Februari 1, 2009
- Nikmati sunyi dan lapang. Nikmati sepi dan bernafas, inhale-exhale. Nikmati cerah terik dan bunyi kipas, bunyi angin, bunyi enjin kereta di jalan raya. Puas.
- Maka janganlah lagi panggil Zulkarnain ku itu, Alexander.
- Dan tragedi yang sempurna ialah apabila berlaku kematian. Mungkin bukan sempurna, tapi mutlak. Ya. Mutlak.
- Dan kamu ialah tragedi aku yang paling sempurna.
- Tidak memilih (diam) itu ertinya telah membuat pilihan terhadap kekejaman. Penguasa agresor.
- Jika tidak hanya jadi tolol. Tolol dan jumud. Berkatakata seperti burung kakaktua yang duduk bertenggek di palang. Dan tukar siaran. Semi paradoks atau semi sinikal. Bergelumang dengan yang itu hingga dunia pun mengejek ejek.
- Siapa yang sudah tandatangan surat perjanjian dengan Tuhan, sila duduk senyap. Dan pergi jauh jauh.
- Kadangkadang perlu untuk butuh pada keterlambatan. Supaya dapat menangkap visual gerak perlahan dalam jeda masa. Tiktok tiktok.
Ditulis dalam fikir, jurnal |
Hmmm…Da Vinci masih belum tamat. Dengan visual gerak perlahan seperti katamu… 2468101214…why? why? why? Read between the numbers.
Kamu suka yang ganjil? Kenapa tidak suka yang genap berpasangan?
Ganjil? Ganjil? Kamu suka yang ganjil…oh! kamu suka akan keganjilan.
Satu itu ganjil. Ganjil itu mutlak. Kenapa mutlak?…oh! kematian itu mutlak.
Kamu tulis kematian kerana mutlak itu pasti.
Oh! Mati itu memang pasti dan ianya sepi sekali.
Kamu juga tulis sepi. Ya..mutlak, mati dan sepi (3 kata).
Ada 3 kata. Dan ianya ganjil…masih ganjil, sama seperti kegemaranmu.
Dan yang no.3? Oh! Kamu pertahankan Zulkarnain, bukan Alexander. Kamu memiliki Zulkarnain, bukan Alex and Er…
Milikmu Zulkarnain. Ambillah dia
Dan jangan ambil si Penguasa Agressor itu!
tik tok, tik kitik kitok, tik tok, tik kitik kitok (repeat till fade)
nizam.
wah. dalamnya kamu kupas. erm. hampir tepat. sebenarnya yang void itu ada juga patah perkataan. tapi nantilah. tibatiba sudah hilang. dan tidak. ini bukan fibonaci. sebab tidak berganda. cuma ada. tiada. ada. tiada. itu saja. kan. dan sememangnya. tengah bersiap untuk mati dan hidup semula. sepi dan bising semula.
abg naga.
berapa kali nak tunggu fade? sampai kejung?
kenapa nombor-nombor genap tidak diselangkan dengan kata-kata. Adakah kerana genap sudah lama dan makin bosan menjadi dirinya dan lama-kelamaan dia sendiri mahu berubah menjadi ganjil. Panjang tak komen saya? :-p
inche naga,
bukankah itu lagu dari pertandingan lagu kanak-kanak di rtm tahun2 80an?
tik tok tik kitik kitok
bunyi jam di dinding rumahku
tik tok tik kitik kitok
masa terus berlalu
belajar bermain
masanya tak tentu
tra la la tra la la
tra la li tra la li
tra la lu tra la lu
aku riang selalu
tik tok tik kitik kitok
bunyi jam mengejutkan aku.
Salam
Setiap kali ke sini saya kagum dengan kebolehan kamu menyusun kata kata yang sungguh indah dan dalam maknanya. Saya sendiri hanya boleh mencoret itu ini yang tidak seberapa.
I’m learning..I’m learning!
Dan ya! lagu tiktok itu pernah kami belajar di sekolah rendah dulu
Echo,
Ya. Lagu tu ciptaan Encik Khairil Johari Johar rasanya.
hurmmmm..
Salam Alina,
No 13 tu…terlalu ramai – termasuk tukang komen ni – yang sering lupa.
dani.
ya. ya. cukup panjang. hee.
echo.
ya. saya ingat lagu itu ada diajar waktu tadika dulu.
naz.
terima kasih. saya pun ada blajar dari akak juga.
wolf.
ahaa.
abg shah.
ya.
pasti. yang zulkarnain itu bukan alexander.
dua insan berbeza.
ya. itu pasti.
aku masih dalam proses berfikir….