
Pada ketikanya satu saat sebentar yang agak dingin. Di ruang penuh kotabuku. Kotabuku ambiens lampunya merah suram.
Maret 2, 2009Semalam kudengar bisik kamu
buatku imbau
momenmomen curi
kamu. Mobil hitam
dan aku. Penumpang
berpeluh dalam panas terik
sesat mencari galeria artiseni di atas bukit
dan kemudiannya pula
berlari di dalam rintik hujan
dengan payung yang satu itu. Ya. Hanya satu.
Lecaklecak dan lopak air. Lencun
panas-hujan. Lucu.
Buat kuimbau
bersama mobil hitam. Ya. Juga yang itu.
jelajah estet bertanamerah
arahnya rawat-rehat
di tepi lebuhraya penuh kayu merahbata-coklat
sambil kepala pusing
tentang ujianujian dunia
tanda aras masa depan yang kitakait
buat kuimbau
lakaran dan warnawarna kamu
untuk ku bentang
tulisan dan bebelanku
untuk kamu tentang
dan kamu guna
buat gulagula
buat kuimbau
tentang nasigoreng-nescafe (oh semestinya berais),
mamak-studio-muse~oh ya yang kita berlagak semicool dengan lagak serba hitam
tentang plato-croce-pop-konseptual-
method-freud-abstrak berwarna merah-hitam-
dari-a-ke-b-ke-empat-ke-selatan-dari-utara.
yang baru kutahu
semua itu, semua di atas itu
hanya tangga untuk kamu
selesa narsistik
selfish
dan sesungguhnya plastik
buat kuimbau
saat kamu rampas emosi merah
darah hati
aku punya itu
walau sedikit kau hempas
pecah.
Ber-
der-
aiderai.
.




hmm..maseh kata-kata yang anggun bersilang romantisisme.
perasan yang kamu bergiat aktif dengan geng-geng maskara.ada cerita terbaru?agak-agak, kalau di jemput ke daerah kami, mahukah kamu semua datang berkunjung?
wah. ada jemputan dari juak jenang. macamana bos? (kena tanya bos maskara)
waaah…tak boleh jadi ni
dramatisnya.
Jimuda,
Boleh homestay tak? Kami bukannya berduit.
Salam muhibah sobat
Salam hangat
Ben
http://benedikawidyatmoko.wordpress.com
sebab itu aku kemari. mahu dengar bisik sang perawi
menderu puing-puing ilham
buat bingkisan pulang
orang-orang jalan jenang
di sana telah berhenti perang
Jauh kamu berjalan…ruparupanya
Re: ya.boleh bina semula. malaysia punya ramai jurutera.
Thanx visiting my blog.nice writing
memang sejak dulu suka kau tulis apa2 pun.. kasi puji ko cikit.. lelebih dalam hati aku je.. hehehe..
untuk tulisan ko tu.. imbau sikit2 suda.. nanti pedihuluhati.. hehehe…
akal pendek saya tak mampu capai maksud akak =)
imran.
er. boleh jadi/
ili.
biasalah. overacting.haha.
ben.
salam muhibah. nanti saya lawat.
qarma.
oh sudah berhenti ya? baguslah. boleh mula masak burger.
nizam.
haha. tak jauhlah. sekitarsekitar itu juga.
wahyu.
terima kasih kembali.
mira.
ah. sama lah ko.
addy.
haha. tak mampu atau taknak?
bagus skali.
Aduhhh…
gwe peminat kamu iyaaa dehhh…
;p