
0.6: White is so passe.
Juni 3, 2009Oh ingat lagi dear? Dua tahun lepas?
Di acara pelancaran buku Azalan
teman sasterawan kau?
Sewaktu kaubawa isterimu
Dan perkenalkan kepadaku
.
Dila, ini temannya Azalan!
katamu tanpa rasa konshens
atau koheren
Itu saja pengenalan
tentang diriku?
Aku hanya tersenyum.
Dan menyambut tangan
isterimu Dila
oh jengkel itu tetap ada
.
.
.
.
Dan malam itu kami memakai baju berwarna sama.
Putih.
Oh dear
Kenapa tidak kau beritahu
mahu bawa isteri jelitamu?
kerana sudah pasti
aku akan bawa divikam
dan rakam
lakonan terunggul kau




oh! kenapa kau tak cakap aku orang yang FIRST!
second
Memang pasir…
kisah benar ke ni?
Mmmmm…. alangkah bahagianya lelaki itu… hahaha
apa kurangnya aku? laki orang jugak!
aie. di dunia ini tidak ada yang benar. tidak ada yang tidak benar.
ji. oh kau tak kurang apa pun.
Azlan Husin?