Arsip untuk ‘catan’ Kategori

h1

w.i.p: Blue in Mono.

Mei 5, 2009

Dalam bikinan.

artist_rockstar

Apabila Giger beri aku kanvas comot berwarna cokelat kusam, aku bingung. Dia kata, lukislah. Lukislah apa saja kecuali bunga ros. Aku keliru. Tidak tahu apa yang mahu dilukis lagi. Terbingungbingung sambil merayau di sekeliling studio. Mencari subjek, mencari imaginari halusinasi atau yang si bijakpandai panggil muse. Sangat sublime!

Tibatiba ada pepatung tabur debu emas pada rambut. Oh atau mungkin juga Jason Mraz. Dan aku capai katalog Bitumania dan mula lukis figura tanpa roman wajah pada kanvas comot berwarna cokelat kusam. Figura tanpa roman wajah, bertshirt hitam, berseluar jeans. Gaya tampak seperti pelajar Hanamoto yang entah kulupa siapa nama, dalam Honey and Clover (aku, bukannya figura itu).

Ya. Dan dengan rona hitam-kelabu suram, baris putih sirna jarang-jarang, dan dengan bantuan tangan halimunan Giger, figura tanpa wajah mula muncul perlahanlahan pada kanvas.

Antara itu, ada ikan melompat di kolam yang tidak lagi stagnant, dan ada perempuan persis Camelia berbaring di atas hemok, bawah pokok bakau. Mencari tenang. Distress.

Oh selepas itu baru aku teringat namanya Hagu (pelajar Hanamoto, bukannya perempuan persis Camelia itu).

h1

//aku tak mahu taj mahal. taj mahal itu makam. kau mahu aku mati cepatkah?

September 10, 2008

berikan aku istana alhambra yang usang

kekasihku lari ke kota kaca dan menjadi wanita. dia memakai celak hitam dan maskara tebal.
di lorong-lorong dia masih bersayu berdendang. sadis.
kekasihku mencebik merajuk dan menjadi robot kasa.
dia menolak ku jatuh tapi masih menyimpan namaku di diari usangnya.

aku terjumpa seorang pemuda minda urban kontemporari. sering meneguk arak di tangan kanan dan berfalsafah ditutur. aku dan dia bulat. aku ketawa. aku bertanya, mahukah menjadi kekasihku? dia hanya menggeleng bangga dan menjeling perawan lain. kemudian aku menangis. aku sudah menghilangkan namanya tapi dia masih mengikat tali di tanganku. rimas.

kekasihku terjumpa sepasang sayap dan berlari mengelilingi kubus.
dia terdengar suara hatif dan pulang menjadi seorang darwis.
kekasihku adalah kekasih lama. dan dia masih berpegang pada akadnya. katanya, tunggulah.
dan kini aku masih menunggu di lorong suwer. cinta sudah tiada.

-lebuhraya utara selatan, 2007.

.

.

ini adalah antara sajak prosa aku yang bertimbun-timbun. yang tidak pernah diterbitkan dimanamana sekalipun. dulu aku ada juga hantar ke akhbar. tapi mungkin sajak aku ini banyak merepek. maka tidak lah ada yang terbit. di itm dulu ada lah tiga koleksi bersama. tapi bukan di pasaran terbuka. huhu. sejak dari itu, aku hanya simpan saja. dan syok sendiri. tapi ada juga beberapa yang telah menjadi lirik lagu. tidak. bukan lagu mainstream. lagu-lagu itu juga alami nasib yang sama dengan sajak. tersimpan bersawang. aku rasa taboo.

taj mahal ialah antara binaan seni Islam yang terindah. dan mungkin antara seni bina terindah dunia. cif arkiteknya, ustaz isa bijak mengatur dan merangka. tapi yang ironinya, shah jahan hanya mampu melihat dari menara penjara. dipenjarakan oleh anak beliau sendiri.

nanti akan aku ceritakan kehebatan binaan taj mahal.

gambar di atas pula ialah lukisan aku yang tidak siap.

h1

Antara ini bukan sama sekali platonik*

Juli 23, 2008

dua entri yang lepas, aku tampilkan poster uncle sam.

uncle sam merupakan ikon yang popular.
di US sewaktu perang dunia pertama.
atau mungkin dikatakan personafikasi. bagi negara itu.

nikman, seorang rakan mengambil ikon uncle sam ini untuk karyanya.
temanya ialah agresi dan propaganda.
mungkin kita boleh personafikasikan ikon ini untuk negara kita.

*platonik idealism::
plato pernah berkata.
bahawa “idea” itu lebih sempurna daripada perkara atau benda.
atau realiti.