Arsip untuk Februari, 2009

h1

Datanglah demi menjana ekonomi negara.

Februari 27, 2009

Oh tolonglah kemari dan beli bukubuku yang aku bantu jual. Dan bantu rakan-rakan yang lain juga (jangan tak tahu, ada booth salun juga!). Sebab komisen jualan buku itu perlu aku guna untuk bayar duit tol yang akan meningkat NAIK pada hari yang sama. Supaya dapatlah aku pulang setiap hujung minggu. Dengan itu, dapatlah duit lebihan tol yang aku bayar kepada syarikat konsesi itu digunakan untuk mereka menampung perbelanjaan perhimpunan agung dan pilihan beraya kecil kecilan yang akan datang ini menjana pendapatan dan ekonomi negara dan membaikpulih infrastruktur!!!

h1

Tunggu sekejap. Mahu curi waktu untuk update blog.

Februari 23, 2009

Ya. Itu memang tajuk bombastik untuk ’sibuk’ walaupun sebenarnya tidak lah sesibuk mana.

Ya juga. Terpaksa jadi pencuri untuk susun jadual acara yang berebutrebut datang. Ya, ada acara yang tidak bersuka ria. Seperti ini. Membuat design poster fakulti. Dan ya, tugas aku di sini sangat multitasking dan multiflexible. (Wah. Sempat lagi aku meng-italic-kan kata bahasa asing)

posterOL

Dan sempat juga aku membuat prakata untuk bukukopi (yang sempat juga aku buat buku itu) Penyelidikan Puteri Sakdung di sini.

img_3388

Setiap sebab memerlukan akibat. Setiap gerak, memerlukan tunjang untuk berdiri. Oleh itu, sebermulanya penyelidikan ini berpunca daripada anjakan menyelami dunia bangsawan sebenar. Juga berharap agar melalui penyelidikan yang kualitatif, terhasillah suatu pementasan berdasarkan fakta yang terpateri. Bukannya sekadar semberono di hati.

Mengikut ceritanya yang ditutur turun temurun: dalam garis gerak langkah bertingkah, suara merdu beralun kata, dalam gemalai menyusun langkah, Sang Puteri tegar gagah menghayun senjata dan menikam rasa kesetiaan yang dinoda. Biarpun kasih bagai jemala di dada, namun pengkhianatan lebih daripada segala. Merusuh jiwa lara, pedih dikhianati. Dendam.

Telah sekian lama kisah ini diperdengar, dipertonton, dan dipersembah dalam gerak dan cerita berbeza, maka penyelidikan ini mengumpul semua episod-episod dan versi-versi berlainan dan menjadikannya jitu dalam kesempurnaan yang sungguh menikam kalbu.

Justeru, penyelidikan ini juga bukan sekadar pengkisahan tragedi pujangga dahulu tetapi juga sebagai galian terhadap budaya yang berakar di Tanah Serendah Sekebun Bunga sejak dahulu. Di mana warga bertewah, malam bersembah adat dan siang menyuburkan bumi. Juga terhadap bangsawan yang menjadi akar budaya, tidak dilupa.

Sepanjang penyelidikan ini, pengalaman menjejaki Sang Puteri ini juga seakan memberi suatu restu berinai yang memungkinkan suatu realiti diangkat sebagai pengkisahan yang sebenarnya daripada konteks fakta jauh daripada fiksi. Penyelidikan tentang bangsawan itu sendiri, tentang busana, ruang istana dan sebagainya. Pengalaman ini juga meyakinkan bahawa persembahan yang diangkat ini bukanlah sekadar suatu omongan penglipurlara tapi tetap bersandarkan pada dasar kisah yang ampuh dari ruang jeda masa yang lalu.

Selepas kisah dikukuh, maka bermulalah proses melakar dan menjelmakannya dalam realiti. Pencarian watak-watak Orang Muda, Seri Panggung dan juga watak sampingan yang lain bukanlah suatu hal yang mudah. Juga penghasilan rekaan panggung, hiasan diri dan busana serta hal remah yang lain tetapi masih sesuatu yang penting dalam menghidupkan bangsawan.

Justeru pengalaman gerak kerja ini juga dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaan terhadap penghasilan bangsawan ini. Pengalaman ini bersatu dan melahirkan perasaan estetika yang menjurus kepada penghayatan dalam penghasilan suatu karya seni.  Inilah liuk lintuk awan larat. Inilah liuk lentuk penari yang gemalai. Inilah juga liuk lentuk kisah yang diangkat berpada-pada. Liuk lentuk bangsawan yang diangkat martabatnya.

Hasilnya? Kepuasan. Dan juga keyakinan bahawa Bangsawan Puteri Sakdung ini mampu mencapai tanda aras yang memungkinkan penghasilan yang lebih baik pada masa hadapan. Diharap juga dengan usaha pementasan ini dapat menjelaskan tentang peri pentingnya memulihara dan memartabatkan warisan seni negara khususnya bangsawan yang menjadi akar pada kebudayaan tempatan.

Oh ya. Kisah Puteri Sakdung ini sangat menarek. Mungkin suatu hari nanti akan aku cerita.

Kredit foto: Hada.
h1

..

Februari 17, 2009

Tunggu sekejap.

h1

Ada orang itu tidak dapat datang. Apa barang hari Sabtu pun kerja?

Februari 13, 2009

OtherMalaysia Public Lecture Series: “Remembering Our Other Half – India” by Dr Farish Noor

Sat 14 Feb, 4.30pm to 6pm
The Annexe Gallery
Admission Free

+ + + +

One of Malaysia’s most incisive historians, Dr Farish Noor continues his OtherMalaysia Public Lecture Series with another thought-provoking installment.

This lecture will focus on OtherMalaysia’s concern to re-activate our collective memory of the past and to locate our own culture and history in a wider context.

The blight of postcolonial national histories is the tendency to accept nation-state boundaries as a given and to write national histories that remain confined within fixed political-territorial limits. So there remains the tendency to see India (and South Asia) as something distinct and alien to Malaysia.

A closer look at the history of South and Southeast Asia, however, reveals a longer period of trans-oceanic contact and exchange where Indians, Malays, Sumatrans and Javanese were part of a greater trans-oceanic civilisation where both South and Southeast Asia were connected via the routes of the Indian Ocean.

This is a call for an appreciation of our collective past, and to re-think our concepts of national identity today.

+ + + +

This talk will be followed by Amir Muhammad’s book launch of MALAYSIAN POLITICIANS SAY THE DARNEDEST THINGS VOL.2 at 6pm.

Klik.

h1

Sudah tidak ingat mahu tulis apa.

Februari 10, 2009

Pada entri ini, aku dan rakanrakan ada hasilkan satu instalasi yang memperkatakan tentang isu Bahasa Malaysia sempena sajak Usaman Awang: Keranda 152.

Tapi hari ini aku mahu tukar sekejap tema instalasi ini kepada persoalan tentang kematian demokrasi. Mari kita baca talkin.

Ah. Lu fikir lah sendiri. Saja mahu buat iritasi.

h1

Payung.

Februari 6, 2009

Semalam ada sesi jalanjalan cari makan. Ke Ipoh. Saja mahu cari mee udang. (tapi tak suka makan mee pun). Atau nak jalan jalan ke Gerbang Malam.

Dalam perjalanan. Hari hujan. Dan sebenarnya Hujan kumpulan fitur dalam Indie Rock Darling.

Tapi si Zul asyik sebut pasal Kudeta. Kudeta. Coup d’etat. Ntahlah. Aku tak faham bahasa bahasa Jerman ni. Aku hanya tahu 4 setengah bahasa.

Lepas itu si Hada pula cerita pasal sejarah. Pasal Sultan Mahmud mangkat dijulanglah. Pasal Raja Jembal lah. Puteri Gunung Ledang yang dia nak tonton malam inilah. Entahlah. Aku tak arif sangat sejarah lamalama ni.

Dani pula sibuk bicara pasal sosialis. Komunis. Dan tentang perjuangan rakyat. Dan aku pun tak tonton lagi Lelaki Komunis Terakhir tu.

Aku lapar.

h1

Permainan bidakbidak catur. Tunggu dan lihat siapa yang kena checkmate.

Februari 5, 2009

Aku kenal Adam. Dan aku rasa dia makhluk yang kool. Dengan segala bagai kata bombastik yang menari dengan muzik tekno. Ya aku rasa dia kool.

Ok. Kamu soljahs pun kool juga.

Aku kenal Ana. Dan aku rasa dia makhluk yang hot. Dengan dawaidawai gitar dan notasi muzik melo dan halo. Ya aku rasa dia hot.

Ok. Nida dan Ili pun hot juga.

Makhluk-makhluk hot dan kool ini boleh kamu jumpa di Maskara Sabtu malam ini.

Maklumat lanjut sila klik sini.

h1

Belon lateks dan gulagula lolipop.

Februari 1, 2009
  1. Nikmati sunyi dan lapang. Nikmati sepi dan bernafas, inhale-exhale. Nikmati cerah terik dan bunyi kipas, bunyi angin, bunyi enjin kereta di jalan raya. Puas.
  2. Maka janganlah lagi panggil Zulkarnain ku itu, Alexander.
  3. Dan tragedi yang sempurna ialah apabila berlaku kematian. Mungkin bukan sempurna, tapi mutlak. Ya. Mutlak.
  4. Dan kamu ialah tragedi aku yang paling sempurna.
  5. Tidak memilih (diam) itu ertinya telah membuat pilihan terhadap kekejaman. Penguasa agresor.
  6. Jika tidak hanya jadi tolol. Tolol dan jumud. Berkatakata seperti burung kakaktua yang duduk bertenggek di palang. Dan tukar siaran. Semi paradoks atau semi sinikal. Bergelumang dengan yang itu hingga dunia pun mengejek ejek.
  7. Siapa yang sudah tandatangan surat perjanjian dengan Tuhan, sila duduk senyap. Dan pergi jauh jauh.
  8. Kadangkadang perlu untuk butuh pada keterlambatan. Supaya dapat menangkap visual gerak perlahan dalam jeda masa. Tiktok tiktok.