Arsip untuk ‘jurnal’ Kategori

h1

Gomo ese gomo.

November 6, 2009

Semalam, ketika sedang makan bersama seorang sahabat, terpampang berita tentang persiapan Kelantan ke final Sabtu ini di skrin besar kafe.

Sahabatku ini, dengan pelat Kedah yang pekat, mengkritik tentang fanatiknya pasukan Kelantan-setiap perlawanan mesti ada pergaduhan-baling-baling botol-kayu-payung. Pendek kata, gedebe-lah!

Dan aku hanya tergelak kecil. Comel.

Dan aku rasa dia kurang sedar atau mungkin tidak tahu bahawa aku asalnya Kelantan. Walaupun tidak fasih bertutur dalam loghat Kelantan. Tapi, jatidiri memang di sana. Katanya!

Negeri Sembilan pula antara negeri favorite aku, jatuh-bangun-melompat-kena kejar warden-rock kapak, kat situlah suatu masa dahulu. Aku rasa orang Negeri Sembilanlah manusia yang paling true rock yang humble kat Malaysia ini.

Dan aku suka baca blog Jorji.

Tambah tergelak bila baca slam-slanga Jorji dan Pjoe di Sokernet.

Rasa macam nak pergi Stadium Bukit Jalil esok malam.

Tapi takut kena marah.

h1

The eruption of desire, 2009.

November 6, 2009

eruption

Syyh.

Kelmarin. Sembilan satu sembilan.

h1

Tentang Inglourious Basterds dan aku yang semakin bodoh.

November 4, 2009

Dalam parti privat Mocca minggu lepas, aku rasa Yuna sudah tidak punya ‘mojo’ lagi untuk beraksi di pentas. Nyata Tonawarna lebih buat aku teruja.

Dan aku rasa, Inglourious Basterds ini cerita terbaik Quentin buat setakat ini. Lebih-lebih lagi jika kamu menontonnya pada jam 12 tengah malam.

Dan setakat ini aku masih belum puas dalam menghasilkan karya.

Kerana terlalu banyak paksaan untuk membaca buku-buku akademik dan filsafat, aku fikir aku sudah jadi semakin bodoh pula. Hence, the phrase by Socrates,”I know that I know nothing..”

Sudah tumpul nous kreativiti dan masa pula dicuri daripada aku sedikit demi sedikit, yang buat aku gagal untuk lapangkan diri sendiri.

Dan aku tidak mahu membenarkan kata-kata mereka yang ragu kemampuan aku melukis.

Filem kedua Vovin yang ditayangkan malam Maskara Shorties pula aku rasa lebih baik daripada yang pertama.

Aku pasti, dengan praktis, suatu hari aku dapat juga hasilkan Monalisa-ku, Guernica-ku, atau mungkin juga punya To Kill a Mockingbird-ku sendiri. Seperti tindakan Lt Aldo Raine (Brad Pitt) dalam Ing.Bast. ini yang mengukir swastika pada setiap dahi mangsanya. Dan semakin sempurna pada setiap kali. Rasionalnya supaya ‘title nazi’ itu melekat sehingga mati.

Basterds!

h1

Perempuan dalam kaca dan Tuhan manusia di tebing-tebing.

Oktober 29, 2009

tebing

Kata pujangga, jika mahu lihat tamadun sesuatu bangsa, lihatlah binaan-binaan mereka.

Dan ya, itu yang aku perhati semasa di Bali. Pada setiap tugu, pada setiap kubu, dan pada setiap pura di tebing dan puncak.

Ramai yang bertanyakan tentang apa yang menariknya di sana.

Jadi aku mahu jawab.

Tentang khabar yang dibawa angin cerita perempuan dalam kaca.

Tentang Tuhan-tuhan manusia yang mendiami tebing-tebing tinggi pinggir laut.
Dan patungan yang memacak di setiap penjuru daerah.

Tentang matahari yang garang pada waktu tengah hari dan memohon keampunan penuh jingga pada sebelah senjanya.

Tentang makhluk-makhluknya yang separa sinis dan separa tidak mahu peduli.

Tentang penganutnya yang seakan memaksa untuk religus dan memohon oblivion setiap penggal hari.

Tentang makanan yang memaksa aku untuk berpuasa seketika setiap kali.

Tentang udara yang sifar kari dan berbau masam pada malamnya.

Tentang bunyi-bunyian yang mengisi vakum deria setiap jeda, setiap ruang.

Tentang para teroris yang ghaib dan bersembunyi, dan jiwa-jiwa yang mahu membunuh mereka.

Tentang mitos dan lagenda yang terpalit pada setiap wajah, setiap dinding, setiap tembok, dan setiap yang berlari.

Tentang jalan-jalan yang sempit dan intim membina tembok di kiri kanan.

Tentang gunung yang masih kukuh menunjang, tentang danau yang selaut birunya biru, dan pepohon. Dari setingginya daratan sehingga sedasarnya lautan.

Tentang ironi.

dan tentang jiwa yang mahu bebas dan bersalut dosa.

Nah, masakan mahu ketinggalan selami semua ini?

bakarjagung

h1

Melancong.lencong.

Oktober 27, 2009

papantandabali

Melancong atau kembara bersama kumpulan atau teman-teman boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan.

Atau membosankan.

Dan kesempatan ke Bali beberapa minggu yang lalu, aku alami sesi melancong dan juga kembara.

Sesi melancong selama empat hari bersama kumpulan seramai 2o orang yang aku kenal hanya sebahagian (itupun atas dasar kerja), adalah suatu sesi melancong-naik bas-melawat tempat tipikal touris-shopping-shopping-dan-shopping yang akhirnya aku ambil keputusan tinggal di bilik hotel sambil siapkan buku Meor.

Sesi kedua lima hari selepas itu aku andaikan sesi kembara dimana pengembaraan menjelajah sosial, budaya, seni, politik dan hidup masyarakat bersama Zul, Pipi, Jue dan Vovin, serta teman asalnya Bali, Termana dan Ika. Itu sesi yang sebenarnya suatu ilmu eksplorasi dan eksploitasi minda-jiwa.

Sebahagian masanya kami bermotor. Sambil menghirup udara sifar kari. Dan matahari yang sangat garang.

Itu alternatifnya tourism.

Tapi diorang ni, bab bangun pagi tu.. erm.

 

h1

Pro.to(ng)kol.

Oktober 21, 2009

Jogja 213

Aku yakin di hari perhimpunan nanti, Tuhan tidak akan memanggil nama-nama gelaran rasmi kamu.

Dan jika aku suatu hari dihukum seperti Mahsuri, aku akan sumpah daerah ini menjadi seperti Jogja.

Kota lama yang segalanya bergerak perlahan: masa dan juga makhluk-makhluknya. Tiada kerjaan di kantor kecuali hanya yang bergelar aktivis dan seniman-seniman yang hidup santai sambil mengetag ilham yang menginvasi setiap masa.

Dan tidak ada acara-acara rasmi yang penuh panggilan serinya datuk, tuannya aku, atau entah apa lagi yang tersekat di kerongkong dan menyemak kepala. Kepala otak kamu.

Lelahlah macam ini.

h1

Suka.wati

Oktober 11, 2009

singa

Bagaimana mahu membaca kata yang tidak tertulis, dan berkata hal yang tidak terucap?

Dan ketika ini, meski suasananya cukup mengeksplorasi dan mengeksploitasi visual, minda, jiwa, bahkan segalanya, namun masih rindu sekali udara yang berbau kari dan rempah.

Dan juga nasi lemak pada setiap pagi.

Bahawa setiap pengembara harus juga mengalami penjernihan jiwa. Jauh daripada hal yang normal, rutin dan biasa.

Tetapi masih juga runsing kerja-kerja luwes mengaum yang bakal menunggu untuk disula apabila pulang nanti. Aduh.

Dan tiba-tiba ada arca timbul berwajah singa berkata-kata ketika direnjis rempahan kari.

WTH?

h1

Singa.raja.kuta

Oktober 2, 2009

Di sini penuh patungan. Dan tidak kelihatan walau satu malaikat bersayap.

Jadi kukira malaikat sudah merajuk. Atau mungkin bersembunyi.

Selebih itu, hanya angin.

Dan bunyi gitar dipetik dari cafe berdekatan. Ulangulang melodi akustik.

h1

Al-fatihah.

September 29, 2009

Takziah untuk Ili syazwani dan keluarga atas pemergian ayahanda tersayang. Semoga roh beliau dirahmati-Nya.

Tabah ya sayang.

h1

The pacifier.

September 23, 2009

Pada raya pertama, bau burberry menjadi bau muntah bayi.
Dan baju kurung pula baunya gulai nasi dagang.

Ya. Aku pekerja sosial yang efisyen.

Dan raya ketiga masih belum sempat ke panggung.

Foto dari kamera d90 adik. Curi dari facebook. :P