Arsip untuk Mei, 2009

h1

Iklan sekejap. Slot Akasia bersambung selepas ini.

Mei 29, 2009

Jom ke sini Sabtu ini.

Ada buku ini.

Dan penulisnya.

pp

Buku ini.

Dan penulisnya

Dan buku paling hotz ini.

(Kredit foto: Is.)

Dan penulis-penulisnya.

Dan juga buku ini.

Dan penulisnya.

Juga buku ini.

Oh dan ok lah. Kalau mahu letak setiap gambar buku dan setiap gambar penulis, acara pun sudah selesai. Dan macamlah aku tersangat rajin. Kan. Ada banyak lagi buku-buku daripada Gerakbudaya, Matahari Books, Sang Freud Press serta Sindiket Soljah. Dan lolongan sajak serta nyanyian akustika jalanan.

h1

Solitari. dan Sembunyi.

Mei 28, 2009

Kukemas barang yang penting.
Toiletries. Baju. Buku. Jurnal. Pemain Mp3.
Dalam beg cokelat kehitaman.

Juga
komputer riba (oh ya ini paling penting).
Dan kini di lebuhraya
menuju ke pulau.

.

Pulau yang mana? Syh. Rahsia.

.

.

.

.

Dan bungkusan beriben merah itu masih ada, sayang.
Di bonet kereta belakang.

Oh dear Oh dear Oh dear
Kalau mahu berdosa pun, lakukanlah secara terancang.
Tulis nota suisaid, contohnya.
Bikin aku susah saja.

h1

Saksi dan eviden.

Mei 27, 2009

Dan pagi ini degup jantung pantas
pabila terbaca nama kau di
berita utama
metro online

“Isteri penulis terkenal mati dibunuh”
Pihak polis kategorikan kes jenayah

…disyaki dengan senjata tajam
penulis itu ditahan
untuk soal siasat

Oh dan sepantas itu udara sekitarku tervakum
dan nafasku terhenti seketika sesaat

Serentak itu minda ligat berfikir
dimana kuletakkan kotak beriben merah
yang kau hadiahkan itu
Aduh kacau! Damn.

h1

WTF

Mei 26, 2009

Oh di dalam kotak beriben merah
kauhadiah
bukannya lakaran kau sendiri

tetapi

kayu pancang
yang bersalut darah

Mahu inkriminasikan aku
dengan
apa

kali ini?

h1

City of Angels.

Mei 24, 2009

Yay! Sudah selamat pulang!

Apa khabar kota para malaikat? Dan Sunset Strip?
Dan Pretty2 Women di sana?

Oh sovenir untuk aku…
Dalam bungkusan beriben merah. Sekeping poskad lakaran sendiri.

 

 

.

.

Yang penting, swineflu-free!

Setiap. Masa.
Teringat. Non-eksisten.

 

 

Terimakasih kakintan eskapisminda kerana mengingatkan saya semula pada zeeAvi.

h1

Charismatic.

Mei 22, 2009

And demure.

Seperti adikberadik Petrelli.

.

.

Oh dan sedikit rebelius.

h1

Laskar Pelangi: menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah surga, bersukurlah pada yang Kuasa, cinta kita di dunia selamanya.

Mei 19, 2009

Trailer Laskar Pelangi.

Filem yang diangkat daripada buku bagi aku tidak seharusnya serupa, dan bak kata Andrea, filem adaptasi seharusnya melengkapi bukunya, bukannya sebagai sebuah representasi. Pengarah yang bijak wajar menyelami watak daripada buku dan mengangkatnya ke filem dengan tambahan peristiwa yang tiada di dalam buku. Ada juga filem yang mengubah pengakhiran sesuatu cerita daripada buku contohnya seperti the Runaway Jury, tulisan Grisham. Imaginasi cerita daripada dalam buku biarlah kekal dalam fikiran dan membiarkan filem berbicara sendiri.

Bagi aku, filem ini sangat murni, naif dan membawa emosi yang vertikal. Sekalisekala ada juga direnjat dengan peristiwa yang bisa menyentuh emosi, baik tangisan mahupun sedikit ketawa kecil. Warnawarna filem ini mengingatkan aku pada filem Painted Veil. Dan sinematografi filem ini cukup bagus, menyelinap setiap keindahan desa dan pantai Pulau Belitong.

Gambar dari sini.

Sejujurnya dasar filem ini tentang pengalaman anak desa bersekolah, memasuki pertandingan, belajar tentang hidup dan bersatu dengan alam. Anakanak yang menjadi askar pada pelangi yang sebenarnya mempunyai lebih daripada ratusan warna! Dan bagaimana Ibu Muslimah dan Pak Harjo (?) tegar berjiwa tulus memberi pendidikan yang tidak bersifat materi kepada anakanak desa yang serba kekurangan tapi tetap mempunyai ilmu jiwa yang besar. Bekal yang cukup untuk mereka tempuh kehidupan yang sebenarnya tiada belas kasihan. Kehidupan yang kejam, kata Gie.

Dan bagus benar lakonan anakanak dalam filem ini. Para pelakon anak ini diambil dari kalangan warga Pulau Belitong itu sendiri. Maknanya ini pertama kali lakonan mereka di filem.

Gambar dari sini.

Naskhah hebat filem dan buku ini aku tujukan untuk Cikgu Faiz Juha, seorang pelukis hebat dan guru Seni Visual yang kini mendidik anakanak desa di sebuah pulau yang paling utara dalam peta Malaysia. Pulau yang terletak di utara Sabah, pulau yang kekurangan kemudahan ASAS. Asas itu bermaksud air, api dan bahkan nafas sekalipun. Berilah inspirasi kepada anak anak laskar pelangi itu. Jangan putus harap ya, Faiz.

faiz2Faiz bersama lukisan beliau.

Pulang sekejap beberapa bulan dahulu, Faiz berkesempatan bercerita tentang jerih payahnya di Pulau Banggi. Tahap maksima! Bagaimana kesukaran beliau untuk mendapatkan air yang bersih (setakat air keruh warna kuning itu satu kesyukuran) dan sumber elektrik yang hanya bergantung pada generator cuma.

Serta setiap kali bermain judi dengan nyawa apabila menaiki feri menempuh ombak. Dan makanan sama ada jagung atau ikan. Ditambah dengan anakanak yang tiada wawasan masa depan untuk menuntut ilmu kerana hidup mereka cuma di pulau, sudah ditetapkan dalam hati mereka meneruskan kesinambungan warisan keluarga menjadi nelayan. Marjinal di sana begitu luas jurangnya.

Dan guru-guru di sanalah sumber jendela untuk mereka melihat dunia luar. Oh tak lupa juga korupsi peringkat tertinggi berlaku di manamana (Ok ini cerita lain). Hampir beliau putus asa. Dan menurut ayatnya, Hampir gila aku!

Ketegaran dan kejayaan mengekalkan kewarasan Faiz menempuh semua ini  aku sanjungi dan hormati kerana aku tidak dapat bayangkan jika aku di tempat beliau. Kerana itulah dahulu aku ambil keputusan untuk tidak mahu mengajar anakanak kecil menengah kerana pasti jiwa aku tidak cukup kuat (seperti Ibu Muslimah) untuk melihat segala kekurangan, segala kedhaifan, segala kemurnian, segala kenakalan yang ada dalam lingkungan tersebut. Sedih. Dan kasihan amat.

faiz1Faiz di Pulau Banggi.

Selamat Hari Ketabahan Guru buat Cikgu Faiz dan semua pendidik terutama guru guru di Semenanjung yang ditugaskan ke luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak. Teruslah menari dan ketawa bersama anakanak kamu, walau duniamu tidak seindah syurga. Tugas yang diberi laksanakan dengan hemah. Kata pakcik Spiderman, kuasa yang hebat (sebagai pendidik) datang bersama tanggungjawab yang besar juga!

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

~Laskar Pelangi oleh Nidji

.

Aha. Gila serius entri kali ini.

h1

Sell out. But (not) sold out.

Mei 18, 2009

Wah. Tajuk bukan main PPSMI.

Info tentang Sell out.

Hampir satu dunia sudah tengok. Tak truly Malaysian lah kalau tidak tengok. Filem ini penuh dengan ciriciri Malaysianya. Hampirlah. Aku kira boleh jadi dokumentasi rakaman budaya untuk kajian makhluk asing yang buat crop circle 10 tahun lagi. Secara subteks tentang politik, sosial, dan pemikiran (?) rakyat Malaysia.

Ini minggu terakhir rasanya. Jadi kalau berkesempatan, tontonlah. Ataupun tunggu saja di Astro nanti. :P Lagipun pengarah dan pelakonnya kalian tak kenal kan?

Tapi secara peribadi bagi aku filem ini sinis dan penuh satira. Ketawa dalam panggung pun mahu kontrol sebab orang tak ramai, jadi kalau gelak kuatkuat, nampak sangat lah.  Yang paling menarik, tentang babak karaoke. Oh ya budaya orang Malaysia kan suka berkaraoke. Tapi babak karaoke ini bukan babak orang melakukan babak karaoke, tapi klip video karaoke itu sendiri. Dan lagu-lagu dalam filem ini juga sing-a-long. (mana mahu cari track nya eh?)

Dan dialognya memang genius. Perbualan manglish seharihari. Funny, seriously. Filem ini tak terlalu mencuba dan tak juga terlalu kurang rencahnya. Menarik lah untuk ditonton dan dihadam.

Tapi cukup sekadar di panggung wayang.

Hari ini sudah tiada kesan emosi.

h1

Pseudo-twittering: Status

Mei 15, 2009

Alina esok cancel semua apppointment dan bertemujanji hanya dengan teman paling baik (bestest friend?? hehe), lepaklepak dan makanmakan di rumahnya sambil tonton konsert final AF. wow! momen sureal! Afundi Hafiz dan Akim!(30 mins ago.)

Alina semalam ke pameran duet Saharil dan Munkao. Mantap! Syor semua pergi lihat sebelum watakwatak dalam lukisan Saharil bertukar menjadi makhluk ganas tidak berperikemanusiaan!(2 hours ago.)

Alina lagi dua hari tarikh tutup untuk masukkan markah online! aiyakk!!! tapi internet (atau server) lembab gila!(4 hours ago.)

Alina rasa Kuala Lumpur kini aman damai sebab soljah semua ke luar negeri. haha.(6 hours ago.)

Alina rasa mahu tonton filem ini hari.(8 hours ago.)

Alina rasa mahu tidur sepanjang hari.(10 hours ago.)

Alina rasa mahu curi saja buku parodi tentang falsafah yang Cik Kurekure beli semalam di Ricecooker. Ceh! (14 hours ago.)

h1

Mereka main kerusi muzikal, dan kontraktor tercangakcangak ternganga.

Mei 12, 2009

Marina Mahathir sudah beli.
Eli Wong sudah punya perempuan simpanan ~kinky tak frasa ni? (dan aku rasa dia terpaksa beli lepas zul sebut.)
Abg Meor juga sudah ada.
Shanon pun sudah beli. (walau dia lupa bayar pada mulanya)

Minggu lepas aku maraton Dexter.
Minggu ini maraton Criminal Minds.
Mantap.

Jadi kini aku dalam mode~ jenayah-psiko-sosiopath-penjenayah-hollywood-semua-kacak.

Dan kepada Puan Marina Mahathir, kalau terasa ada kelibat seseorang berambut ketakketak ikal asyik mengekori puan, boleh emel saya untuk profailkan. Saya fikir tahu siapa.

Dan aku rasa Adam Kasturi paling ekspresif senja itu. (Selain daripada persembahan Firdaus Abdillah semasa merasmikan buku Kacip Pipiyapong. Serius, penuh dengan subteks dan hiperbola!) The next Allan Kaprow. Sunyi tanpa kata cuma gerak. Eksperimental pertama dari Adam tapi bukan sesuatu yang baru. Jika Adam konsisten, dapat tertulis namanya dalam senarai artis persembahan gaya lewat moden. Di Malaysia lah. Kudos.

Dan untuk pemuja penuh pascamoden, Nazri M. Annuar untuk anda! Dan terjadi ironi dalam ironi bila meja SIS ada di KLAB! Nasib baik kiblat aku bukannya feminisme.

Kalau mahu lagi Adam K. dan Dewangga S. dan juga Nazri M A., sila lah ke Pekan Sehari Frinjan edisi Mei ini.

(Oh ya bagi kasanova penyanjung wanita, Beeha juga ada!)

Oh ini tentang KLAB dan pelancaran buku Shaira Amira dan Pipiyapong. Dan segala gambar daripada kamera Nazri.