h1

//presiden musharaf dah letak jawatan. jadinya, uncle bila lagi ya juju?

Agustus 20, 2008

“Man is least himself when he talks in his own person. Give him a mask, and he will tell you the truth.”
Oscar Wilde

 

 

aku pening. bila otak kiri dan otak kanan bertukar fungsi. dan korteks penuh aliran elektrik.

semalam setelah sekian lama tak tengok ezora. aku jadi pening dengan plot.

huh?? edrian bukan cucu onni?
ezora pun bukan?
anak itu anak reza ke?
dan minah thailand tu dah jadi isteri bob???
ok.

mulanya aku tengok ezora sebab diana. sebab dia tanya tengok ke tak. jadi aku tengok supaya bila dia tanya nanti aku boleh ulas.

tapi aku dah ‘lost’ tentang jalan cerita setelah sekian lama tak tengok.

ok. sebenarnya aku dah agak jalan cerita akan jadi berliku seperti jalan di bukit putus. sebab penulis skripnya ialah kash johan. kawan lama. dan dia sebelum terjun ke dunia skrip drama, adalah penulis novel. antaranya ‘sutera demi aisyah’ dan ‘metamorphosis’. sesiapa yang pernah baca novel beliau, akan tahu yang dia gemar plot yang penuh dengan ‘twist’. juga protagonis mahupun antagonis ialah perempuan. dan antara perempuan ini akan ada yang alami sakit jiwa. dan sejarah selalunya akan berulang. ok. kash johan ialah lelaki. asal kedah. dan keturunan cina.

 

patutlah prof allen cakap. politik malaysia kalau didramakan atau difilemkan cukup menarik! mesti box office! siapa agaknya yang patut jadi pelakon hero dan heroin?

5 komentar

  1. Salam Alina,

    Saya ni, minta maaf bebanyaklah cakap, amat jarang baca novel Melayu. Kali terakhir dan kedua terakhir, baca kisah sami buddha nak masuk Islam kerana nak berkahwin ngan kekasihnya. Nak dijadikan cerita, rupa rupanya kedua mereka adik beradik yang telah terpisah sewaktu kecil dahulu. Sodih den…sampai melimpah ayaq mato.

    2nd last: Di bawah alunan ombak – tak ingat nama penulis. Cerita 3 adik beradik lelaki yang membesar time Jopun dahulu. Er…tak ingat kesudahannya.

    Tapi, apa yang dinyatakan oleh Prof Allen adalah yang benar dan yang benar belaka.

    Dlm miniseries ‘North and South’ yang diambil dari novel bertajuk sama, terdapat banyak karektor. Dalam novel dan filem politik kita juga terdapat banyak karektor – yang saya maksudkan, central characters. Er…leh saya volunteer jadi sorang darinya. Jadi Pinochet pun boleh le (kan dia dapat pingat Tun).


  2. ezora citer ciplak secreto de amor tu… haha…

    Ezora = Maria Clara
    Reza = Carlos Raul
    Lisa = Andrea
    Leeya = Barbara
    Andrean = Lisandro
    Onni= nenek


  3. Ezora? Huh! Apasal akak tak pernah tengok hah?


  4. shah:: haha. shah menangis bila baca novel melayu?? tak percayalah. aha. di bawah alunan ombak?? macam penah dengar aja tajuk nih.

    jadi. tak adalah can shah nak baca novel atau cerpen saya tu eh? huhu. aha. kalau nak jadi pinochet, kena praktis banyak2 untuk babak hilang ingatan atau lupa memori.


  5. me:: ye ke? takda lah pulak saya ikut cerita latin. kali terakhir pun betty la soy rasanya.

    kaklily:: alamak. akak tak penah tengok??? wah! dah terlepas satu nikmat! haha.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: