
w.i.p: Blue in Mono.
Mei 5, 2009Dalam bikinan.

Apabila Giger beri aku kanvas comot berwarna cokelat kusam, aku bingung. Dia kata, lukislah. Lukislah apa saja kecuali bunga ros. Aku keliru. Tidak tahu apa yang mahu dilukis lagi. Terbingungbingung sambil merayau di sekeliling studio. Mencari subjek, mencari imaginari halusinasi atau yang si bijakpandai panggil muse. Sangat sublime!
Tibatiba ada pepatung tabur debu emas pada rambut. Oh atau mungkin juga Jason Mraz. Dan aku capai katalog Bitumania dan mula lukis figura tanpa roman wajah pada kanvas comot berwarna cokelat kusam. Figura tanpa roman wajah, bertshirt hitam, berseluar jeans. Gaya tampak seperti pelajar Hanamoto yang entah kulupa siapa nama, dalam Honey and Clover (aku, bukannya figura itu).
Ya. Dan dengan rona hitam-kelabu suram, baris putih sirna jarang-jarang, dan dengan bantuan tangan halimunan Giger, figura tanpa wajah mula muncul perlahanlahan pada kanvas.
Antara itu, ada ikan melompat di kolam yang tidak lagi stagnant, dan ada perempuan persis Camelia berbaring di atas hemok, bawah pokok bakau. Mencari tenang. Distress.
Oh selepas itu baru aku teringat namanya Hagu (pelajar Hanamoto, bukannya perempuan persis Camelia itu).




Ok, kesimpualannya (ya, aku suka buat kesimpulan yang bukanbukan, ha ha), di hati kau masih ada dia. Hah, kau lukis akan dia!!!!????
Tapi, dia tak dengar rock, dia dengar lagu hape entah, lagu yang mendayudayu, Hetty Koes Endang misalnya.
Yapong,
Kalau kau rasa sakit telinga dan jiwa kau rasa tersentapsentap – tutup pintu bilik kau kedapkedap! L)
Hah, aku nampak biru. Jeans biru. Mata aku tidak keliru nampaknya…
woah! kolam tidak lagi stagnant.ada ikan.boleh mula nyanyi lagu “perigi biru”.
(ada jari berkirakira nasib)
Saya cinta Honey and Clover.
Cinta.
Alina,
nota kecil awak yang dikoyakkan Habri buat saya tersenyum.
Thanks.
)
M
jatuh cinta dgn gambar itu
bro. huh? apa asosiasi entri ini dengan perluahan komen tu? choi.
nizam. mungkin yang biru akan bertukar merah.
dex. ? pernah ke kolam tu ke?
m.
Habri koyakkan nota saya? saya pun tak sabar mahu baca nota balasan.
nik.
. sekejap saja. nnti gambar ini akan bertukar jadi lain.
Artist = superstar.
Bukan aku yang kata. Tapi, Andy Warhol. Uuuhhhhh.
dark.dirty.edgy.
i like.
..for me a painting should be beautiful.. as beautiful as u could manage.. like van gogh.. like picaso.. like matisse.. like ib.. like latif mohidin..
teh. artist sekarang memang dilayan seperti superstar! blogger pun macam tu jugak lah, kata orang itu.
kakintan. thanks. tapi ini proses. belum sudah lagi.
bitumen, Giger. superstar dan jeans biru.
ada personaliti disitu.