Arsip untuk ‘fikir’ Kategori

h1

Jika Saharil sudah kata kau genit, maka kau patut sudah mula kuruskan badan. :P

April 30, 2009

Eeek! Boom! Bunyi apa tu? Ada kemalangan jalan raya lah! Langgar lari. Siapa mangsa? Bahasa. Bahasa Malaysia.

Lebuhraya Persekutuan.
26 April 2009.

.

One plus one equals zero. Ok. Anak kecil itu ulangulang sama aku. One plus one equals zero. katanya lagi. Bukan. salah! Kemudian dia sambung. One politician plus one politician equals zero brain.

Oh, pandai rupanya anak generasi PPSMI ini! Jadi siapa kata PPSMI tidak berjaya?

Subang Jaya.
25 April 2009.

(Dibacakan pertama kali di Pentas 152, 26 April ~ juga sambutan lahir. Takut juga aku jika Saudara Shamsul, Ketua AMK baling kasut pada aku bila aku baca One plus one itu!)

.

.

Dan oh tidak pasti sebenarnya stand aku dalam PPSMI.

Tidak lah menyokong. Dan tidak pula menentang. Dan tidak lah pula berada di tengah tengah. Aku tidak punya anak yang terseksa memahami. Aku pun bukannya dalam bidang yang menjadikan subjek Sains dan Matematik sebagai rumus utama.

Golput kata, tidak memilih itu juga satu pilihan. Tapi bagaimana jika memilih untuk memilih dan untuk tidak memilih. Ok. Ekuasi potong-potong. Ya aku tahu.

Dan sedikit keliru sebenarnya apabila ramai yang berbahasa Inggeris dengan aku dan aku syak mungkin mereka menyangka aku ini perempuan Inggeris atau setidaknya perempuan beraliran Inggeris walaupun berkalikali aku menjawab dalam bahasa Malaysia penuh. Dan itupun tidak apa. Tidak apaapa pun pada aku.

Tetapi ini sesuatu yang merungsingkan kerana aku pendidik. Mungkin bukan guru bahasa seperti Teacher Wani, tapi aku ada anak anak seni terpilih yang perlu dihalakan kompas mereka untuk mebangunkan kreativiti dan jati diri dalam menghadapi arus globalisasi negara.

Ok. Sebenarnya tak perlu pun. Itu cakap-cakap orang akademik. Cakap-cakap politik. Anakanak seni ini sebenarnya ada akal. Ada doktrin mereka sendiri. Tapi terhad atau terhalang kerana ada akta yang entah apa apa tu. Buat mereka jumud. Buat mereka bisu.

Ok. Sudah. Itu bukan poin utama.

Kalau ditanyakan, aku akan jawab, ajar Matematik dalam bahasa Mandarin. Sains dalam bahasa Rusia (Atau Arab. Atau Yunani. Kata Saharil dalam Teroris Bahasa, perkataan Algebra itu pun asalnya dalam bahasa Arab. Itu aku rasa semua tahu). Sejarah dalam bahasa Tamil. Seni Lukis dalam bahasa Seni. Bahasa Seni, ok. Bukannya jargon yang pelikpelik.

Dan lihatlah kebanyakannya rujukan bukubuku anakanak seni terpilih di sini dalam bahasa Inggeris. Itu boleh dimaafkan jika penerbitnya berpangkalan di negara yang bertutur dalam bahasa inggeris.

Tapi, jika hatta katalog pameran lukisan di Malaysia sekali pun dalam bahasa Inggeris, macamana nih babe? Bak kata Sinaganaga, lu ada lighter?

Dan sebenarnya kebanyakan tulisantulisan di sini pun penuh kesalahan tatabahasa.

Ok. Diam sudah.

h1

Belon lateks dan gulagula lolipop.

Februari 1, 2009
  1. Nikmati sunyi dan lapang. Nikmati sepi dan bernafas, inhale-exhale. Nikmati cerah terik dan bunyi kipas, bunyi angin, bunyi enjin kereta di jalan raya. Puas.
  2. Maka janganlah lagi panggil Zulkarnain ku itu, Alexander.
  3. Dan tragedi yang sempurna ialah apabila berlaku kematian. Mungkin bukan sempurna, tapi mutlak. Ya. Mutlak.
  4. Dan kamu ialah tragedi aku yang paling sempurna.
  5. Tidak memilih (diam) itu ertinya telah membuat pilihan terhadap kekejaman. Penguasa agresor.
  6. Jika tidak hanya jadi tolol. Tolol dan jumud. Berkatakata seperti burung kakaktua yang duduk bertenggek di palang. Dan tukar siaran. Semi paradoks atau semi sinikal. Bergelumang dengan yang itu hingga dunia pun mengejek ejek.
  7. Siapa yang sudah tandatangan surat perjanjian dengan Tuhan, sila duduk senyap. Dan pergi jauh jauh.
  8. Kadangkadang perlu untuk butuh pada keterlambatan. Supaya dapat menangkap visual gerak perlahan dalam jeda masa. Tiktok tiktok.
h1

Dunia ini tidak berkisar tentang diri kamu sahaja.

Januari 27, 2009

Dan pada hari itu kamu terasa bahawa hidup ini
sungguh fcuked up dan rasa mahu berlari sambil
menjerit di tengah jalan. Momen yang palat. Dan rasa
seperti oh kenapa dunia atau mungkin dia mesti
lakukan begini terhadap kamu dan setiap hari
duduk di sudut dan menangis. Dan menangis.

Dan menangis.

Dan mula salahkan semua orang dan salah diri
sendiri. Penafian diri. Salahkan mungkin Freud
dan Jung yang cipta libido dan depresi. Dan
merasakan bahawa setiap lagulagu di utube
adalah tentang kamu. Dan setiap muvi yang
kamu lihat paparkan kisah kecewa kamu.
Dan murung. Dan sadis. Meratap ratap sedusedan.
Dan mula meracau racau tentang pilpil dan
minuman beracun. Dan mungkin juga pisau
dan pergelangan tangan.

.

.

Well.

.

.

Get a life dear.

h1

Terhenti waktu menunggu. Takku temui penggantimu.*

Januari 21, 2009

Nostradamus pon tidak bodoh untuk meramal bahawa nanti stesen stesen radio akan memainkan lagu meet uncle hussain semula. Terutama nya stesen radio yang dikatakan hot sentiasa itu.

Semalam aku ‘ter’buka stesen radio berkenaan. Terbuka dalam ertikata sebelum ini aku elakkan untuk mendengarnya (atau boleh saja kata boikot dalam pemahaman jorji). Wah. Semakin ‘indie’ mereka! Sudah ikrar untuk 90/10 ke? (sangat oportunis!)

(nota ranting: *Petikan lirik lagu Mahkota – MUH. Aku suka semua lirik lagulagu mereka.)

h1

Bagaimana menjana pendapatan anda pada waktu resesi ini?

Januari 7, 2009

10 hari selepas tahun baru.

.

Pendapatan pasif adalah sumber pendapatan yang terjana tanpa perlu anda melakukan apa-apa kerja. Bayangkan wang anda akan berganda secara automatik setiap hari untuk anda meskipun ketika anda tidur lena atau makan angin di Pulau Langkawi selama seminggu.

Membuat keputusan yang bijak untuk diri anda adalah amat kritikal.

Jangan sesekali membenarkan diri anda membuang masa, usaha dan wang ringgit lebih banyak lagi kerana berdegil mahu mencari “pengalaman” meneroka peluang yang berlambak di internet secara sendirian dan gagal?

PERKARA: Kini adalah masanya untuk anda menjana pendapatan pasif secara autopilot

Seorang jutawan mendedahkan rahsia bagaimana beliau mendapatkan RM1 juta pertamanya.

Anda ingin tahu salah satu rahsianya?

Rahsia besar mereka adalah pendapatan pasif

Masalahnya, adakah anda benar-benar tahu caranya untuk menjana pendapatan pasif?

Dipetik dari laman web ini.

————————————————————-

.

Tidak. Bukan iklan untuk laman web di atas. Bukan juga iklan untuk menyokong MLM.

.

Tapi sila luangkan masa sedikit lihat pada tiang sebelah kiri blog ini.  Pada ruang ’saham akhirat’. Hanya guna jari! (kalau e-banking lah).

.

Atau kalau ragu-ragu korporat ini, carilah yang lain. Buat sesuatu! Ok sayang?

.

Ok. Ok. Bagaimana kalau bantuan tak sampai? Bantuan yang dihantar di sana disekat, kan?

Jangan risau. Tuhan tolong.

Bagi aje. Yang lain tu, Tuhan uruskan.

Ya. Dan hari ini ialah hari ke 10 selepas tahun baru. Dan hari ini ialah hari yang ke 10 hijrah. Dan hari yang ke 10 selepas Palestin dijarah.

Hari ini Hari Asyura.

(Banyak dapat poin kalau memberi, babe!)

h1

Epitaf yang terhakis.

Desember 29, 2008

Dan kautinggalkan jejak-jejakmu
Di tanah-tanah merah
Dan celah puing-puing kota
Kota usang yang terpalit ahmar darah
Dan raungan tangis manusia yang kehilangan arah

Apakah pada jejak-jejakmu itu
Kutemui syurga
Atau neraka?

Sekurangnya kau bisa terpalit darah
Daripada kami,
Yang hanya mampu berserah. Dan kalah.

Alina, 2008.

Rachel Corrie ialah perempuan yang berani aku kira. Berani untuk menentang. Berani untuk menyatakan pendirian. Meninggalkan ibu. Bapa. Tanah air. Untuk berjuang. Bukan miliknya pun. Bukan bangsanya pun. Tapi sekadar atas nama kemanusiaan dan sejagat. Maka kita di sini pula asyik melaung bangsa yang bertuan. Bangsa yang hebat. We talk the talk, but never walk that talk.

Siapa kata bangsa Melayu yang paling hebat, paling gah dan paling maha? Sila beri dalil dan nas di sini. Sombong.

Tidak. Ini bukan apa apa. Ini sekadar mahu mengingat kembali sejarah. Sejarah Rachel. Kerana awal tahun baru semalam, Gaza bergolak lagi. Mungkin kita hanya boleh mengadah tangan dan berdoa.

Itupun jika kita masih teringat untuk meminta.

Dan alFatihah untuk  al marhum DYMM Yamtuan Besar Negeri Sembilan.

Selamat Tahun Baru. Sekali lagi.

.

“If any of us had our lives and welfare completely strangled, lived with children in a shrinking place where we knew, because of previous experience, that soldiers and tanks and bulldozers could come for us at any moment and destroy all the greenhouses that we had been cultivating for however long, and did this while some of us were beaten and held captive with 149 other people for several hours—do you think we might try to use somewhat violent means to protect whatever fragments remained?… I really think, in a similar situation, most people would defend themselves as best they could.”

—Rachel Corrie to her mother,
27 February 2003 (rachelswords.org)

h1

Prakognisi? Mungkin tidak.

November 27, 2008

Hanya kebetulan.

Pada entri yang sebelum ini, aku ada ceritakan tentang Robert Frost. Tentang dua jalan yang ingin dipilihnya. Dan tentang memilih jalan yang jarang dilalui. Tentang The Road Not Taken.

Dan pada hari esoknya, aku diminta (baca:dipaksa) untuk jaga final exam. Subjeknya literatur Inggeris. Dan aneh, masih creepy:

exam3

exam21

.

Wah gitu. Tapi kebetulan mungkin ya (Subhanallah). Dan aku rasa kalau ada student tesl yang baca blog aku pada entri Robert Frost itu, mungkin dia dapat jawab soalan itu dengan cemerlang. haha.

.

[Nota ranting: Baru kejap tadi Nazri ada bagi satu link ke blog. Dan dalam blog itu ada menulis tentang kebetulan-kebetulan.]

h1

Crit session with Hamir Soib: Ros biru. (Kemaskini 16 Nov)

November 14, 2008

roseblue

Ok Encek Abang Hamir. Sila crit yang terbaru ini ya. Saiz 3 x 3. Akrilik atas Kanvas. 75% siap.

Teman-teman yang lain juga boleh beri pandangan. Terima Kasih.

.

work yg baru tu nampak ada kemajuan. kalau ditambah dengan penggunaan berus saiz kecil, mungkin akan nampak lebih detail..

mgkn selepas ni ada lanskap kat kelopak bunga tu..
atau kelihatan seperti satu objek baru yg terhasil dari bentuk bunga tu. cuba gunakan imaginasi di tahap maksimum.. haaa

bagus. keep up the good work ;)

- Hamir Soib, 15 Nov.

.

———-

[Nota ranting]

Ramai yang kurang percaya atau tidak percaya langsung grup kami terutama aku sendiri, artis seni visual (kalau boleh dikatakan artis). Dan juga penulis kreatif. Ya. Dunia ini sudah cukup pascamodennya. Maka kami cuba memberi definisi baru pada seni itu. Artis seni visual tidak perlu menampakkan dirinya dalam tragedi. Persetankan Plato. Persetankan Freud. Itu bukan alasan yang valid pada zaman menghampiri akhir gelombang ketiga ini.

Ya. Tidak perlu menampakkan diri kami dalam tragedi atau distres atau hiper depresi. Atau ada fitur2 suisaidal. Alami mungkin. Kadang-kadang. Tapi topi-topi buatan de Bono yang diseptif sudah ada enam untuk kita pilih dan pakai sehari hari.

Tak perlu menampakkan tragedi. Atau terapung-apung dalam dunia sureal, fizikal tidak keberadaan, terapung-apung dengan diri tidak terurus, hancing.

Kadang-kadang? Ya.

Tapi mungkin kerana itu, kami tidak menjadi artis visual yang bagus dan ‘gila’. haha.

h1

i think, therefore i am*

Agustus 5, 2008

**(rujuk entri ini).

Artist: David Roberts Title: Elhambra, Spain

Cahayamu bagai sabitah. Doaku kau sejahtera. Biar warna kubah-kubahmu kian pudar. Untukmu setanggi ini kubakar. Cahayamu sediakala. Aku rindukan zaman kebangkitan. Pabila nurani bersulamkan fikiran. Seganding dan bersatu. Lafaz niatku bertemu. Cahayamu tiada tara. Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia. Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu. Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat. Supaya dapat aku tari menongkah arus. Sahutlah andalusia. Apakah sudah kering lautan darah. Yang tertimbus di bumi alhambra. Ataupun masih bergelora menanti saat. Melimpah mengikut mata air. Antal hadi antal haqqu. Laisal hadi Ilaahu. Lagu: m nasir Lirik: loloq

sarjana Islam dahulu tidak mengkategorikan manamana disiplin ilmu.
dan tidak menggredkan manamana disiplin ilmu.
contohnya seperti disiplin sains dan disiplin seni.
seperti yang dikelaskan di IPT IPT (atau sekolah) di malaysia.

bagi pelajar sains. ruang lingkup pembelajaran mereka hanya dalam lingkungan disiplin sains. begitu juga seni. hanya dalam ruang lingkup disiplin seni.

contohnya seperti ibn khaldun. seorang filsuf, sejarawan, kosmologi. sosiologi. ahli ekonomi. ahlil muzik

dan alghazali. seorang filsuf. budayawan. ahli politik. ahli fizik. ahli psikologi.

dan jika mahu ambil contoh barat. leonardo da vinci. seorang artis. pereka. ahli matematik. jurutera. ahli muzik. arkitek.

atau ilmuan greek dahulu. aristotle. ahli filsuf. menulis tentang fizik. metafizik. politik. kesenian. biologi.

dalam kejuruteraan binaan hebat seperti masjid sulaiman di istanbul, dan istana alhambra di granada (dikatakan istana terindah di dunia).
terdapat dalamnya banyak disiplin. seni bina. seni hiasan. seni tampak. matematik. fizik. falsafah. dematerialisasi dan denaturalisasi.

erm. falsafah? mungkin masjid kristal dan masjid putrajaya ‘boleh’ masuk kategori ini.

*Cogito ergo sum. frasa ini popular dikaitkan dengan rene descartes. ahli falsafah yang terkenal dan menjadi rujukan. terutama teori beliau tentang minda. ah bijak sungguh. tapi setelah ilmuan lain mengkaji buku beliau, hampir menyamai tulisan alghazali.

oh. sebenarnya, ‘i think therefore i am’ itu ‘frasa’ alghazali.

dan andalusia ialah nama lama bagi sepanyol.

“philosopher kings” = “those who love the sight of truth”
(Plato, Republic 475c)

h1

Apabila warna hitam bertukar merah

Juli 16, 2008

Perbualan antara 2 mahasiswa di salah sebuah IPTA.
Kedua-duanya memegang akhbar utama negara.
Dan sedang menonton siaran TV utama negara.

M A: Eh, tengok paper nih. Jem gile kl eh?
M B: Ooooh yang derang ckp ada rusuhan kat parlimen tu eh? Jadi ke rusuhan tu?
M A: Tak jadik kot sebab polis dah buat roadblock.
M B: Yang Anwar ni apsal degil taknak pegi balai polis?
M A: Tak jadik kot sebab polis dah buat roadblock. Jalan jem.

Bangganya bila dengar perbualan ini.
Tak sangka, mahasiswa kita ada pandangan yang luas.
Dan kritikan yang bebas.
Syabas kepada kerajaan.
Mahasiswa kita sangat prihatin kepada isu semasa.
Dapat memberi kupasan yang bernas dan mendalam.

Tidak hairan lah. Bila tengok debat semalam.
Terpaku aku dengan soalan dan penerangan.
vc salah sebuah IPTA di utara.
Sangat bernas dan meyakinkan.
Ini lah yang kita mahu.
Ahli akdemik yang begitu pintar hujahan.
Hence, lahirlah mahasiswa berketrampilan.

:P