
Tentang Inglourious Basterds dan aku yang semakin bodoh.
November 4, 2009Dalam parti privat Mocca minggu lepas, aku rasa Yuna sudah tidak punya ‘mojo’ lagi untuk beraksi di pentas. Nyata Tonawarna lebih buat aku teruja.
Dan aku rasa, Inglourious Basterds ini cerita terbaik Quentin buat setakat ini. Lebih-lebih lagi jika kamu menontonnya pada jam 12 tengah malam.
Dan setakat ini aku masih belum puas dalam menghasilkan karya.
Kerana terlalu banyak paksaan untuk membaca buku-buku akademik dan filsafat, aku fikir aku sudah jadi semakin bodoh pula. Hence, the phrase by Socrates,”I know that I know nothing..”
Sudah tumpul nous kreativiti dan masa pula dicuri daripada aku sedikit demi sedikit, yang buat aku gagal untuk lapangkan diri sendiri.
Dan aku tidak mahu membenarkan kata-kata mereka yang ragu kemampuan aku melukis.
Filem kedua Vovin yang ditayangkan malam Maskara Shorties pula aku rasa lebih baik daripada yang pertama.
Aku pasti, dengan praktis, suatu hari aku dapat juga hasilkan Monalisa-ku, Guernica-ku, atau mungkin juga punya To Kill a Mockingbird-ku sendiri. Seperti tindakan Lt Aldo Raine (Brad Pitt) dalam Ing.Bast. ini yang mengukir swastika pada setiap dahi mangsanya. Dan semakin sempurna pada setiap kali. Rasionalnya supaya ‘title nazi’ itu melekat sehingga mati.
Basterds!




looking forward untuk melihat cerita basterds itu.
aku harap kamu dapat cari masa yang kamu hilang itu.
teruskan berkarya.
kt ipoh tak screen ..T____T
aku tunggu uncut version punya dvd sahaja. kurang berminat tengok cerita yang dah dipotong.
Hence, the phrase by Socrates,”I know that I know nothing…
Saya juga bakal mengalami gangguan ini tidak lama lagi, satu dunia yang akan membuatkan kita BISU.
aku sokong apa sahaja yang kamu lakukan sayang
sayang.aku kagum bila kamu menulis kerana genius kata disulam filosofi pekat yang telah kamu baca biar ada hiduan mimi.sayang.seorangsayang.aku kagum bila kamu menulis kerana genius kata disulam filosafi yg telah kamu baca biar ada hiduan mimi.sayang.seorang guru berkata dia tahu siapa anak muridnya yang boleh melukis dan sebaliknya.sayang.untuk itu tulin diri.berani diri.aku tahu kamu kerja keras.kerana kamu kata seni untuk diri.sayang.
sayang seorang sayang
Bolehkah nak letak komen?
bintang. ya. saya highly recommend.
bainun. turun lah kl.
shahril. ya. ada sesi pemotongan selama setengah jam.
tafteh. aduh. betul? mahu siap siagalah ini macam.
dex. thanks.
marsli. boleh! boleh sangat!