h1

//cikgu yanaz. apa kabar genggeng 2 hijau? atau kelas krelboyne kalau dalam malcolm in the middle.

September 12, 2008

hanya pendidikan yang mampu menyelamatkan masyarakat daripada mengalami keruntuhan
– jean piaget-

gambar 01 dan 02: anak buahku. aisya (6 tahun). dan hanna (4 tahun). ya. hanna yang bercita-cita untuk menjadi princess dan berkahwin dengan anak raja. dasar pandang ke depan.🙂

gambar 03: aisya (semasa 3 tahun). pada umur 5 tahun, dia sudah pandai membaca akhbar dan subtitle di tv. mungkin bakal genius. kini dia agak obses dengan games di internet. ya. dia dan abangnya sudah pandai beryoutube dan bergoogle. (ah. anak urban pasca globalisasi). agak pandai membodek dan sangat comel. sangat lasak. dan sangat nakal. tapi hatinya sangat sensitif.

gambar 04: hanna (semasa umur setahun). sangat comel dan manja. mampu berdikari dan suka kan semua princesses disney. suka juga menyanyi lagulagu nursery. lemah lembut. suara dan kelaku. tapi hatinya agak keras. sampai ke tahap, mampu menggigit anak lelaki jika di agresi.

.

.

.

kata piaget. dalam teori kognitifnya. ada 4 tahap perkembangan kanakkanak. teori ini membuatkan kita lebih memahami kanakkanak dan memahami cara untuk mendidik mereka.

kata gardner pula. dalam teori pelbagai kecerdasannya. sama ada kemahiran logik matematik. kemahiran kinestetik. kemahiran visual spatial. kemahiran muzik. dll. setiap manusia dilahirkan dengan kemahiran masingmasing. jadinya. lorongkan lah anak anda ke arah kemahirannya. jangan dipaksa.

dalam Islam. ibubapa berhak memukul anak lebih daripada umur 10 tahun jika mereka tidak menunaikan kewajipan. ok. jika kita kaitkan ini dengan kata piaget. sangat bertepatan kerana pada umur 10 tahun, kanak kanak sudah mampu menilai dan sepenuhnya berfikir.

bukan ini sahaja. malah perkembangan otak bayi sewaktu di dalam kandungan telah lama diperkatakan dalam dunia Islam. dalam alQuran. barat menceduk. mengkaji. dan menjadikan kenyataan ini sebagai teori mereka.

jadinya. selamat menjadi ibubapa yang cemerlang. gemilang. dan terbilang. supaya nanti bila anak menjadi graduan harvard, bukan hanya di atas kertas sahaja. malah pada kelaku dan cara berfikir.😉. ya. shah pastinya lebih tahu akan ini.

notakaki: ok. gambar 1 dan 2 diambil dengan teknologi telefon bimbit. maka tak sempat nak edit dan nak rotasi kedudukannya.🙂

6 komentar

  1. Salam Alina,

    Comelnya anak abak buah itu. Hmm…bersar kemungkinan mereka ikut auntie mereka yang pandai berkarya samada tulisan mahupun lukisan kut🙂

    Kalau mengikut Islam juga, anak kepada saudara kandung kita turut merupakan anak kita. Bermakna, kita sebagai paman mereka, harus bantu membimbing anak anak.


  2. salam ecik shah. ya. kalau mak saudara comel, anak buah pun comel lah juga.🙂 hehe. harap harap mereka ini jadi lebih lagi daripada saya. takpun, tidak mengikut saya langsung..🙂

    ya benar. memandang saya jadi nanny mereka dari bayi (waktu kakak dalam pantang) sehingga kini. maka memang mereka sangat akrab dengan saya.

    sehingga aisya yang naif tu pernah berkata. – cikna, aisya ada sorang kakak. iaitu cikna lah.

    haha. sooo sweet.


  3. Woo..kak Lily rasa macam masuk kelas bila baca entri ni.


  4. wow! saya suka nak tahu hal2 mcm ni. hehe. psikologi dan perkembangan.


  5. kak lily. haha. agaknya dah terbiasa. ok. lepas nih kita buat pembelajaran luar bilik darjah la pulak. taknak terlalu ilmiah, kan?

    danielle. ok. saya pun suka! nanti kita blaja lagi ye.


  6. Salam wahai saudaraku Alina..
    doa dan harapan
    insan2 cumil lg mungil yg berposing dlm entri ini,
    dikurnai akal yg pantas menguasai aksara.

    InsyaAllah.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: