h1

tok guru kata: kalau kamu samseng, Tuhan itu lagi samseng! dan ini puisi prosa aku.

Agustus 8, 2008

 

wahai kawanrakan.

 

aku sarankan. mulai sekarang. simpanlah keratan akhbar. simpan pautan dan berita di internet. arkibkan. ia akan bernilai. dinilai. kerana tahun ini sejarah akan terlakar. terutama dalam dua tiga bulan ini. terutama pada ketika ini. dan mungkin kamu boleh menghasilkan karya seni. seperti zulkifli yusuf daripada keratan dan maklumat ini!

tidak. aku bukan bercakap tentang olimpik. china dan tibet.

atau kajian empirikal kenapa jalan raya sesak teruk ketika roadblock.

“lu fikirlah sendiri, kata nabil”.

bukankah ibn khaldun menyarankan kita mengkaji sejarah? belajar daripada sejarah?

dan bukankah bulan ini kita merdeka? merdeka yang telah di’basuh’ pengertiannya. merdeka yang telah dicomotkan wajahnya.

maaf jika emosi. kerana pada kejahilan dan kekejaman, dapatkah kita bersabar?
pada kebobrokan dan korupsi, dapatkah kita mulut terkunci?
bodoh! 

dan mari kita pakai jaket kalis peluru. serta topeng gas. dan pasang tali keledar. ini bukan pengebom suisaid. ini minda suisaid. justifikasi ada. paralel ada. lateral pun ada kata de bono.

6 komentar

  1. Salam,

    Alhamdulillah. Sememangnya sebelum PRU12 banyak berita yang telah saya pungut dari pelbagai egroups dan simpan di blog News You May Have Missed – ada kat bawah link ‘Personal’ di blog saya. Namun, selepas PRU12, saya tidak larat terikut lagi kerana sebab sebab tertentu. Mungkin, anda turut berminat untuk menjadi contributor di blog itu? Jika sudi, akan saya pelawa.


  2. hai salam singah


  3. Aku rasa pening dengan keadaan politik negara kita, teringat kata-kata sejarah tak mungkin berulang, namun tahun melewat malaysia berulang (memetik kata-kata ceo aku).


  4. malu dengan politik malaysia yang membunuh kemajuan negara. lihat eropah berpolitik macamana, semuanya sangat terbuka. boleh ubah kerajaan ikut suka rakyat menyebabkan yang dipilih mencuba seberapa daya untuk ikut kehendak rakyat? kita? masih di takuk lama. macamana mau maju?


  5. aku setuju dengan kata aliff. aku pun pening dengan politik sekarang..tapi apa nak dikata..kita ni org biasa jer..tak layak untuk bersuara.


  6. cak:: er. malulah! haha. tak apa. nanti kalau nak yang arkib, saya cari shah aja lah. boleh?

    generasi yang ke brapa ni:: ye. salam singgah.

    aliff:: haha. dunia kan pentas. jadi, biar kita jadi penonton saja lah. lepas habis lakonan, kita vote macam akademi fantasia!

    aku:: aku, tapi kadangkadang kebebasan juga boleh disalahguna.

    lin:: kalau pening, mari kita minum air limau ye! hehe. nice blog u have!



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: