Arsip untuk ‘tulisan’ Kategori

h1

Saksi dan eviden.

Mei 27, 2009

Dan pagi ini degup jantung pantas
pabila terbaca nama kau di
berita utama
metro online

“Isteri penulis terkenal mati dibunuh”
Pihak polis kategorikan kes jenayah

…disyaki dengan senjata tajam
penulis itu ditahan
untuk soal siasat

Oh dan sepantas itu udara sekitarku tervakum
dan nafasku terhenti seketika sesaat

Serentak itu minda ligat berfikir
dimana kuletakkan kotak beriben merah
yang kau hadiahkan itu
Aduh kacau! Damn.

h1

WTF

Mei 26, 2009

Oh di dalam kotak beriben merah
kauhadiah
bukannya lakaran kau sendiri

tetapi

kayu pancang
yang bersalut darah

Mahu inkriminasikan aku
dengan
apa

kali ini?

h1

Jika Saharil sudah kata kau genit, maka kau patut sudah mula kuruskan badan. :P

April 30, 2009

Eeek! Boom! Bunyi apa tu? Ada kemalangan jalan raya lah! Langgar lari. Siapa mangsa? Bahasa. Bahasa Malaysia.

Lebuhraya Persekutuan.
26 April 2009.

.

One plus one equals zero. Ok. Anak kecil itu ulangulang sama aku. One plus one equals zero. katanya lagi. Bukan. salah! Kemudian dia sambung. One politician plus one politician equals zero brain.

Oh, pandai rupanya anak generasi PPSMI ini! Jadi siapa kata PPSMI tidak berjaya?

Subang Jaya.
25 April 2009.

(Dibacakan pertama kali di Pentas 152, 26 April ~ juga sambutan lahir. Takut juga aku jika Saudara Shamsul, Ketua AMK baling kasut pada aku bila aku baca One plus one itu!)

.

.

Dan oh tidak pasti sebenarnya stand aku dalam PPSMI.

Tidak lah menyokong. Dan tidak pula menentang. Dan tidak lah pula berada di tengah tengah. Aku tidak punya anak yang terseksa memahami. Aku pun bukannya dalam bidang yang menjadikan subjek Sains dan Matematik sebagai rumus utama.

Golput kata, tidak memilih itu juga satu pilihan. Tapi bagaimana jika memilih untuk memilih dan untuk tidak memilih. Ok. Ekuasi potong-potong. Ya aku tahu.

Dan sedikit keliru sebenarnya apabila ramai yang berbahasa Inggeris dengan aku dan aku syak mungkin mereka menyangka aku ini perempuan Inggeris atau setidaknya perempuan beraliran Inggeris walaupun berkalikali aku menjawab dalam bahasa Malaysia penuh. Dan itupun tidak apa. Tidak apaapa pun pada aku.

Tetapi ini sesuatu yang merungsingkan kerana aku pendidik. Mungkin bukan guru bahasa seperti Teacher Wani, tapi aku ada anak anak seni terpilih yang perlu dihalakan kompas mereka untuk mebangunkan kreativiti dan jati diri dalam menghadapi arus globalisasi negara.

Ok. Sebenarnya tak perlu pun. Itu cakap-cakap orang akademik. Cakap-cakap politik. Anakanak seni ini sebenarnya ada akal. Ada doktrin mereka sendiri. Tapi terhad atau terhalang kerana ada akta yang entah apa apa tu. Buat mereka jumud. Buat mereka bisu.

Ok. Sudah. Itu bukan poin utama.

Kalau ditanyakan, aku akan jawab, ajar Matematik dalam bahasa Mandarin. Sains dalam bahasa Rusia (Atau Arab. Atau Yunani. Kata Saharil dalam Teroris Bahasa, perkataan Algebra itu pun asalnya dalam bahasa Arab. Itu aku rasa semua tahu). Sejarah dalam bahasa Tamil. Seni Lukis dalam bahasa Seni. Bahasa Seni, ok. Bukannya jargon yang pelikpelik.

Dan lihatlah kebanyakannya rujukan bukubuku anakanak seni terpilih di sini dalam bahasa Inggeris. Itu boleh dimaafkan jika penerbitnya berpangkalan di negara yang bertutur dalam bahasa inggeris.

Tapi, jika hatta katalog pameran lukisan di Malaysia sekali pun dalam bahasa Inggeris, macamana nih babe? Bak kata Sinaganaga, lu ada lighter?

Dan sebenarnya kebanyakan tulisantulisan di sini pun penuh kesalahan tatabahasa.

Ok. Diam sudah.

h1

Ah, Danielle Corleone. Gua sudah tukar katakuncilah. Ha Ha.

