h1

Bentangkan sayapmu, wahai Isolasis.

September 8, 2009

Beberapa bulan lepas, Tafteh menulis di dalam nota Facebook-nya tentang isolasi. Dia berisolasi daripada dunia maya dan realiti untuk beri fokus tentang projek-projek impiannya.

Aku setuju isolasi itu patut ada dalam senarai hit wajib setiap makhluk. Dalam berkarya (atau apapun), isolasi (atau kata yang aku guna: inkubasi atau hibernasi) itu perlu untuk jana proses kreativiti. Gitu!

Dan sepanjang Ramadhan ini aku cuba untuk menghibernasikan diri aku di dalam gua Plato. Agak banyak kerja-kerja dan karya yang tertunda yang perlu diberi fokus maksimal. Cuba, maksud aku itu tidak semestinya menolak setiap permintaan dan cubaan makhluk-makhluk lain untuk menghampiri.

Terutamanya makhluk-makhluk bersayap dari gudang bersimen dan berpagar dawai:
pepatung-kelipkelip-pencakar air-kupukupu-dan-lelaki bersayap sehitam bitumin.

h1

Kau tambah kata ‘elus’ dalam ‘delusi’.

September 4, 2009

Dia kata, tau tak antara tanda dan simptom depresi ialah tidak lalu makan, agitasi, fatig dan kurang upaya untuk berfikir dan buat keputusan.

Baguslah. Boleh aku kuruskan badan. Dan boleh juga aku ganti balik tidur yang kurang, balasku sambil merenung bintang-bintang di langit yang tiba-tiba bergerak dan membentuk gugus capricorn.

Dia mendengus dan menyambung, aku takut kau nanti jadi murung. Isolasi sosial. Tambah teruk jika tiba-tiba nanti kau schizo.

Kalau begitu, ada sebab untuk aku ke gudang, kan? Aku balas.

Esok aku mahu kautonton Heroes. Setidak pun Gossip Girl. Aku mahu ambil semua siri Mental. Siri Mental ni buat kau dalam penafian, katanya bersuara perlahan namun tegas.

Aku tenung mukanya yang lama kelamaan hilang dalam cermin di hadapanku.

Dan aku renung kembali langit. Awan hitam menutup gugus-gugus bintang di langit. Dan gugus bintang tadi bukan membentuk capricorn, tapi blot ink Rorschach. Yang kulihat, dia bersayap hitam.

h1

Sharing is Caring.

September 1, 2009

Kan?

Jadi, wahai perempuan,
mari kita berbagi?

h1

Mac vs PC.

Agustus 28, 2009

Aku pengguna kedua-duanya. Semua kerja-kerja aku delegasikan antara kedua-duanya.
Contoh: untuk download siri tv, aku guna PC. Sambil itu aku berinternet di Mac. hee~. Ok. Oportunis!

Dan perang Mac-PC ini secara ad-komersialnya lebih menarik berbanding Coke-Pepsi.

Antara siri-siri ad-nya:

Yang lawaknya, ad-ad Mac-PC ini pun ada siri spufnya.

h1

Drama.

Agustus 28, 2009

Siapa perlukan drama penyiasatan bersiri Hollywood kalau berita di tivi sudah cukup mengujakan?

h1

Pascaskrip.

Agustus 25, 2009

Jika teknik interogasi dalam The Closer (rujuk entri di bawah) digunapakai di Malaysia, akankah dunia polisi dan mahkamah jadi lebih menarik dan menyeronokkan??

Dream on.

(Aku mahu cerita tentang teknik itu tapi malas mahu karang ayat. Lagipun tak mahu self-incriminate. :P Apapun, drama siri tivi hanya simulakrum. Tidak ada asas realiti.)

h1

Bukan seksis.

Agustus 24, 2009

Season baru The Closer sudah lama mula. Jadi sekarang mahu maraton siri ini minggu ini.

Dan drama ini antara yang aku suka sebab cara interogasi dan juga cara bagaimana twist cif Johnson selesaikan kes. Dan juga antara drama yang paparkan watak perempuan sebagai watak penyiasat yang utama. Yang juga juruselesai kes.

h1

Rasa mahu makan cheezy wedges dan nasi lemak.

Agustus 23, 2009

Cerekarama semalam macam WTH dan
babak-babak awal semacam menghentakhentak dada.

Oh Tuhan.

Rasa mahu order sup tulang untuk kamu.
Dan sebungkus Heidegger.

h1

Seharian hujan.

Agustus 22, 2009

Matahari sembunyi.
Garuda mengepak sayap sejauh tujuh benua.
Menghasilkan angin timur yang dingin.
Meresap.

Selamat menyambut sahur bersama keluarga.
Dan lepak mamak.

h1

Masa untuk isolasi dan hibernasi.

Agustus 19, 2009

Tiba-tiba semuanya sepi dan senyap sunyi.

Anak-anak pengasap botol sudah pulang. Pulang mereka dengan tinggalkan cebisancebisan hati dan tapak kaki. Ditinggalkan juga baju T yang tergantung di dinding buat berkatakata sekali sekala untuk jadi pengingat yang lupa.

Smurf-smurf biru michi juga sempat beriku tshirt dan muzik yang mereka perjuangkan. Lelah. Tapi mereka pulang dengan melompatlompat kegirangan membawa pulang robot-robot kecil.

Sekumpulan Thundercats pula tidak berhenti setakat di woodstock ini sahaja. Khabarnya mahu masuk hutan dan bertemu orang orang asal. Untuk menjadi penyelamat, katanya. Ramadhan pun sudah hampir. Pintu syurga terbuka bawa haruman keluar.

Tiba-tiba ribut baik yang melanda seminggu dua lalu sudah hilang. Dan segalanya kini sepi dan senyap sunyi. Tapi tetap terus bernafas.