Arsip untuk Januari, 2009

h1

Makanan untuk minda dan jiwa.

Januari 29, 2009

Maklumat lanjut klik sini.

Maklumat lanjut klik sini.

[Nota ranting]

Ya. Aku tahu. Logonya hampir sama. Menggunakan simbol pohon beringin yang digunakan dalam wayang kulit.

Sedangkan dari komuniti berbeza.

Adakah juak Akar patut peka? Atau leka?

Apapun aku support keduaduanya. Kawankawan. Jom tonton, dengar dan rasa.

h1

Dunia ini tidak berkisar tentang diri kamu sahaja.

Januari 27, 2009

Dan pada hari itu kamu terasa bahawa hidup ini
sungguh fcuked up dan rasa mahu berlari sambil
menjerit di tengah jalan. Momen yang palat. Dan rasa
seperti oh kenapa dunia atau mungkin dia mesti
lakukan begini terhadap kamu dan setiap hari
duduk di sudut dan menangis. Dan menangis.

Dan menangis.

Dan mula salahkan semua orang dan salah diri
sendiri. Penafian diri. Salahkan mungkin Freud
dan Jung yang cipta libido dan depresi. Dan
merasakan bahawa setiap lagulagu di utube
adalah tentang kamu. Dan setiap muvi yang
kamu lihat paparkan kisah kecewa kamu.
Dan murung. Dan sadis. Meratap ratap sedusedan.
Dan mula meracau racau tentang pilpil dan
minuman beracun. Dan mungkin juga pisau
dan pergelangan tangan.

.

.

Well.

.

.

Get a life dear.

h1

Cilakak, kata Yapong.

Januari 22, 2009

Itu hari aku mesej Sinaganaga. Aku cakap ‘Aku’ oleh Sumandjaya memang menarek!

Kemudian dia balas mesej: Good man die young. Mmm.

(Ya. Aku tahu dia berbahasa Inggeris. Tapi itu soal lain.)

Kemudian aku balas: Sinaganaga pun ‘gud man’ sebab masih hidup di usia muda. Haha.

(Aku harap dia faham maksud aku dan tak kecil hati.)

Dia balas: Dah tua la, haha. Dah tak ada stamina. Dan ‘tak baik’ mana pun. Mmm.

(Ok. Dia tak faham.)

Aku balas balik: Tadi itu saya sinis.

(Harap dia tak kecik hati. haha)

Dia balas: Ha ha. Ok i should die young juga la. Ha ha.

(Ok. Sinaganaga memang suka berbahasa Inggeris.)

Aku balas: Ingatkan mesej tadi berbunyi, ‘cilakak, kata Yapong’.

Dan akhirnya dia balas: Ha ha. Cilakak, kata Yapong.

.

(nota ranting:  Pipiyapong atau panggilan manjanya Yapong akan beraksi di Maskara pada 7 Feb 2009.  Maklumat lanjut sila klik sini.

h1

Terhenti waktu menunggu. Takku temui penggantimu.*

Januari 21, 2009

Nostradamus pon tidak bodoh untuk meramal bahawa nanti stesen stesen radio akan memainkan lagu meet uncle hussain semula. Terutama nya stesen radio yang dikatakan hot sentiasa itu.

Semalam aku ‘ter’buka stesen radio berkenaan. Terbuka dalam ertikata sebelum ini aku elakkan untuk mendengarnya (atau boleh saja kata boikot dalam pemahaman jorji). Wah. Semakin ‘indie’ mereka! Sudah ikrar untuk 90/10 ke? (sangat oportunis!)

(nota ranting: *Petikan lirik lagu Mahkota – MUH. Aku suka semua lirik lagulagu mereka.)

h1

Taakul? F dengan capital letter.

Januari 18, 2009

Jumaat lepas, dua minggu lepas diadakan satu forum tentang Palestin. Tajuknya: NOT JUST ANOTHER WAR: MYTH AND REALITY IN OCCUPIED PALESTINE

Antara ahli panelnya ialah Dr Rosli,  Prof Gurdial, Hisham Rais dan Dr Farish Noor.

Ok.

Tahu benar tentang banyaknya forum diadakan tentang isu Gaza. Sekian lama. Walaupun begitu, aku tidak pernah menghadiri sebarang forum tentang isu ini. Tetapi yang ini ingin sangat aku pergi. Yang ini aku tertarik bukan kerana topiknya tapi lebih kepada panelnya iaitu Hisham Rais dan Dr Farish serta pihak penganjur. Bila lagi mahu lihat kerjasama tiga pihak ini ya, selain yang ini, untuk topik yang ini juga?

Hasilnya?

Memang menarik. Kalau aku bagai kain putih ke forum tersebut, pasti sudah tercalit warnawarna apabila sudahnya mendengar forum. Banyak membuka mata dan hati. Mendengar dari mulur mereka sendiri tentang isu Palestin ini sangat lain atau lebih puas, kiranya jika hanya sekadar google atau melihat dokumentari di televisyen atau youtube.

Dr Rosli membentangkan fakta sejarah tentang the so-called ‘negara’ Israel ini. Manakala Prof dari UM itu pula banyak memperkatakan tentang dari sudut undang undang peperangan.

Dan berkali kali Hisham Rais memberi penekanan, ya berkali kali bahawa isu ini sebenarnya bukan isu agama tapi isu penaklukan. Dan isunya bukan tentang Yahudi tapi tentang Zionis.

Dan berkali juga dia memberi penekanan bahawa terlebih dahulu tentangilah zionis secara lokal. Atau lebih tepat, tentangilah ‘zionis’ lokal ini. ‘Zionis’ yang ada di negara ini. Sifat sifat zionis katanya ada di negara ini iaitu merampas tanah, opres, agres, ISA. (Dengarnya ada sekumpulan ahli Parti Politik yang memprotes keluar dewan apabila Hisham memperkatakan tentang ini di sebuah forum Palestin di Pualu Pinang)

Ya. Hisham Rais sangat loud.

Selepas itu.

Dan menyangka bahawa Dr Farish cuma lagenda momokan golongan intelektual. Sebelum ini pun, hanya membaca tulisannya sahaja. Dan kali ini sudah mendengarnya. Sendiri. Ah. Jatuh cinta. Dan mata yang tadinya menahan kebil kantuk. Kini terasa boleh saja duduk ternganga mendengar bebelannya di depan. Ya. Sudah jatuh cinta.

Fasihnya dia!

Dan kata kunci Dr Farish ialah ‘common’ common sense. Ya. Ada pengulangan perkataan common di situ. Dan sanggahan hujahnya tentang pandangan liberalis. Oh, dulu aku fikir dia seorang liberal). Ya. Tentang alasan liberalis yang begitu mengambil jalan selamat dan lambat dalam membuat keputusan tentang sokongan yang diambil. Tentang membuat justifikasi tentang serangan Zionis dan yang paling ingat, katanya economic boycott is very powerful indeed. Europeans are very afraid of this boycott. Dan kalau kita mahu, buat saja. Relevannya pada diri sendiri.

Katanya lagi, biarpun selemah mana bom yang diberi Hamas tapi tidak lah boleh memberi justifikasi atas sebab dan alasan Zionis menyerang. (Perkara ini juga ditekan oleh pensyarah dari UM iaitu apabila ada tayangan video yang menunjukkan bom yang dihantar seolah olah dapat lah kiranya mengelak. Dan kiranya bom itupun cuma kesannya hanya suam suam kuku) Kerana katanya hak untuk melindungi dan membuat serang balas semestinya dibolehkan tapi bukanlah kiranya membuat alasan itu selepas mengambil dan merampas tanah orang lain.

Kurang lebih begitulah. Kan Daniyal?

Satu yang amat lucu baginya apabila penjajah tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam. Di tanah orang yang dijajah. Aku kira itu ironi. Jika ikut nada Adlin Aman – Kau rampas tanah orang, tidur dalam rumah orang yang kau rampas, pastu kau komplain pasal kau dan kucing kau tidak boleh tidur malam terganggu dengan bunyi bom, maka padanlah muka! F dengan capital letter dan middle finger!

Dan.

Dan malam itu sememang aku sudah jatuh cinta. Berkali kali. (Bukan dengan Hisham. Tapi dengan Dr Farish. :P )

Oh. Isu Palestin? Ok. Ok.

Dr Farish ada bincangkan selanjutnya di sini. Yalah. Tentang rasional boikot. Tentang rasional ketidakrasionalan liberalis. Dan tentang yang rasional lainlain juga.

h1

Gigi dua batang. Bukan nenek kebayan.

Januari 15, 2009

aisya

Sesuatu tentang di sini (atau mungkin tentang pelajarpelajar kontemporari yang ini) yang membuatkan rasa aneh dalam diri ialah mereka akan bersalam dan cium tangan. (Situasi ini hanya apply antara pelajar perempuan dan pensyarah/tutor perempuan saja ya.) Ok. Bukan juga aneh tapi rasa sedikit chuckle dalam hati. (Mungkin kalau di peringkat menengah itu rasa hormat cukup tinggi. Tapi di sini aku pun penampilannya sama juga seperti mereka. Hip, funky dan cool! haha.)

Jika di bilik pensyarah sewaktu sesi konsultansi tidak mengapalah. Jika jumlah dalam seorang dua. Atau mungkin tiga. Atau mungkin juga empat. Tapi jika di lorong lorong fakulti, hadapan pejabat fakulti atau di tengah jalan menuju kafetaria ditahan oleh pelajar (baca: kumpulan pelajar).

Sangat oh, wth. Tapi dengan senyum.

Sesekali terasa seperti pengetua sekolah yang sedang menyampaikan hadiah di atas pentas. Atau makcik garang yang lama tak jumpa tapi terjumpa di hari raya sedang beratur tunggu untuk beri angpau raya.

Tapi sangat sweet. Wth dengan senyum.

h1

Seperti cuba meneka walaupun tahu jawapannya hanya ya atau tidak.

Januari 13, 2009

Sedikit catatan bukan reviu.

Kalau reviu itu dikatakan menulis tentang sinopsis cerita yang penuh dengan spoiler. Jadinya ya. Ini bukan reviu.

MALAIKAT MAUT: Arahan Bade Hj. Azmi

Dan rasanya jika ada penonton yang ketawa kecil sewaktu adegan serius atau sedih, filem itu agak malang kasihan. (Seperti masuk ke kelas lambat dan pengajaran sudah mula lebih 15 minit dan pelajar lain tepat memandang gerak geri kamu itulah. Serba tak kena.) Ok. Tidak relevan tapi mungkin berkaitan.

Dan, menyangka filem ini filem yang ada unsur unsur seram. Tidak juga. Subtle.

Dan mungkin filem seperti Bade yang terdahulu penuh subteks atau metafora. Mungkin juga.

Tapi yang ini terlalu mendesak atau berlumba-lumba untuk menyampaikan, makna atau mesej sehingga agaknya terlupa (atau terabaikan) pada cara penyampaian dan jalan cerita.

Dan mungkin, rasanya ini filem yang bagus bagi penggemar drama cerekarama yang setia berteleku depan televisyen setiap hari Sabtu jam 10 malam.

Ya. Ini seperti menonton sinopsis tiga drama cerekarama dalam satu filem.

Dan, seorang teman, sempat berbisik, adakah perlu untuk menyampaikan, mesej dalam penuh tragedi atau lara duka untuk mengajak audien merasa insaf?

Mungkin kalau kiblatnya Aristotle. Mungkin. Itupun tragedi untuk menggamit penonton turut sama berkerut dahi. Rantai sebab dan akibat. Kan Lea?

Tapi aku suka dengan cerita pertama. (Ya. Kadangkadang suka juga tonton drama cerekarama yang setia berteleku depan televisyen hari Sabtu jam 10 malam). Bukan pada keseluruhan jalan ceritanya tetapi pada kerja kamera dan juga mood dan ambience latar cerita pertama ini.

Suka mungkin juga kerana selepas 10 minit ya, wow, seperti dalam salah satu drama siri House Md. Ya lah. Episod dimana Dr House kemalangan (semasa menaiki bas juga) dan mengalami amnesia tak ingat tentang kemalangan itu tapi luar sedarnya masih tahu bahawa ada petunjuk tentang seseorang yang akan mati jika dia tidak bantu. Maka (secara luar sedarnya), seseorang ini sentiasa menghantui Dr House memberi petunjuk tentang siapakah dia dan sekali skala muncul dalam setiap mimpi atau luar sedar Dr House. Ya. Kalau begitu aku suka.

Dan ada juga adegan apabila tibatiba muncul babak seperti dalam Criminal Minds. Seperti kebanyakan permulaan cerita Criminal Minds dimana sekumpulan ejen ini akan ke kawasan tempat kejadian dan melihat suasana polis-polis, penyiasat, pemberita. Oh ya. Tidak lupa juga anjinganjing pengesan. Di sana juga.

Dan ya walaupun ratanya (teman-temanlah) tidak puas hati dengan lakonan si comel Lyana Jasmay, tapi aku tetap, wth, dia boleh saja terlepas walaupun watak stereotaip. Dia kan comel? (Zul, belanja ayam goreng!)

Dan sempat tertanyatanya mengapa mood setiap pelakon dalam cerita pertama ini sangat mellow. Ya. Hampir setiap.

Tapi bolehlah. Aku suka.

Dua buah cerita selepas itu sudah bercengkerama bercerekarama.

Tentang cerita kedua.
Dan aku rasa tidak perlulah terlalu redundan untuk menunjukkan kehedonan (gaya hidup bebas) lelaki orang putih? Mat saleh? Ok. Kita tahu ‘mat saleh’ minum arak. Ok kita tahu suka pesta seks. Ok kita tahu suka itu ini. Ok. Sekali dua aku rasa sudah cukup. Ya. Tahu. Sudah boleh menangkap ‘generalisasi’ terhadap bangsa Barat ini. Walaupun ada ‘orang putih’ yang tidak minum arak dan sangat religus, tapi hey, ‘orang putih’ kan sudah dicop begitu?

Dan rasanya jika si Farah mahu hidup bebas seperti itu, lelaki Melayu pun mampu beri. Ramai. Di Kuala Lumpur sana. Hey. Ini kan pasca moden.

Dan CGI itu? Ok tidak mahu komen lebihlebih kecuali adegan itu seperti menonton dokumentari tentang neraka.

Oh ya. Dan juga teknik flashback itu seperti. Seperti. Seperti. Seperti. Seperti ada nasi yang kita kunyah tidak hancur tapi terus telan dan tersekat di kerongkong. Ah. Apa apa ajalah.

Daya penarik cerita ketiga pula ialah Que.
Dan tatu di badannya.
Dan gig Black Metal.
Oh. Gig Black Metal macam tu rupanya. Barulah aku tahu kenapa pihak berkuasa tempatan sangat menentang keras Black Metal ini. Isy. Isy. Isy. (Adik-adik, jangan tiru di rumah)

Tapi seperti biasa. Filem Bade memang indah. Secara visual.
Mari kita tonton.

h1

Pagar.

Januari 12, 2009

teratai

Dan mesejnya.
Sama. Tidak diubah.

dah mula tumbuh pokokpokok kacang tu.

Yay!

Kalau tidak apa saja tentang Yay!
mahu apa lagi kalau tidak
apa saja tentang Yay!

h1

Januari 12, 2009

Beautiful mess.

h1

Januari 12, 2009

Best. Semuanya best.
Memang menarik. Dan menerujakan.

Kecuali satu.
Ya. Satu sahaja.