h1

Antara Kebun Mimpi dan Taman Mimpi

Mei 17, 2008

Susulan pameran Friction di Kebun Mimpi.

Haslin Ismail, The Unknown 152cm x 122cm, mixed media on canvas

Ilham Fadhli Shaimy, The Carnivale, 82cm x 183cm, mixed media on canvas

Pada sabtu lepas, aku dan rakan menjengah sekejap ke kebun mimpi. Pak Samad masih seperti dulu. Selepas Pak Samad selesai ‘membuka’ pameran, kumpulan sosund pula mengambil alih. Aha. Apa ni? Bagai kami melihat watak-watak yang diimejkan haslin dan ilham, keluar daripada catan mereka di dinding dan membuat kacau bilau di persembahan Sosund. Memakai topeng ada sebabnya, salah satu bagi sosund ini mungkin kerana ia satu lambang ‘demure’ atau lagak bijak (agar nampak tenang atau best!). Tapi jika keterlaluan, kelihatan bagai satu tempelan sahaja di muka dengan kesombongan. Penonton dibiar tertanya-tanya kekeliruan, dan diakhiri dengan lagi kekeliruan bacaan sajak bahasa inggeris yang tidak terdengar patah butirnya. Tenggelam dalam muzik digital techno yang tidak relevan. Ada kosong di situ, tapi. Syok sendiri? Atau satu pernyataan ‘tafsirlah persembahan kami yang penuh tragedi, penuh makna, perlambangan dan berat falsafah’?? Ah. Aku pilih syok sendiri.🙂

Eh tidak. Ini bukan mahu bercerita tentang catan pameran.

Tapi sebelum tiba di kebun mimpi, kami ke seremban, mencari taman mimpi masing masing. Dan langkah aku ke sana bagai menarik balik keahlian dalam kelab feminis sedunia. lantas mahu lagak dipancung Ayu Utami dan mungkin dihalau aku keluar dari kantor mesyuaratnya.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: