h1

Sudah tidak ingat mahu tulis apa.

Februari 10, 2009

Pada entri ini, aku dan rakanrakan ada hasilkan satu instalasi yang memperkatakan tentang isu Bahasa Malaysia sempena sajak Usaman Awang: Keranda 152.

Tapi hari ini aku mahu tukar sekejap tema instalasi ini kepada persoalan tentang kematian demokrasi. Mari kita baca talkin.

Ah. Lu fikir lah sendiri. Saja mahu buat iritasi.

9 komentar

  1. haha… mendalam


  2. Talkin

    ……………

    Malam ini
    Sesudah aku talkinkan bahasaku
    Aku talkinkan pula demokrasi
    Tapi
    Airmataku sudah kering tangisnya.

    ………………..
    http://ddkasiuntukmu.blogspot.com/2009/02/talkin.html

    Sama tapi expressi berbeza.
    ps: T/kasih untuk “Dendang Cinta”.Moga ketemu lagi ya! :)


  3. Yaasinnnnn..


  4. Demokrasi.

    Kata penguasa ianya gila
    tapi bagi kita gila itu ghairah

    Suara.

    Kata mereka tiada bunyi
    tapi bagi kita ianya gempita

    Perubahan.

    Kata mereka angan-angan
    tapi bagi kita jadi nyawa.


  5. Dari kejauhan, ada payung saling teranyam.
    Di balik kemboja putih,
    Ada suara. Pilu. Sayup.

    Ya, ‘dia’ telah pergi.
    Rataplah. Raunglah.
    Dia tak akan kembali.
    Ucapkanlah ‘Innalillah…’

    Usai,
    ‘Dia’, mereka kini tinggalkan
    Mereka, ‘dia’ telah tinggalkan


  6. Demokrasi

    Dem! okr……….asi,
    Dem! ok [kalau] rasi,
    Demo! k[alau tak] rasi.
    Demo g mano?

    Dem! Gigil ke tulang sulbi,
    Aku tak pernah rasa rasi,
    Tak pernah serasi.

    .


  7. dunia yg meletihkan. haih~

    p/s tak sempat berbual lama dgn kamu mlm itu. moga jumpa di lain masa ya. :)


  8. demokrasi bentrok-bentrok
    mendorong kepada aksi anarkis


  9. Bagus-bagus penyajak kita semua ini ya!

    kaklily.
    eh tak sangka gelombang minda kita intersep.



Tinggalkan sebuah Komentar