Arsip untuk Maret, 2009

h1

Lan MUH ulangulang nyanyi~ milk in a bottle!

Maret 31, 2009

Pada hari ini Tuhan berjenaka dengan aku. Ataupun marah. Aku kurang pasti dan simpan kontradiksi dalam hati. Sebab aku sudah mabuk dengan asap yang penuh dalam kepala. Berkepul. Dan kafein yang melimpah dalam esofagus.

Kata Rumi, wajah rona merah mampu jadi pucat dengan hanya torehan satu duri.

Dan pada ketika ini, ada lelaki yang ukir epitaf suami curang pada batu, ada isteri yang ingin berkata pada dunia bahawa: cukuplah, cukuplah diammu! Dan ada anak pada setiap langkahnya malaikat turut menyumpah. Ada jiwa yang terseksa. Dan revolusionis yang berulangulang kali pendam cinta dalam hati.

Ada si pengasihani rambut afro yang selesema, ada si manis yang menangis sambil dengar Estrella berulang kali pada jaring speaker warna hitam. Juga gadis-gadis hip bermain buih dan sabun sambil mengira untung nasib dunia.

Dan seorang konsepsualis menunggu gadis yang tidak muncul, sambil memandang alun air pada kolam dan tunggu tumbuh pohon. Dan warna pada kanvas itu perlahan-lahan mengeras.

Oh wth.

Ya. Aku hampir pasti. Tuhan berjenaka dengan aku. Dan beri aku 0.00001 rasa itu yang sedikit tapi beri kesan. Dan katakata kamu itu perlahan-lahan bertukar menjadi duri.

h1

Dua hari selepas dunia bergelap satu jam dan bumi menyahtoksin. Dan aku dalam ‘blue’ hari Isnin. Merangka untuk mengindoktrinisasi tulisantulisan semi-hitamputih. Dan entah siapasiapa kata, tiru macam Tafteh, tutup blog dan tulis buku!

Maret 30, 2009

h1

Dan apabila semburan asid jadi seperti satu trend. Oh negaraku tercinta!

Maret 25, 2009

Rumah aku di belakangnya hospital. Jadi kawasan sekitar rumah di sini jadi tempat untuk parkir percuma tetamutetamu hospital. Dan juga nursenurse berbaju pink.

Suatu petang kakak iparku menyapu daun kering cokelat di luar laman rumah. Oh ya, dia memang rajin menyapu dosa pagi-petang-siang-malam. Tibatiba ditegur makcik jiran sebelah rumah. Tidak. Makcik itu tidak pula menyapu daun kering cokelat di luar laman rumah. Cuma mengangkat pasupasu bunga pengisi ruang kosong di depan pintu pagar rumah. Untuk elak tetamutetamu hospital dan nursenurse berbaju pink memarkir kereta di depan rumahnya.

Makcik itu lagak penuh ceria tapi tetap mengeluh laman depan rumahnya dijadikan tempat parkir percuma.

Dan pada detik ketika dia berkatakata klimaks ingin mengadu:
- dan kereta hitam ini pun selalu parkir depan sini!
(sambil tuding kereta hitam kecil- BKB 4396- yang selalu diparkir depan rumah kosong tidak berpenghuni-di sebelah rumahku-yang penuh semak lalang(rumah kosong itu, bukan rumahku)-kerana tuannya tidak mahu menyewakan rumah itu-lantas rumah itu sangat usang – tapi belum layak digelar rumah berhantu)

Kakak iparku ketawa kecil, keluarkan punchline nya – oh ini kereta adik ipar saya!

Dan makcik jiran rumah sebelah tersipusipu dan ketawa kecil. Juga.

h1

Senarai yang menempah perempuan simpanan.

Maret 23, 2009

Booking

  1. Norris malina
  2. Ibn azzis
  3. Faiz ridwan
  4. Junid Mahdi (cairo)
  5. Ada zac
  6. Hanani
  7. Omar bahrin (edt)
  8. Naz
  9. Jorji

Sudah bayar

  1. Nur hanani
  2. Tengku nilam
  3. Sa’adah
  4. Suraya
  5. Eamy
  6. Nurul ain (huuga neiji)
  7. Rahimin
  8. Mizstake
  9. Hani
  10. Amir

Kalau sesiapa yang belum bayar tapi aku letakkan sudah bayar. Beritahu. Bab-bab ’short’ ni memang makanan aku.
Kalau sesiapa yang sudah bayar tapi aku letakkan belum bayar, sila emel bukti resit ya sayang.
1 April insyaAllah aku akan mula bertapa di pejabat pos.
Oh ya, setiap perempuan simpanan ini ada nombor sirinya! Yay!

h1

Apsal Man(who??) asyik kalah je nih, jorji?

Maret 21, 2009

Ada yang melingkar dalam balang putih
minta lepas. Dan kantung kamu itu perlahan-lahan
minta diisi. Jika ada yang bertanya, aku jawab
kamu ialah span menyerap setiap air dalam diri.
Hingga kontang.
Kering.

h1

Sekalisekala kita perlu faham kenapa aiskrim perisa vanila itu lazat. Dan wafel cokelat butter itu sangat hip.

Maret 19, 2009
h1

Black is the new black.

Maret 18, 2009

Dan berikan sedikit ruang untuk bumi bernafas.

Sejam pun tidak apa. Tidak apaapa.

Earth hour.

Jam 8.30 pm. Di mana saja anda.

Di manamana. Pada 28hb Mac 2009. Sabtu.

h1

Tunggu pemilihan untuk lihat siapa yang dipilih. Momen besar negara? Tengok siapa yang main shuffle.

Maret 15, 2009

Tidak tahu kenapa, tapi pertama kali dengar lagu Yuna di radio selepas arrangement muzik penuh, aku kecewa. (takdelah kecewa sangat, cuma nak dramatik :P ). Muziknya terlalu mellow dan temponya di perlahankan. Rasanya aku lebih suka muzik tempo laju versi gitar akustiknya.

Jadi, semalam apabila dengar arrangement muzik lagu Dan Sebenarnya yang digubah oleh Acis, dinyanyikan oleh Aishah, aku seronok (tapi takdelah seronok sangat, saja nak dramatik). Ha! Baru catchy. Lirik dan muzik saling kontradiksi. Aku suka! Oh ya. Ini tentang Akademi Fantasia 7 tu! Bukan Aishah & the Fan Club.

Tak kira, walau apa yang dikata tentang AF ini, aku tetap terhibur nonton. Terutama yang 7 ini. Lantak.

Aku lihat semasa di diari (TERtengok.. hee), penampilan bebudak ni lebih kepada gaya bebudak indie. Dan ada beberapa yang punya band muzik di luar. Rupa-rupanya baru ku tahu, antara juri pemilihan ialah Edrie Hashim. Patutlah!

Tapi terhiburlah. Pada malam minggu.

h1

Pada pagi hari mendapat pasport, aku melihat sedikit porsi dunia.

Maret 13, 2009

Yang dirindu tentang Malaysia: meet uncle hussain, estrella, nasi lemak. Dan mamak’ing.

Yang dirindu tentang Jogjakarta (khususnya): lorong sempit, kotabatu  intim, mahasiswa bermotor. Dan juga dinding penuh warnawarni.

Yang ini aku previu sedikit (tanpa kronologi) tentang Jogja yang butuh keterlambatan. Kota yang terperangkap dalam zaman dan masa yang bergerak sangat perlahan. Kota sureal yang mistik dan agak sublime.

anak_kotagede2

anak_kotagede

isi

jogja2

jogja3

jogja

kotagede

mbrosot

parangtritis2

parangtritis3

parangtritis4

parangtritis5

parangtritis6

parangtritis7

parangtritis8parangtritis9

parangtritis

prambanan2

prambanan3

prambanan4prambanan5

prambanan7

prambanan6

prambanan8

prambanan9

prambanan10

prambanan11

prambanan12

prambanan13

prambanan

h1

Gudeg dan tokobuku.

Maret 7, 2009

Aku sekarang ini di internet cafe.

Jogjakarta.

Wah asyik sekali bandar seni ini.

.

.

Ok udah. Nggak mahu bazir masa. Mahu pergi berpoyapoya.

Yay. (Kalau nggak dengar kabar dari aku, meaning aku sudah menetap di sini. ha. ha)