h1

i think, therefore i am*

Agustus 5, 2008

**(rujuk entri ini).

Artist: David Roberts Title: Elhambra, Spain

Cahayamu bagai sabitah. Doaku kau sejahtera. Biar warna kubah-kubahmu kian pudar. Untukmu setanggi ini kubakar. Cahayamu sediakala. Aku rindukan zaman kebangkitan. Pabila nurani bersulamkan fikiran. Seganding dan bersatu. Lafaz niatku bertemu. Cahayamu tiada tara. Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia. Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu. Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat. Supaya dapat aku tari menongkah arus. Sahutlah andalusia. Apakah sudah kering lautan darah. Yang tertimbus di bumi alhambra. Ataupun masih bergelora menanti saat. Melimpah mengikut mata air. Antal hadi antal haqqu. Laisal hadi Ilaahu. Lagu: m nasir Lirik: loloq

sarjana Islam dahulu tidak mengkategorikan manamana disiplin ilmu.
dan tidak menggredkan manamana disiplin ilmu.
contohnya seperti disiplin sains dan disiplin seni.
seperti yang dikelaskan di IPT IPT (atau sekolah) di malaysia.

bagi pelajar sains. ruang lingkup pembelajaran mereka hanya dalam lingkungan disiplin sains. begitu juga seni. hanya dalam ruang lingkup disiplin seni.

contohnya seperti ibn khaldun. seorang filsuf, sejarawan, kosmologi. sosiologi. ahli ekonomi. ahlil muzik

dan alghazali. seorang filsuf. budayawan. ahli politik. ahli fizik. ahli psikologi.

dan jika mahu ambil contoh barat. leonardo da vinci. seorang artis. pereka. ahli matematik. jurutera. ahli muzik. arkitek.

atau ilmuan greek dahulu. aristotle. ahli filsuf. menulis tentang fizik. metafizik. politik. kesenian. biologi.

dalam kejuruteraan binaan hebat seperti masjid sulaiman di istanbul, dan istana alhambra di granada (dikatakan istana terindah di dunia).
terdapat dalamnya banyak disiplin. seni bina. seni hiasan. seni tampak. matematik. fizik. falsafah. dematerialisasi dan denaturalisasi.

erm. falsafah? mungkin masjid kristal dan masjid putrajaya ‘boleh’ masuk kategori ini.

*Cogito ergo sum. frasa ini popular dikaitkan dengan rene descartes. ahli falsafah yang terkenal dan menjadi rujukan. terutama teori beliau tentang minda. ah bijak sungguh. tapi setelah ilmuan lain mengkaji buku beliau, hampir menyamai tulisan alghazali.

oh. sebenarnya, ‘i think therefore i am’ itu ‘frasa’ alghazali.

dan andalusia ialah nama lama bagi sepanyol.

“philosopher kings” = “those who love the sight of truth”
(Plato, Republic 475c)

4 komentar

  1. Salam,

    Waduh! Semakin hari saya bertandang ke sini, semakin berat pengisian ilmunya! Syabas!

    Sedih ya, kita di Malaysia ini – bukan di IPT sahaja, tapi dari bangku sekolah menengah lagi kita sudah terpisah dari skop pembelajaran yang sepatutnya menghairahkan minda, namun membosankan sebilangan besar pelajar pelajar. Namun harus juga kita ingat, cendiakawan dahulu tidak habis menuntut ilmu kerana kecintaan mereka pada ilmu itu sendiri. Di sini dan zaman yang ada ini, kecintaan ditanamkan kepada generasi muda kepada hiburan, wang, harta, dan seks.

    Manusia diciptakan dengan 2 pilihan – menjadi khalifah dan hambaNya yang mulia, ataupun menjadi lebih buruk dari binatang liar yang tidak mempunyai akal fikiran. Bila disemaikan kecintaan pada Illahi dan dipenuhi ilmu, maka dengan izinnNya, maka kearah itulah kehidupan dan budaya pemikirannya. Tapi bila disogokkan kearah yang jelik, maka kearah itulah kehidupan dan budaya tanpa pemikiran nya.
    Lebih menyedihkan apabila Islam itu digunakan oleh pihak tertentu dalam percaturan mereka untuk mengaut keuntungan duniawi semata, ala ala Dajjal yang akan muncul di kemudian hari. Na’uzubillah.


  2. Gambar itu buat saya rasa nostalgia…


  3. aku kagum dengan lukisan itu.


  4. cak:: ye. betul tu. ntah kenapa ya? dimana silap? saya pun tak tahu. haha. ilmu ini milik semua. kalau saya tak sampaikan, nanti saya lupa.

    amien:: wahhh! pernah pergi ke granada??? bestnya!

    marjerin:: tapi lukisan tak seindah realiti! jom ke sepanyol!



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: