h1

//lebih daripada cinta platonik palsu ada di sini. dan ada yang bodoh menjadi pascaliberalis hidup semula dari sodom dan gomorrah

September 4, 2008

-maaf. gambarnya belum dapat-

ok. minggu lepas. ahad. aku ada di annexe central market. art4grabs. jualan barangan seni, serta forum dan sesi bercakapcakap. aku bawa kawan aku yang mulanya skeptikal tapi kemudian dia juga yang paling teruja. aku beli (banyak) buku dari faisal mustafa. dia tanya lama tak nampak. aku tanya dia balik, lama tak nampak.

aku dapat thong buku dari kawan-kawan gerai yang jual barangan kraf. aku jumpa ali di gerai di kala jingga. barang mereka sangat menarik daripada tahun lepas. aku tuntut tshirt aku daripada saharil tapi dia lupa (ceh!). aku jumpa nazri vovin tapi dia dah nak balik sebab masa dia datang aku keluar makan dengan kawan. aku ada gerai tapi tak ada barang. (minggu lepas minggu sibuk sedunia jadi tak sempat nak sediakan artwork). jadi jesse dan adik cad letak barang mereka.

aku dan kawan suka dengar ‘poetry and music’ persembahan alia dan erin (?). contoh terbaik anak urban pascamerdeka. sebelum itu, dia tangkap gambar aku sedang baca buku atas sofa. aku nak termuntah bila ada selebriti jahil yang letak gam pada benang basah supaya benang itu tegak. bodoh! jangan pegang pada religi sebab semua religi pun larang benda yang sama itu. plato pun marah. jadi, saya sarankan anda jadi seorang ateis yang tak ada falsafah hidup. faham?? logik akal! dan aku keluarkan waran untuk dia.

ok. lepas itu. saya, rakan dan thebrains ke rantai. dan choppe (jurufoto) semakin tembam.

cinta platonik adalah cinta pada seseorang yang tidak melibatkan nafs. ramai yang salah anggap hubungan antara lelaki dan perempuan. tapi frasa ini terbit daripada kejadian seperti yang diterangkan dalam simposium oleh plato. seorang murid yang begitu cinta akan socrates. tapi socrates berkata, cinta lah mindaku, bukannya diriku. (lebih kurang lah). paradoks pada kehidupan greek pada ketika itu yang berleluasanya cintacinta terlarang.

11 komentar

  1. Salam Alina,

    Alamak! Part chenta chenta – platonik atau plankton-ic – tu yang den tak tahu! Hmm…mano den nak cari orang leh ajar ni ha?


  2. platonic? oohh..aku lebih percaya bahawa hubungan lelaki wanita perlu punya batas dan saf tertentu. maaf aku sangat konservetif ttg cinta.


  3. Een. Ari Sabtu sy dtg CM een tade.


  4. Alina,
    chenta…?
    kalo yg bkn melibatkan lelaki dan wanita,
    bgmana pula ukuran skalanya…

    :]


  5. aku nak ajak kau minumminum. tapi, kau pandang pun tidak.😦


  6. shah:: aik shah. takkan tak berjumpa lagi orang yang nak mengajar bercentacenta nih??

    kak lily:: ye betul. manusia yang salah erti. erm..

    ili:: hr sabtu gwe takde. hari ahad baru ada. ooo patutlah kamu punya alien ada kol sama gwe hr sabtu itu hari…

    yanaz:: itulah platoniknya…

    abg nage:: alaaaaa… nak lah pergi minumminum dengan org terkenal ini! untuk pengetahuan abg nage, saya ini agak rabun. tapi tidak mahu memakai kacamata. jadi kalau ternampak saya, sila tegur dahulu..🙂


  7. Alina,

    Itulah nasib badan saya. (Labi, labi, apalah nasib kita ni ye.)

    ps. Baru ingat. Hari tu kata nak sound sikit tang Art4grabs tu kat saya…maka tertunggu tunggu le saya di tepi perigi ini😉


  8. alamak encek shah! kebetulan minggu tu minggu sibuk sedunia. (sebab tu saya separuh join arts4grab. jadinya tak sempat nak online dan warwarkan pada teman-teman. sori! tapi takpe. lain kali ada. apa kata tanda dalam diari, maskara shorties anjuran sindiket soljah? kita jumpa di sana insyaAllah.


  9. Alina,

    Alamak! Bila pula maskara shorties tu? Rasa cam Alina dah cerita tapi tak ingat.


  10. salam encek shah. saya rasa saya belum lagi warwar di blog ini. kalau nak tau lebih lanjut. sila ke. http://sol-jah.blogspot.com/search/label/Maskara


  11. woo..woo..baru perasann..cik abag saya..yg saya panggil akhi shah tu selalu sampai ke sini rupanya🙂



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: