h1

//aku tak mahu taj mahal. taj mahal itu makam. kau mahu aku mati cepatkah?

September 10, 2008

berikan aku istana alhambra yang usang

kekasihku lari ke kota kaca dan menjadi wanita. dia memakai celak hitam dan maskara tebal.
di lorong-lorong dia masih bersayu berdendang. sadis.
kekasihku mencebik merajuk dan menjadi robot kasa.
dia menolak ku jatuh tapi masih menyimpan namaku di diari usangnya.

aku terjumpa seorang pemuda minda urban kontemporari. sering meneguk arak di tangan kanan dan berfalsafah ditutur. aku dan dia bulat. aku ketawa. aku bertanya, mahukah menjadi kekasihku? dia hanya menggeleng bangga dan menjeling perawan lain. kemudian aku menangis. aku sudah menghilangkan namanya tapi dia masih mengikat tali di tanganku. rimas.

kekasihku terjumpa sepasang sayap dan berlari mengelilingi kubus.
dia terdengar suara hatif dan pulang menjadi seorang darwis.
kekasihku adalah kekasih lama. dan dia masih berpegang pada akadnya. katanya, tunggulah.
dan kini aku masih menunggu di lorong suwer. cinta sudah tiada.

-lebuhraya utara selatan, 2007.

.

.

ini adalah antara sajak prosa aku yang bertimbun-timbun. yang tidak pernah diterbitkan dimanamana sekalipun. dulu aku ada juga hantar ke akhbar. tapi mungkin sajak aku ini banyak merepek. maka tidak lah ada yang terbit. di itm dulu ada lah tiga koleksi bersama. tapi bukan di pasaran terbuka. huhu. sejak dari itu, aku hanya simpan saja. dan syok sendiri. tapi ada juga beberapa yang telah menjadi lirik lagu. tidak. bukan lagu mainstream. lagu-lagu itu juga alami nasib yang sama dengan sajak. tersimpan bersawang. aku rasa taboo.

taj mahal ialah antara binaan seni Islam yang terindah. dan mungkin antara seni bina terindah dunia. cif arkiteknya, ustaz isa bijak mengatur dan merangka. tapi yang ironinya, shah jahan hanya mampu melihat dari menara penjara. dipenjarakan oleh anak beliau sendiri.

nanti akan aku ceritakan kehebatan binaan taj mahal.

gambar di atas pula ialah lukisan aku yang tidak siap.

14 komentar

  1. kamu mmg seni. boleh berpuisi. boleh melukis. dan boleh macam2 lagi…πŸ™‚


  2. Salam Alina,

    Gambar yang belum siap dilukis itu, mungkin harus dibiarkan begitu sahaja kerana ada keindahan nya sendiri dan ia menggamit seribu soalan pada mereka yang melihat.

    Taj Mahal memang tidak dapat dinafikan indah. Namun walau ianya dikatakan lambang cinta agung, pada saya dan beberapa lagi, ianya sebenarnya lambang kezaliman. Apakah tidaknya, jika mengikut sejarah yang dibaca, arkitek TM telah dibutakan matanya sejurus pembinaan TM siap. Maaf, kalau yang dinyatakan ini berbeda pendapat.


  3. puisi yang hampir radikal.πŸ™‚


  4. tasik::πŸ™‚. terima kasih. tapi ini hanya anugerah yang amat sedikit. dibandingkan dengan yang lain. ramai lagi yang berbakat besar dan terpendam.

    shah:: haha. memang niat saya pun begitu. da vinci pun hampir keseluruhan lukisan nya yang tidak siap. malah saya rasa, ramai pelukis pun sentiasa merasakan lukisannya tidak siap. tentang taj mahal itu, saya setuju. sebab itu ironinya, shah jahan hanya dapat menikmati taj mahal dari jauh sahaja. tapi tak dapat dinafikan, binaannya memang genius.

    mar:: hampir je?? hehe. terimakaasih walaupun bukan satu komplimen.πŸ™‚


  5. ALINA,
    …Apakah sudah kering lautan darah
    Yang tertimbus di bumi Alhambra
    Ataupun masih bergelora menanti saat
    Melimpah mengikut mata air…
    M.Nasir (Andalusia)

    sekadar catatan.πŸ™‚


  6. Kalau nak bercerita pergi tempat romantik, saya lagi suka kalau dapat pergi Bulan.

    Lepak minum ribena sambil tengok bumi sayup-sayup kat bawah.

    “Let makes babies” kata partner saya

    Diikuti carut marut dari saya. Make babies pekebenda kita pakai full angsakawan suit.


  7. Hayakallah

    dia menjadi wanita? deh… Sebelumnya?


  8. hah..siapkan cepat..!!


  9. yanaz:: hey. saya suka lagu itu.

    nazri:: la. dalam kapal angkasa boleh bukak suit tu. atau kau transport pakai delorean? delorean boleh sampai bulan ke?


  10. amien:: sebelumnya?? er.. tak dpat dikenal pasti.. haha.

    pp:: er.. ye. ye. nanti saya siapkan!πŸ™‚


  11. aku suka


  12. Salam Alina, puisi yang indah pilihan kata2nya.


  13. bang nage. ya terima kasih.

    eskapis. terima kasih. kalau itu yang dinamakan indah..πŸ™‚


  14. tulis lagi pengetahuan korang pasal taj mahal bleyh?? aku nak kaji sket pasal beza pandangan dan fakta.tq.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: