h1

bukankah aku telah lama jatuh chenta pada dr spencer reid, wahai aisya?

Agustus 15, 2008

Mulan Jameela kata:
Otak mu sexy, itu terbukti..


Dr Spencer Reid bekerja di bahagian profail di FBI. Dia amat genius yang mampu merekod apa sahaja yang dibacanya di dalam minda. otaknya umpama komputer bergerak. (bukankah kita semua begitu??). dia juga boleh membaca keseluruhan teks dalam satu muka surat kurang dari 6 saat. iaitu 20 000 patah perkataan dalam masa seminit. wow! seksinya! dia juga mempunyai memori eidetik. dan IQ sebanyak 187. penampilannya bukanlah tipikal makhluk yang dikatakan terlampau genius. sangat cool! terutama bila dia pakai jaket kalis peluru yang terpamer kata FBI (haha). ibu dr reid penghidap schizo. dan dia juga bimbang dirinya akan gila. kerana penyakit ini boleh diwarisi secara genetik.

 

minggu lepas aku maraton drama criminal minds. aduh! kembang otak! aku suka! drama bersiri ini bagi aku sangat cerdik. pada setiap watak. pada setiap plot. pada setiap sudut kamera. drama ini tidak terlalu saintifik atau klinikal seperti csi. dan tidak terlalu kekeluargaan seperti law and order. juga tidak terlalu politik seperti 24. dan yang paling aku suka. pada awal dan akhir drama ini, salah satu watak akan meng’quote’ frasa atau ayat dari orangorang terkenal/ternama.

criminal minds ini tentang sekumpulan agen fbi dalam kepakaran masingmasing. membuat profail tentang penjenayah sebelum penjenayah itu melakukan jenayah. erm.. oleh itu:

malaysia patut gunapakai kaedah ini.
sebab di malaysia ini, 10 tahun dna sudah tak releven. laporan doktor pun sudah tak relevan.
dan takpayahlah polis susah-susah nak buli suspek. masa soal siasat. dan dr fadzilah khamsah boleh jadi seorang ‘profiler’. huhu.

 

 

 

petikan dialog dr reid:
Special Agent Derek Morgan:
So tell me, what does keep young Dr. Reid awake at night? Wait, let me guess. Memorizing some obscure textbook? No, no, no. Working on cold fusion? No, I got it, I got it, I got it. Watching Star Trek and laughing at all the physics mistakes?
Dr. Spencer Reid:
Actually, there aren’t that many scientific errors in Star Trek, especially considering how long ago it was made. There are certain improbabilities, but not that many outright errors.
Special Agent Derek Morgan:
Right.

8 komentar

  1. Alina,

    adakah aku berdosa memilih ‘Criminal Minds’
    disebabkan oleh
    Derek Morgan… (?)

    *whoaaa*


  2. haha. tak apa! derek morgan juga seksi gitu! huu..


  3. Salam Alina,

    Aisehman! Melepas peluang den kerana anda telah dimiliki jejaka tampan, seksi, dan terkenal tu. (Hai labi labi, apalah nasib kita ni no…)

    Saya minat juga CM, cuma masa tayangan nya selalu clash dengan perkara lain. Daripada ‘Missing’, CM memang lebih menunjul. Tapi la ni, nampaknya takleh tengok lagilah…bab jeles😉


  4. haha padan muka korang


  5. hohoho…penjenayah memang licik dan bijak. Cuma dia salah guna otaknya itu. Aku suka CM…yay Derek Morgan.

    Kalau aku muda nak juga jatuh chenta dengan Reid.

    Kalau…haih!


  6. shah:: haha. tak perlu jeles…😉. saya maraton CM ni pun daripada rs yang saya download. tunggu bulan 9 ni untuk season ke4 nya. sebab last ep season ke3 ni salah seorang agen nya kena letup. tapi tak tau siapa. tak sabar nak tunggu season baru. harap2 bukan reid..😦

    generasi:: huh?

    kak lily:: eh. kak lily kan sentiasa awet muda… boleh aje!


  7. bila nakbuat hero melayu?


  8. wow! gua pun tergoda la jugak!



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: