Arsip untuk ‘karYa’ Kategori

h1

Sidang dewan perempuan simpanan tetap berjalan seperti biasa.

Maret 5, 2009

Oh ya. Aku rasa aku antara yang paling lambat promosi kekcawan perempuan simpanan ini. Bukan. Bukan kekcawan yang dibuat oleh seorang perempuan simpanan yang tinggal di kondo tingkat 15 di atas bukit sana. Bukan juga aku menjual seorang perempuan untuk disimpansimpan.

Tapi buku yang ditulis oleh perempuanperempuan yang kamu kenal dan tidak kenal.

Penulis-penulis lain sudah rancak mempromosikan di blog mereka. Dengar khabar, prajualannya ’soldout’. Dengar khabarnya lah.

Aku antara penulis yang terlibat. Dan percayalah, dalildalil aku di dalam ini perempuan simpanan tidak pernah ‘ter’bit atau ‘ter’tulis di manamana pun. Dan yang peliknya, aku mem-featuring seorang teman yang sungguh berbakat iaitu elly dari Bangkit. Ya. Pelik.

Temanteman penulis yang lain anda boleh rujuk soljah. Masuk blog mereka, dan bacalah promosi mereka yang lebih menarik tentang perempuan simpanan ini.

Jika mahu perempuan simpanan ini, bolehlah emel > hegiraz@yahoo.com. Edisi terhad siapa cepat dia dapat. Dalam kes aku ini, rasanya yang tinggal hanya 5 naskhah. Ya. 5.

Harga RM15 + RM5 kos penghantaran.

Sudah penat. Nak gi melancong pula.

h1

Instalasi iritasifalasi.

Desember 16, 2008

if1-copy

if2

if3

if5

iritasi1

iritasifalasi.

Iritasifalasi (IF) menerokai setiap aspek seni: catan, arca, seramik, grafik, fotografi (kadangkala seni menulis dan seni menyamar) dan sebagainya dalam stail pelbagai. Ya. Kami (perasan) multidisiplin. IF mengungkap dari isu-isu sosial hinggalah kepada lakaran budaya tanpa menolak aspek formal. Bergerak menyusup dalam minda penghayat, melebur visual peneroka larat. IF lahir atas kesedaran (baca: tersedar) bahawa selain seni untuk dirnya sendiri, seni juga mampu bersuara untuk masyarakat tanpa menolak dagangan komersial. (Ya. IF sangat tidak realistik dan tamak.) IF juga tahu (baca: rasa) bahawa seni berhak diinterpretasi semua, berhak dinilai semua, berhak dinikmati semua (kami liberal). Dan sedikit sebanyak, IF muncul sebagai gangguan dalam kesalahan mereka berfikir. Selain itu, IF hanya seperti kamu yang gemar melepak di kedai mamak sambil (perasan kononnya) memikir cara selesai masalah dunia. Dengan seni. Dan angan-angan.