyu lupa mahu dikirim via kakakku. Aku balas, tak apalah. Abah makan semualah.

Abah. Abah.

4 jam kemudian. Sewaktu memandu. Di lebuhraya ke Kuala Lumpur.

Kakakku telefon. Dia kata, dua minggu lagi kosongkan kalendar. Adik bongsu aku mahu kenalkan bakal tunangnya. Ada majlis yang lebih berupa acara-kenal-baca:aproval-adikberadik-dan-bakaliparduai. Aku balas, aik. Tunang pun ada bakal? Bukan sepatutnya bakal isteri??

Ada macam nada hint dalam kata kata kakak aku dan abah aku. Read between the lines?

Ok. Kalau macam itu, aku kena bertindaklah. Malam ini aku akan buat cabutan bertuah bagi yang tak bertuah. Ada berapa orang ya yang sanggup? Atau sangap? Tarikhnya? Tahun depan, aku nak pilih bulan Mac. Atau April.

[Nota ranting: Eh. Memandu sambil bertelefon itu sangat bahaya. Kecuali kamu pemandu yang cekap selalu ontheroad macam aku, boleh! :P Dan juga. Penyu ialah haiwan terancam. Apatah lagi telurnya. Tapi kalau di pasar Siti Khadijah ada banyak dijual, kena belilah. Sebab kalau bukan aku yang beli, mesti orang lain pula yang beli. Take note.

Oh ya. Bakal tunang. Maksudnya lambat lagilah nak kahwin itu. Tunang mungkin setahun. Jadi, aku ada masa lagi setahun lah macam tu. Ok. Acara cabutan bertuah ditunda ke tahun hadapan. Masih ada ruang.

(Aku di mata keluarga aku seolah masih berumur 18 tahun. Adik-adik lelaki aku yang dua orang itu umpama abang. Dan hanya patut report ke ibubapa dan adik beradik sahaja. Aduh. Terutama tentang pasangan hidup. Mahu yang perfeksi. Cukup sekali dahulu aku rancang. Aku diminta. Dan ya, interogasi oleh abah, abang dan adik lelaki umpama agen mossad. Haha. Ya. Aku serius. Kasihan mamat itu. Er. Namanya pun aku dah lupa. Haha. Tapi itu dulu. Sekarang mungkin merekamereka pun dah letih. Mereka dah pascamoden. Dan liberal. Terima saja sesiapapun. Tapi kesannya, aku pula yang trauma. Dan aku rasa (instink aku kuat), mold yang mereka idamkan itu akan dapat yang berbeza. Yang kontradik. Tapi aku rasa mereka akan terima. Seadanya. Aku rasa. Instink aku kuat.)]

Ok. Dah cukup tentang cerita peribadi.

Dah over upclose and personal. Dah cukup.

Tentang cerita peribadi.

h1

Capek. Penat. Letih. Senak. Sesak. Rabak.

Desember 15, 2008

Lila jadi kabus.

Malam ini. Lila cuba belajar jadi kabus. Esok pagi, matahari keluar, dia akan cair dan terus hilang. Dan lenyap. Cair, hilang dan lenyap. Dan harapnya, tak akan ada yang ingat dia lagi.

[Nota ranting: sebenarnya molekul molekul yang telah cair itu tidak hilang. Masih terapung-apung di ruang udara dan melekat di setiap mereka yang lalu lalang. Jadinya, diri Lila itu ada di setiap orang yang lalu lalang itu. Melekat. Pada mereka.]

h1

Antara balak memakai maskara dan rantai.

Desember 12, 2008

Maaf terlambat mengupdate tentang acara acara minggu ini. Terkejar sana sini untuk siapkan intalasi di rantai.

Untuk yang pertama.

Klik sini untuk selanjutnya. Grup seniku, IritasiFalasi ada buat instalasi bertajuk ‘Keranda 152: sempena Piyadasa dan Usman Awang’ yang mengangkat persoalan tentang bahasa. Datanglah. Gerakbudaya juga ada baca-jual buku di sini.

———————————-

Untuk yang kedua. Semestinya yang tersohor.

Tidak payah ulas. Umum sudah tahu. Jom!

—————————————-

Ada lagi sebenarnya acara-acara. Boleh check di fesbuk.

h1

Malam hampir epifani.

Desember 9, 2008

Close encounters of a third kind. (Katanya..)

2007.

Malam itu aku bertemu puteri bunian. Puteri bunian Gunung Ayam. Dia duduk bersimpuh tidak jauh di hadapanku. Tangannya lembut terletak di paha. Sesekali dia mengirai rambutnya yang panjang. Secara figuratifnya. Aku berbual dengannya. Kami berbual atas courtesy ayah aku. Dari gaya bahasanya, dia seakan menggunakan bahasa klasik.

Dia bertanyakan namaku. Aku menjawab. Dia tersenyum dan memuji aku. Katanya aku cantik. Aku kira dia menilai dari suara aku kerana matanya separa tertutup. Katanya aku ini baik hati. Itu juga aku kira satu prejudged. Kerana secara logik, baru kenal aku malam itu. Dia berkata aku ini sudah berpunya. Aku cuma tersenyum. Dalam fikiran aku sudah ligat berfikir, lelaki manakah yang dia nampak di hati? Oh kacau.

Kemudian di akhir, dia berqasidah Rasul sambil tangannya membuat gerakan. Menyapu-nyapu mukaku. Katanya untuk naik seri. Suaranya sungguh merdu. Teringat ingat aku sehingga kini. Tangannya begitu gemalai. Terbayang bayang aku sehingga kini.

Selepas itu puteri bunian minta izin pulang. Diganti dengan nenek yang memberi khazanh harta karun untuk ayahku. Aku patutnya minta semangat putri Saadong. Aku patut minta chenta puteri Saadong. Tapi bukan nasibnya. Ok. Aku tak patut meminta-minta.  Nanti Tuhan marah.

Malam itu aku berjumpa puteri bunian. Dan dia memberi aku susuk qasidah rasul.

———————–
Dua malam lepas.

Kali ini yang datang bukan puteri. Tapi Nilam. Namanya Nilam. Ayahku panggilnya ‘anakanda’.  Bahasanya juga bahasa baku atau klasik. Dia memberi resepi untuk mendapatkan anak kepada abang dan kakak ipar aku. Oh ya. Dia juga seorang yang kelakar.  Riuh rendah kami pada malam itu dengan lawaknya. Ada juga lawak ‘dalam kelambu’. Haha. Kepadaku pula, dia berkata, setahun dua lagi. Lepas ini mula jalan berdua-dua. Wah gitu. Propa.

Dia juga beritahu, minuman tongkat ali itu tidak elok dimakan. “Minum banyak tongkat ali akan jadi lembut!,” katanya sambil jeling ke arah abangku.

“Ah, Nilam memang cantik!” katanya bila kakak iparku memujinya.

Malam itu kami bertemu Nilam. Dan dia banyak membuka pintu kepada kami.

.

[Nota ranting]
Gunung Ayam merupakan tempat yang dikatakan Cik Siti Wan Kembang bersemayam di akhir hayat baginda. Gunung Merak pula tempat bersemayam Putri Saadong (anak angkat Cik Siti). Mereka dikatakan yang tercantik pada zaman itu.

Putri Saadong dikatakan bersemayam ke Gunung Merak kerana kejadian bunuh suaminya, Raja Abdullah. Putri Saadong yang pulang dari tawanan Raja Siam, kecewa melihat suaminya yang tidak setia pada nya dan berkahwin lain. Pertengkaran terjadi dan Puteri dengan tidak sengaja tertikam Raja Abdullah dengan cucuk sanggulnya.

Lagendanya mengatakan juga, Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang masih ada sehingga kini, sebagai bunian.

Wallahualam. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri ye..