h1

Eksotiknya nikotin.

September 25, 2009

Buku terhad ini sudah ada di pasaran yang terhad. Mahu order? Emel ke hegiraz@yahoo.com.

Atau boleh dapatkan di Arts4grab, Annexe CM, sabtu dan ahad ni di Gerai Oxygen Media.

Hari Ahad, jam 12pm pula jemput datang untuk pelancaran buku Mimi. Jom jumpa, katanya.

h1

The pacifier.

September 23, 2009

Pada raya pertama, bau burberry menjadi bau muntah bayi.
Dan baju kurung pula baunya gulai nasi dagang.

Ya. Aku pekerja sosial yang efisyen.

Dan raya ketiga masih belum sempat ke panggung.

Foto dari kamera d90 adik. Curi dari facebook. :P

h1

Tu sais je t’aime.

September 18, 2009

Semalam buat pertama kali aku singgah di Pasar Ramadhan. Bukan gerakan anti bazaar Ramadhan (g.a.b.a.r), cuma setiap kali singgah, pasti akan beli banyak. Bukannya untuk dimakan pun, cuma rasa kasihan pada peniaga. Untungkah mereka dengan jualan?

Ada sesetengahnya pula, masa sudah makin hampir berbuka tapi makanan yang dijual masih banyak. Semalam pun aku jalan tunduk saja ataupun hanya tengok juadah yang dijual. Tak berani mahu pandang para peniaga.

Sekejap lagi dalam jam 11 atau 12 tengah hari, aku akan berangkat pulang dari TMĀ  (bukan Telekom Malaysia seperti sangkaan Naga pada mulanya). Pulang itu maksudnya dibaca berangkat ke Subang Jaya.

Playlist di sepanjang lebuh raya mungkin lagulagu Peranchis Dato Shake. Dan OST A Moment to Remember terutama La Paloma. Atau mungkin juga Carpenters. Lagu-lagu ini punya ‘feel’ zaman 80-an. Aku tak pasti sama ada ibu aku atau ibu saudara yang selalu pasang lagu-lagu Peranchis Dato Shake semasa aku kecil. Dan aku rasa lagu bahasa Peranchis Dato’ Shake lebih menarik lagi daripada lagu-lagu Bahasa Melayunya.

Dan ayah aku pula sewaktu pulang ke kampung setiap kali raya, pasti dia akan pasang lagu-lagu Syarifah Aini. Itu tahun 80-an aku rasa. Dan setiap kali dengar lagu lama Syarifah Aini, aku teringat hutan, gaung, lebuh raya dan jalan yang panjang.

Seperti tahun-tahun lepas, sudah tradisi (?), keluargaku akan menyambut Eidul Fitri di SJ dan pada Eidul Adha baru pulang ke kampung.

Dan beraya di Subang Jaya seperti beraya di Melbourne (tidak lah bermakna aku pernah ke sana). Dan kemuncak kemeriahan bagi keluarga aku adalah malam sebelum raya. Kami ber-bbq. Dan anakanak saudara akan bermain bunga api (dan bapa saudara mereka pula bermain mercun!). Astro dipasang. Dan yang lelaki-lelaki seramai lima orang itu akan menjadi chef serba pandai selama satu malam sehingga ke pagi. Kami yang perempuan hanya tunggu segala udang, ayam, sotong selesai masak. Best kan!

Pagi esoknya hanya sekadar tuntutan. Tiba tengah hari, masing-masing sudah bergelimpangan di ruang tamu. Keletihan dan kantuk melayan semalam malah masih terasa.

Jika di kampung, rumah keluarga tidak putus dikunjung tetamu yang datang untuk beri penghormatan pada ayahku (Macam Don Mafia pula ya!).

Di SJ pun begitu juga. Cuma ayahku kerap dibawa teman-teman beliau ke mana entah.

Dan aku rasa pada hari raya nanti mahu ajak abang-abangku dan anaksaudara nonton wayang lah. TGV buka tak?

.

.

.

Selamat berAidil Fitri dan Maaf Zahir Batin.

h1

Inso.maniac

September 15, 2009

Aku perasan ada babak dalam drama House, Mental, Closer, Dexter, Gossip Girl; pelakonnya ada sebut nama Malaysia.

Dan aku rasa Milo tidak lagi bertindak menjadi pil tidur yang kuat untuk aku. Mungkin aku perlu cuba minum kopi pula. Atau telan Diazepam.

h1

Buluh runcing 090909.

September 10, 2009

Hari ini sepatutnya semalam. Tidak. Aku tidak punya mesin masa. Cuma tidak punya cukup masa sahaja.

Tadi (baca: semalam) tika sedikit tersekat dan hampir mahu muntah buat proposal, aku pasang sayap dan terbang melawat blogblog makhluk. Ya. Tukartiub termasuk dalam senarai. Sekalisekala minda aku ini perlu sedikit cas revolusi. Oh ataupun jenaka sinis. Dan tibatiba terbabas ke Faisal T dan Kujie. (Wah, berima!)

Kalau aku tidak tergelincir ke sana, pasti aku jadi orang yang paling bawah tempurung atau lebih teruk lagi seperti tempat yang tiada kemajuan gelombang ketiga mass media dan internet serta Astro (bawah tempurung masih dapat wireless).

Jadi, mari kita memahami agresi dan puncanya.

On second thought, tak payahlah. Aku jangka pembaca-pembacaku semuanya berpengetahuan dan bijak pandai.

Jika kes ini dibentang di hadapan Dr House, pasti dia kata ini glitch neuro atau otak. Setiap masalah psikologi bagi House ada kaitannya dengan saraf atau otak. Ya kepala otak kamu.

Jika dibentangkan di hadapan Dr Jack, dia pasti akan lucutkan bajunya dan telanjang. (Jangan bervisual yang bukan-bukan!)

Aku ada teman yang kerap guna kata dan langue Indo. Aku ada teman yang gila suka lagu Indo. Aku juga ada beberapa orang teman yang kini sedang belajar di Indo. Dan antaranya telah berkulturasi dengan budaya Indo. (Ya. Mari kita pastikan kata Indo ada pada setiap ayat.)

Aku juga ada teman yang pernah mengkaji agresi dan didepiksi pada kanvas dan sejurus menghasilkan karya yang mantap estetik.

Bercakap tentang karya, aku seharusnya puasa blog pada hari ini. Fokus maksimal, dear!

Dan bercakap pasal puasa, aku rindu nasi lemak pagi hari.

Ok, whatever!

Dan aku rasa aku patut berhenti baca blog Abang Kamal kita dan mula baca blog abang Azwan Ali.

Seriously? No.

Ok. Ok. Aku sepatutnya sudah henti tonton siri Gossip Girl. :P

h1

Bentangkan sayapmu, wahai Isolasis.

September 8, 2009

Beberapa bulan lepas, Tafteh menulis di dalam nota Facebook-nya tentang isolasi. Dia berisolasi daripada dunia maya dan realiti untuk beri fokus tentang projek-projek impiannya.

Aku setuju isolasi itu patut ada dalam senarai hit wajib setiap makhluk. Dalam berkarya (atau apapun), isolasi (atau kata yang aku guna: inkubasi atau hibernasi) itu perlu untuk jana proses kreativiti. Gitu!

Dan sepanjang Ramadhan ini aku cuba untuk menghibernasikan diri aku di dalam gua Plato. Agak banyak kerja-kerja dan karya yang tertunda yang perlu diberi fokus maksimal. Cuba, maksud aku itu tidak semestinya menolak setiap permintaan dan cubaan makhluk-makhluk lain untuk menghampiri.

Terutamanya makhluk-makhluk bersayap dari gudang bersimen dan berpagar dawai:
pepatung-kelipkelip-pencakar air-kupukupu-dan-lelaki bersayap sehitam bitumin.

h1

Kau tambah kata ‘elus’ dalam ‘delusi’.

September 4, 2009

Dia kata, tau tak antara tanda dan simptom depresi ialah tidak lalu makan, agitasi, fatig dan kurang upaya untuk berfikir dan buat keputusan.

Baguslah. Boleh aku kuruskan badan. Dan boleh juga aku ganti balik tidur yang kurang, balasku sambil merenung bintang-bintang di langit yang tiba-tiba bergerak dan membentuk gugus capricorn.

Dia mendengus dan menyambung, aku takut kau nanti jadi murung. Isolasi sosial. Tambah teruk jika tiba-tiba nanti kau schizo.

Kalau begitu, ada sebab untuk aku ke gudang, kan? Aku balas.

Esok aku mahu kautonton Heroes. Setidak pun Gossip Girl. Aku mahu ambil semua siri Mental. Siri Mental ni buat kau dalam penafian, katanya bersuara perlahan namun tegas.

Aku tenung mukanya yang lama kelamaan hilang dalam cermin di hadapanku.

Dan aku renung kembali langit. Awan hitam menutup gugus-gugus bintang di langit. Dan gugus bintang tadi bukan membentuk capricorn, tapi blot ink Rorschach. Yang kulihat, dia bersayap hitam.

h1

Sharing is Caring.

September 1, 2009

Kan?

Jadi, wahai perempuan,
mari kita berbagi?

h1

Mac vs PC.

Agustus 28, 2009

Aku pengguna kedua-duanya. Semua kerja-kerja aku delegasikan antara kedua-duanya.
Contoh: untuk download siri tv, aku guna PC. Sambil itu aku berinternet di Mac. hee~. Ok. Oportunis!

Dan perang Mac-PC ini secara ad-komersialnya lebih menarik berbanding Coke-Pepsi.

Antara siri-siri ad-nya:

Yang lawaknya, ad-ad Mac-PC ini pun ada siri spufnya.

h1

Drama.

Agustus 28, 2009

Siapa perlukan drama penyiasatan bersiri Hollywood kalau berita di tivi sudah cukup mengujakan?