April 28, 2009

Ok. Tidak apa. Tidak apaapa jika kau senyum sinis ketika Jimi Mahmud dan Teh Junaidah sedang duduk menghadap-hadap. Berbual-bual. Sambil meneguk milo panas. Atau malt panas. Kau sudah lupa yang mana.

Ini kisah di balkoni kafe halusinasi dengan bayangan tasik Michigan. Atau Tasik Ontario. Itupun kau sudah lupa.

Kau hanya senyum sinis kerana hati cempelai comot yang kauingin masak itu sudah diperap lada hitam. Mungkin mahu dipanggang. Atau digoreng. Jimi mahu masak goreng kunyit. Tapi hey, musim dingin kenalah makan masakan yang memanaskan badan.

Bila Teh Junaidah hampir tersembur milo panas, atau malt panas itu, kau mula fikir, kau bukannya mahu bawa tubuh badan tanpa hati kau tu pergi jauh, nun, nun jauh, jauh nun, nunnnn! Tapi sebab kau mahu pergi jauh, nun, nun jauh, jauh nun, nunnnn itulah kau terpaksa jual hati kau! Ekuasi Einstein ini sudah lama kau kirakira.

Atau mahu jadi lesbirian. (Kata Zul, lesbirian masih ada kemahuan pada lelaki kerana hubungan meraka hanya didasarkan atas kasih sayang. Kau syak ini logik pesimis teori Schopenhauer)

Dan tibatiba Irman, si peminum kopi tegar, yang sepatutnya jadi ‘chef of the day’ jerit kuat dari dapur, “Babe, hati cempelai comot lu kena curi dengan kucing terbang!”

Daripada senyum sinis tadi, kau tersenyum kelat pula sebab takut kena agresi dengan Jimi Mahmud.

h1

Lan MUH ulangulang nyanyi~ milk in a bottle!

Maret 31, 2009

Pada hari ini Tuhan berjenaka dengan aku. Ataupun marah. Aku kurang pasti dan simpan kontradiksi dalam hati. Sebab aku sudah mabuk dengan asap yang penuh dalam kepala. Berkepul. Dan kafein yang melimpah dalam esofagus.

Kata Rumi, wajah rona merah mampu jadi pucat dengan hanya torehan satu duri.

Dan pada ketika ini, ada lelaki yang ukir epitaf suami curang pada batu, ada isteri yang ingin berkata pada dunia bahawa: cukuplah, cukuplah diammu! Dan ada anak pada setiap langkahnya malaikat turut menyumpah. Ada jiwa yang terseksa. Dan revolusionis yang berulangulang kali pendam cinta dalam hati.

Ada si pengasihani rambut afro yang selesema, ada si manis yang menangis sambil dengar Estrella berulang kali pada jaring speaker warna hitam. Juga gadis-gadis hip bermain buih dan sabun sambil mengira untung nasib dunia.

Dan seorang konsepsualis menunggu gadis yang tidak muncul, sambil memandang alun air pada kolam dan tunggu tumbuh pohon. Dan warna pada kanvas itu perlahan-lahan mengeras.

Oh wth.

Ya. Aku hampir pasti. Tuhan berjenaka dengan aku. Dan beri aku 0.00001 rasa itu yang sedikit tapi beri kesan. Dan katakata kamu itu perlahan-lahan bertukar menjadi duri.

h1

Hanya taip dan google. Kata bodoh.

Desember 24, 2008

Dan ini suatu prolog. Yang bermonolog. Dan monotonus.

dan anehnya

setiap hari google dan taip namanya.

dan setiap hari belek dan kurius tentang pos terbaru dan setiap hari kalau realitinya
bagai penghendap curi.

dan anehnya dia cuma bukan sesiapa
tapi dia hanyalah sesuatu yang alpa.

yang aku fikir aku boleh masak dalam fikiran dan pretensi bahawa dialah yang sempurna.

oh bukan sempurna tapi melengkapi dan mencaskan aliran eletrik dalam minda
dan kepala otak. (ah. bila difikir, bukan juga melengkapi)

dan anehnya dia mampu lupuskan karat dan parut yang lepas macam bio oil.

dan anehnya kini kucuba mencari yang lain pula untuk jadi bio oil untuk hilangkan karatnya.

dan anehnya aku bertemu di sini. (yang bukan bio oil, tapi tonik)
gudang yang telah baru dan masih ada bau bau simen.

dan air kolam warna lumpur.

dan hutan hutan dan semak yang masih ada. dan ada yang masih belum tumbuh.

dan angin selatan yang semilir lembut menyapa hello. (bukan hell-o)

yang malaikat singgah meletak ramarama dan pencakar air.

dan terasa sayang untuk tinggalkan tonik yang ini. biarpun tiada bahu diberi.
ya. cuma diam dan tenang. cukup.
(dan kadangnya yang dulu cuba buat buat sibuk dalam riuh rendah dan bunyi bising itu lebih terasa sunyi dan sendiri, bukan?).

tapi yang ini sangat selesa. suatu solitari. yang hampir sempurna.

dan sengaja didengar jason mraz nyanyi bergema
dan lukisan yang semakin lama semakin terjelma.
ya. meresap dan terjiwa.

terima kasih walau anehnya
seketika di sini hampir sempat

untuk taip dan google namanya. bodoh.

[Taip dan google namanya untuk elak diketahui itu peraturan penghendap curi maya (tapi boleh juga bookmark saja kan?). Tapi belum obsesi macam drama setiap malam yang aku tengok hanya sekali sekala. Yang sekali skala itu rasa macam bodoh dan orang gila. Tapi yang kali ini sahaja. Selepas ini tidak lagi. Mahu (kelihatan) bijak dan waras.]

kiranya

terima kasih itu untuk petang yang sangat damai, rawat dan rehat. biarpun sebentar.

dan mencuri juga sedikit muse. ya. muse untuk calit warna.

image028

image029

[nota ranting: Prolog untuk malam itu sebenarnya yang sedikit kelam dan kelabu. Dan kelabu pada mata yang berair kerana iritasi ringan. Kononnya. Syukur ditemani mesej teks yang bertalu talu daripada yang itu. Terima kasih juga. Ya. Tuhan itu sangat cool.]

h1

Capek. Penat. Letih. Senak. Sesak. Rabak.

Desember 15, 2008

Lila jadi kabus.

Malam ini. Lila cuba belajar jadi kabus. Esok pagi, matahari keluar, dia akan cair dan terus hilang. Dan lenyap. Cair, hilang dan lenyap. Dan harapnya, tak akan ada yang ingat dia lagi.

[Nota ranting: sebenarnya molekul molekul yang telah cair itu tidak hilang. Masih terapung-apung di ruang udara dan melekat di setiap mereka yang lalu lalang. Jadinya, diri Lila itu ada di setiap orang yang lalu lalang itu. Melekat. Pada mereka.]

h1

Malam hampir epifani.

Desember 9, 2008

Close encounters of a third kind. (Katanya..)

2007.

Malam itu aku bertemu puteri bunian. Puteri bunian Gunung Ayam. Dia duduk bersimpuh tidak jauh di hadapanku. Tangannya lembut terletak di paha. Sesekali dia mengirai rambutnya yang panjang. Secara figuratifnya. Aku berbual dengannya. Kami berbual atas courtesy ayah aku. Dari gaya bahasanya, dia seakan menggunakan bahasa klasik.

Dia bertanyakan namaku. Aku menjawab. Dia tersenyum dan memuji aku. Katanya aku cantik. Aku kira dia menilai dari suara aku kerana matanya separa tertutup. Katanya aku ini baik hati. Itu juga aku kira satu prejudged. Kerana secara logik, baru kenal aku malam itu. Dia berkata aku ini sudah berpunya. Aku cuma tersenyum. Dalam fikiran aku sudah ligat berfikir, lelaki manakah yang dia nampak di hati? Oh kacau.

Kemudian di akhir, dia berqasidah Rasul sambil tangannya membuat gerakan. Menyapu-nyapu mukaku. Katanya untuk naik seri. Suaranya sungguh merdu. Teringat ingat aku sehingga kini. Tangannya begitu gemalai. Terbayang bayang aku sehingga kini.

Selepas itu puteri bunian minta izin pulang. Diganti dengan nenek yang memberi khazanh harta karun untuk ayahku. Aku patutnya minta semangat putri Saadong. Aku patut minta chenta puteri Saadong. Tapi bukan nasibnya. Ok. Aku tak patut meminta-minta.  Nanti Tuhan marah.

Malam itu aku berjumpa puteri bunian. Dan dia memberi aku susuk qasidah rasul.

———————–
Dua malam lepas.

Kali ini yang datang bukan puteri. Tapi Nilam. Namanya Nilam. Ayahku panggilnya ‘anakanda’.  Bahasanya juga bahasa baku atau klasik. Dia memberi resepi untuk mendapatkan anak kepada abang dan kakak ipar aku. Oh ya. Dia juga seorang yang kelakar.  Riuh rendah kami pada malam itu dengan lawaknya. Ada juga lawak ‘dalam kelambu’. Haha. Kepadaku pula, dia berkata, setahun dua lagi. Lepas ini mula jalan berdua-dua. Wah gitu. Propa.

Dia juga beritahu, minuman tongkat ali itu tidak elok dimakan. “Minum banyak tongkat ali akan jadi lembut!,” katanya sambil jeling ke arah abangku.

“Ah, Nilam memang cantik!” katanya bila kakak iparku memujinya.

Malam itu kami bertemu Nilam. Dan dia banyak membuka pintu kepada kami.

.

[Nota ranting]
Gunung Ayam merupakan tempat yang dikatakan Cik Siti Wan Kembang bersemayam di akhir hayat baginda. Gunung Merak pula tempat bersemayam Putri Saadong (anak angkat Cik Siti). Mereka dikatakan yang tercantik pada zaman itu.

Putri Saadong dikatakan bersemayam ke Gunung Merak kerana kejadian bunuh suaminya, Raja Abdullah. Putri Saadong yang pulang dari tawanan Raja Siam, kecewa melihat suaminya yang tidak setia pada nya dan berkahwin lain. Pertengkaran terjadi dan Puteri dengan tidak sengaja tertikam Raja Abdullah dengan cucuk sanggulnya.

Lagendanya mengatakan juga, Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang masih ada sehingga kini, sebagai bunian.

Wallahualam. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri ye..

h1

Yang nombor tiga. Yang bertiga. Yang selalu jadi ketiga.

November 27, 2008

Hari itu dia ke lorong nombor 0.3 lagi. Setiap bulan pada hari ke 31, dia akan ke situ. Tapi pada hari ini dia menjerit. Dengan nada picing skala 23. Lorong itu sudah tiada. Diganti dengan rumah nombor 13. Dia lalu mengetuk pintu rumah itu 3 kali dan keluarlah 30 ekor kucing.

(nota ranting: entri ini tidak ada nota. Sebab penulis sendiri tidak faham apa kaitan penggunaan nombor 3 dalam setiap baris ayat. Dan juga, tidak semua bulan yang cukup 31 hari. Dan picing tidak ada sampai skala 23. Juga tak mungkin ada orang pelihara kucing sampai 30. Er. Ok. Itu punya posibiliti. Tapi yang penting. Cerita ini tidak ada kontinuiti atau kemunasabahan. Kena olah. Atau peram lagi.)

.

Minggu ini minggu kelamkabut. Bukan kelamkabut sangat pun. Cuma ribut ribut sikit aja. Tugas tak rasmi. Sebab itu, aku ingatkan hari ini hari Rabu, dan esok nya Khamis. Nasib baik teman nelefon ingatkan tentang acara ini. Kalau tidak pasti dia akan muntah lahar marah kan aku sebab aku dah (akan) mungkir janji. Hence, entri kali ini pun pendek aja.

h1

Argument from silence.

November 20, 2008

“All the men I did get to know, every single man of them, has filled me with but one desire: to lift my hand and bring it smashing down on his face. But because I am a woman I have never had the courage to lift my hand. And because I am a prostitute, I hid my fear under layers of make-up”. – Nawwal El Saadawi.

.

[Nota ranting]
Aku sudah hampir jadi ahli kelab Ayu Utami.

Lalu aku kira kita lebih mudah untuk menerima seseorang yang amat menyayangi kita, walaupun kita tidak begitu. Biarpun antara kita dan dia tidak punya satu persamaan pun. Hidup bersama sehingga akhir, tanpa persamaan. (Logikkah hidup bersama sehingga akhir?)

Daripada memaksa orang lain menerima cinta kita, biarpun kita tahu kita akan bahagia dan merana. Sekali gus. Selfish. Ya. Total. Dan saat ini, si Ayu Utami pula akan angkat tangannya dan menampar aku berkali-kali.

Tapi katanya David Frost, pilihlah jalan yang jarang ditempuh orang. The road less travelled by. Hidup sebenarnya amat mudah. Sedikit komplikasi mungkin. Tapi amat mudah.

.

.

.

Argument from silence: The argument from silence (also called argumentum ex silentio in Latin) is generally a conclusion based on silence or lack of contrary evidence. Sumber: wikipedia.

Ya. aku sudah tiada bukti untuk mencari cinta kamu. Ha. Ha.

———

Lagu tema minggu ini.

Artis: South Jordan
Nama lagu: Fatal Flaw

They told me be careful They said be weary of you They warn persistence is the fatal flaw I find myself waiting Find myself hoping that you?l One day fall into my open arms But its ok, you can just call me friend Even though I mind I'l just take the backseat again In the end Im here In the end just sit and stare The season change not making way As I just waiting waiting waiting for you But Ive been here a time or two Like trying to fight the dying breath Why is every step I take so damn hard I?e got some battle wounds from this I?e got the sinking feeling in my skin I? getting tired of the night Just waiting for the light But its ok, you can just call me friend Even though I mind I'l just take the backseat again In the end I? here In the end just sit and stare The season change not making way As I? just waiting waiting waiting for you But its ok, you can just call me friend Even though I mind I?l just take the backseat again In the end Im here In the end just sit and stare The season change not making way As Id just waiting waiting waiting for you They said be weary of you They warn persistence is the fatal flaw