h1

On verge of sorrows

Mei 12, 2008

William Blake ialah penyajak, artis catan dan cetakan. Pada tahun 1789, beliau menghasilkan karya agung, sebuah buku puisi  bertajuk The Songs of Innocence. Salah sebuah puisi yang terkandung dalam buku ini dijadikan lagu runut bunyi untuk filem A Little Princess (one of my all-time favorite).

A Little Princess ini (remake daripada filem yang dibuat pada tahun 1939) adalah arahan Alfonso Cuaron yang diadaptasikan daripada buku yang ditulis Frances Hodgson Burnett. Edisi pada tahun 1995 ini lebih fantasi dan sedikit surreal, dan lebih berwarna-warni. Aku suka. Suka terutama watak Sara yang dilakonkan Liesel Matthews.

Inilah sebahagian daripada petikan sajak Blake yang dijadikan lirik lagu berkenaan.

On Another’s Sorrow

Can I see another’s woe,
And not be in sorrow too?
Can I see another’s grief,
And not seek for kind relief?

Can I see a falling tear,
And not feel my sorrow’s share?
Can a father see his child
Weep, nor be with sorrow filled?

Dan lagu dari sajak Blake ini dinyanyikan secara koir, sungguh merdu dan meruntun.

5 komentar

  1. sejak dulu lagi sangat suka a little princess (kedua-dua versi, baik shirley temple mahupun liesel matthews). juga sangat suka akan the secret garden. sangat suka juga tulisan frances hodgson burnett akan buku-bukunya. di perpustakaan peringatan za’ba um (yang serupa sebuah ruang penjara) sempat menangis dan bersuka-suka membaca satu buku versi jawi tahun 1949 yang menyadur cerita a little princess. judulnya, puteri asli. (monyet nakal bernama encik tuah). justeru itu, begitu kuat ikatan jiwa dengan filem ini. eh! kau suka little prince buah karya st antoine exupery juga? oh! oh! oh! yang satu ini, memang betul-betul kucinta.

    kesimpulannya:

    sangat-sangat suka dengan on another’s sorrow walaupun blake sudah ditinggalkan 15 tahun lalu. satu presiden penyair menyebut ini. pada satu masa lampau. 10 tahun lalu. katanya, “sajak-sajakmu serupa latiff (mohidin)”.* kerana kata-kata itu, orang mula mengerumuni. tak betah hidup cara dewa dipuja-puji, diri melarat membawa untung nasib ke negeri hojoki. setelah itu, tak mampu lagi menemukan kata-kata. lalu terus pensiun sebagai penyair entah apa-apa. dan mula meneroka dunia cereka. crap! kenapa tak ada satu watak pun yang kucipta menjalani hidup sempurna. mungkin kerana itu (agaknya!) tidak pernah menang hadiah sastera perdana.

    oh! jauhnya terbabas ke simpang perenang menyusur lorong baru. kembali tentang blake dan sajak on another’s sorrow itu. kau akan turut menemui jiwa yang sama pada kenji miyazawa. tentang ame ni mo makezu. be not defeated by the rain. juga belajar dengar sora to kimi to no aida niwa. antara langit dan dirimu. nyanyi satu lagi anak yatim dalam satu anime popular. itu juga boleh kau tanyakan ke miyuki nakajima yang kusuka.

    kalau kau mahu belajar suka akan miyazawa, aku akan bercerita lebih banyak tentangnya.

    nk:* (di tanah malaya ini, kalau kau tidak khatam garis-nya latiff, jangan suka-suka bilang kau penyair dewa).

    **berapa kalikah perkataan suka disebut di dalam paragraf di atas tadi?


  2. wah echo! kamu patut mula berblog! (berdasarkan pada tulisan kamu ini)

    panjang sangat mahu ulas. jadi tunggu waktu sesuai ye.


  3. wah. akhirnya aku jumpa si orang dewasa yang juga minat the little princess ini. ya aku suka kedua-dua versi. tapi lebih kepada yang moden kerana lebih mistikal, magikal dan juga berwarnawarni. ok. bahagian warna warni itu tidak adil untuk perbandingan. haha. ok. ada yang versi jawi? pastinya jawi moden ya? sangat menarik. dan tentang little prince itu, saya akan masukkan dalam list. tentunya sebab frasa ini: “It is the time you have spent with your rose that makes your rose so important.” ya. sebab rose.

    ya echo. sayangnya bakat kamu itu! kenapa tidak mahu gilap sekarang. aku tunggu kamu mulakan berblog!! ok. cabaran? seronok kalau ada ‘gu’. dan sajak latif yang pertama saya kenali ialah lilak. perlu kenali seorang latif mohidin untuk kenali sajaksajak nya dengan lebih mendalam. seperti juga karya visualnya. tapi echo. pada pendapat saya. tidak perlu untuk menang anugerah untuk jadi yang hebat.

    echo. aku jarang mengarah pada sajak jepun. sekali sekali ada juga membaca haiku mereka tanpa ketahui siapa penulis. tapi kerap juga menjenguk pada novel novel mereka. tapi aku paling suka pada Botchan tulisan Natsume. ada juga satu novel yang terlupa tajuknya. tapi saya amat menggemari drama, movie dan juga lagulagu dari jepun. anime juga. kalau anime lihatlah pada the samurai champloo. dan juga fruit baskets. lagu tema fruit basket paling saya gemar.

    echo. aku andaikan kau arif tentang jepun (jurusan jepun?). ya silakan mulakan blog dan ceritalah tentang miyazawa ini! sepupu saya juga jurusan pengajian jepun. di UM.

    ah. komentar perlu panjang begitu baik masukkan di entri. haha.


  4. ost little princess versi liesel matthews lebih bagus. walaupun senang dengan hitam putih versi lama, kadang kala tidak mahu “biased” dan sedar bahawa lakonan shirley temple terlalu dibuat-buat, terlalu mengada-ada (ya! shirley sewaktu membawa karektor itu sudah tentu dalam fikiran sedar bahawa dia aktres cilik yang dikagumi banyak orang, justeru gaya lakon tidak begitu natural berbanding liesel matthews).

    dan membaca buku tua versi jawi lama, (cetakan 1949) puteri asli melayu adalah saduran dari karya francess hodgson burnett dengan gaya asli pengarangnya, melayu sejati. harus bertapa beberapa hari untuk menghabis baca seluruh buku berwarna separuh kuning dengan beberapa catatan asli tulisan tangan za’ba di muka frontispiece. ya, di ruang khutubkhanah universiti tua di lantai paling bawah yang serupa penjara.

    begitu banyak orang mengingat pangeran kecil dengan cerita bunga mawar di planet kecil juga. saya pernah kirim komentar tentang itu kepada tukang conteng. memang frasa-frasa tentang mawar pangeran kecil sangat bermakna. tetapi ternyata, saya lebih meluluh remuk diri dalam cerita gajah, ular sawa dan topi. paling tidak, tentang rupa biri-biri dalam beberapa versi (terutama yang terlihat sakit itu). atau, ya sudah tentu perbualan pangeran kecil dengan si rubah liar yang menjadi jinak tatkala menjalin silaturrahim dengan si pangeran cilik. cuba baca berulang kali, pada kalimat ini:

    the fox fell silent and looked steadily at the little prince for a long time.

    ‘please,’ he said, ‘tame me!’

    ‘i should like to,’ replied the little prince,’ but i don’t have much time. i have friends to discover and many things to understand.’

    ‘one only ever understands what one tames. people no longer have the time to understand anything….if you want a friend, tame me!’

    ‘what do i have to do?’ said the little prince.

    ‘you have to be very patient,’ replied the fox.

    dan juga kalimat antoine saint-exupery yang ini:

    “‘what makes the desert beautiful,’ said the little prince, ‘is that somewhere it is hiding a well.’

    atau yang ini dari bunga dengan tiga helai kelopak (a flower of no importance) di tengah gurun sunyi:

    ‘where are the people?’ the little prince asked, politely.

    “the people? there are some, i believe – …the wind drives them hither and thither. you see, they have no roots, which makes life is very difficult for them.’

    dibawa angin, semua kenangan. seperti sepuluh dekad bermukim di um.

    yippe yai yai yippe yippe yai/kami cinta kolej pertama/siang jadi kenangan/malam jadi impian/cintaku semakin mendalam.

    kata seorang perempuan dengan mata paling indah. ‘sayang sekali akan suara dan bakatmu yang semakin sia-sia. kalau kau mengembara dan tak punya wang untuk apa-apa, pergilah bernyanyi di mana-mana dan mereka yang mendengar akan membayar.’

    setelah itu, di stasiun bas daerah tua, tiap hari mula melatih diri bernyanyi. dua lagu yang sama. berulang kali.

    tunggu sekejap. angin menderu.

    akankah ada jalan kembara untuk gema suara itu?

    yup! botchan nakal menjadi dewasa. tetapi ada yang lebih meremuk hati. seperti dazai yang cuba bunuh diri tiga kali. dan mendapat yang dihajati beberapa hari sebelum ulang tahunnya sendiri.

    dirujuk sebagai orang arif? tidaklah. saya tidak punya apa-apa. selain cerita. dan kamu yang mahu mendengarnya.

    nb:
    tentang latiff lagi: kau mahu naskhah salinan lima buku puisi lama latiff yang berisi 90% sajak-sajaknya?


  5. wahai echo. siapakah kamu.

    Wah!!! mestilah mahu!! nak! saya ada satu antologi latif tapi tak pasti yang mana. tentu nya saya mahu yang lain.

    ya. kalau tentang cerita cerita lama, babak yang mengada ada itu yang saya kurang gemar. nampak terkadang terlalu plastik. biarpun begitu, saya amat suka to kill a mockingbird karangan adaptasi novel harper lee. begitu juga peminat no 1 karya buku itu. mungkin juga oceans eleven (1960) jika mahu ceritakan tentang movie movie klasik. tapi versi moden seharusnya diberi pujian.

    saya gemar perpustakaan yang gelap. penuh dengan rak rak buku. berbanding dengan perpustakaan daerah tanjung malim ini yang nampak gah di luar dan begitu cerah di dalam. mungkin ada sudut sudut yang agak suram sesuai untuk solitari. tentunya di um tidak sebegitu penjara, kan?

    wah. agak ‘rare’ kalau ada karya adaptasi pra merdeka sebegitu. saya pernah terjumpa sebuah buku lama ibu yang bertandatangan seorang sasterawan terkenal. aneh. tapi tidak hairan jika ada di perpustakaan um yang sudah wujud sejak sekian lama.

    cerita tidak guna. nanti saya akan dapatkan juga the little prince itu. saya google, dan rupanya terdapat banyak versi. saya rasa ini lebih bagus daripada wizard of oz?

    – you see, they have no roots, which makes life is very difficult for them.

    mungkin jika kamu ada akarnya, tidak lah terlalu terbuai dibawa angin.🙂

    ok. ayat kamu indah. bahasa kamu indah. sila tulis lagi.

    dan kamu menambah bilangan buku dalam senarai saya. dazai itu tajukkah?



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: