h1

//jue, tak berdebar ke nak tunggu keputusan esok ni? tapi kenapa kita pulak kena ada di jw mariot ni sehari suntuk esok????

Agustus 22, 2008

dua hari lepas aku pulang lewat. dalam pukul 9 lebih. kemudian aku makan malam di depan tv pukul 1015. aku seorang sebab teman serumah balik kampung. (habit aku untuk makan depan tv. mungkin subconscious untuk tidak membazir masa dan lakukan kerja dalam dua masa sekaligus??)

mula-mula aku buka tv3-suku (bak kata kak lily). tidak ada yang menarik kecuali drama yang cuba buat kelakar. kemudian aku tukar tv2. ok. ada movie yang macam menarik.

tapi aku rasa aku pernah tengok movie ini. pelakonnya pun aku kenal. tapi cerita apa ye?

5 minit kemudian.

aku tukar channel. apa ke waras nak aku terkebil sorang sorang malam ini sebab tak boleh tidur? sambil telinga boleh dengar macam-macam bunyi efek yang membuat kan minda pun berimaginasi tentang banyak perkara yang menakutkan?

ok. the exorcism of emily rose (teoer) aku dah tengok dan tak perlu tengok kali kedua waktu bersendirian di tengah malam. sangatlah tidak sesuai!

TEOER merupakan filem yang didasarkan pada kisah benar. dan dikatakan suara syaitan di dalam filem TEOER ini merupakan suara syaitan sebenar yang dirakam oleh ibu emily (atau nama sebenar gadis ini ialah anna). mungkin itu yang menjadikan filem ini agak realistik. mungkin pembikin filem di malaysia patut berdasarkan pada kisah benar untuk lebih realistik. macam kes histeria di sekolah. contohnya.

tapi the blair witch project pula berjaya membuatkan penonton ragu-ragu untuk mempercayai sama ada kisah ini benar atau fiksyen. mungkin kerana strategi pengarahnya yang membina satu laman web tentang kewujudan atau legenda blair witch ini sebelum filem ini ditayangkan.

nk: gambar jurnal di atas merupakan jurnal heather (iaitu gadis yang terlibat di dalam projek mencari tukang sihir blair ini) yang dijumpai di tempat kejadian. beliau hilang bersama rakan rakannya di dalam hutan tersebut. gambar dipetik daripada sini.

nk2: mari kita berdoa pada keputusan besok hari. goodluck.

13 komentar

  1. esok yg mendebarkan….haih~


  2. Salam Alina,

    Isk isk isk…the exorcism of emily rose (teoer), tu lah yang paling sesuai untuk ditonton sorang sorang tengah malam…ceritanya amat menepati waktu!😉

    Tadikan, waktu di antara alam sedar dan tidur, terdengar berita 1.30 di tv3 suku. Beritanya, mereka menjumpai bungkusan yang mencurigakan di bilik gerakan sang puteri sarkas. Lalu bila diperiksakan, didapati bahan boom-boom – agaknya sama seperti yang digunakan untuk bunuh rakyat asing. Lalu sang doaraemon pun letupkan bahan itu secara terkawal. Adalah pula manusia bernama cakapaje tu sambung cerita kat blog dia…isk isk isk.


  3. amacam esok tu? ok?


  4. tasik:: hahahahahah… entri nih entri masa hadapan. saya dah ternaik salah satu kenderaan masa hadapan milik nazri vovin. haha.

    shah:: alamak shah. saya sudah berbelas tahun dikelilingi exorcist. tapi masih agak takut! huhu.
    bahan prop doraemon tu rasanya gimik aja kot. nak meraih simpati?? (aik shah. iklan kat sini nampak.. hehe)

    danielle:: kalau ‘esok’ as in esok (selasa), ish memang berdebardebar! hehe.


  5. Alina,

    Iklan? Hehe…tak sengaja kut. Maaf ye🙂


  6. walaupun aku pendengar musick2 jahat, tapi aku tak berapa gemar tengok cerita hantu ni. boleh bawak ke mimpi. kadang2 nak drive malam2 pun aku cuak.

    pernah tengok cerita HOSTEL? bapak violence. yang ini aku suka!


  7. Makanya,
    keputusannyaaa…

    :]]


  8. tak faham sgt. apa yg esok?


  9. Alina,

    Anda menerima satu award (sebagai pertukaran hadiah untuk saya). Silakan ke entri saya bertajuk ‘Award’.😉


  10. Eh! Kau dah potong rambut pendek sikit ek?


  11. shah:: hehe. takpe. iklan lah banyak2. nak iklan kuih raya pun takapa.

    juna:: pernah dengar hostel. tapi tak pernah tengok. cerita jepun kan? tapi hostel aku dulu pun dah macam macam cite hantu.

    yana::🙂

    ime:: ntah lah. aku pun tak faham.

    shah:: erk. thanx!

    bro nage:: a ahh. ternampak kenapa tak tegur??


  12. Nak tegur camane – kau kelihatan sungguh sibuk; macam menteri!!!!!


  13. abg naga:: hahahahahahahahah. yee lah tu. (er. bukan sibuk, tapi saja menyibuk!)



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: