h1

//kin, tak payahlah ke Bandung. Kita gi Taiwan ya? Bak kata gadis gadis dalam dunia vovin, Taiwan is so in right now! Totally!

September 16, 2008

cereka-esei separa fiksi di warung kopi (bahagian satu).

.

.

– Kau tau tak, ketuanan Melayu sedang digugat skrg?
– Melayu siapa? Kau atau aku?, kataku merenung matanya.

Namron merengus. Dia ialah contoh ultra Melayu celup yang kononnya berjati diri. Dan tanpa sedar agungkan dogma urban liberalis pascamoden Dan neneknya datang dari Sumatera. Ya. Kebanyakan yang mengaku Melayu di sini berusulkan sama ada jawa dari Indonesia, Yunan, atau mamak.

Di Indonesia, sukar untuk kenal pasti sama ada berbangsa cina, jawa, mahupun Melayu. Gagasan Binneka Tunggal Ika yang dibuat oleh Pak Sukarno telah berjaya menyatukan dan membangsakan Indonesia. Binneka Tunggal Ika bermaksud kesatuan dalam kepelbagaian. Lihat sahaja pada Bahasa mereka. Mereka telah terbuka terhadap apa yang kita katakan pelacuran Bahasa.

– Kalau kerajaan bertukar, Melayu akan terpinggir. Kau tengok contoh kat Pulau Pinang. Bila diorang ambil alih, Melayu semakin susah di sana, kata Namron sambil menyalakan Dunhilnya.

– Ok encik Melayu tulen. Sebelum mereka ambil alih, melayukah pemerintah di sana? Melayu daripada dahulu lagi sudah terjerat di sana. Jangan nak letak label scapegoat pada orang lain.

Frasa kesatuan dalam kepelbagaian ini juga digunakan oleh seorang orientalis Barat bernama Richard Ettinghausen untuk menggambarkan tentang kesenian Islam. Beliau kata, seni Islam sangat fleksibel sebenarnya. Seni Islam menyerap budaya setempat. Seni Islam tidak pernah bersifat perkauman ataupun ras. Contohnya senibina masjid. Di china, berbentuk pagoda. Di nusantara, berbentuk bumbang limas. Di Timur Tengah pula, binaan masjid dipengaruhi senibina Seljuk.

– Kau cakap tak ada bukti. Selama ini pemimpin kita nak tolong bangsa Melayu. Pemimpin kita sentiasa bertunjang ketuanan itu. Melayu yang tak nak bersyukur.

– Ketuanan apa kalau the so called Tuan itu menjual tanah air sendiri. Kau nak bertuankan golongan macam tu? Kau tengok di Pulau Pinang saja. tapi di Johor bagaimana? Siapa dia hulubalang di Johor?

Tadi adakah aku berkata bahawa senibina Islam menyerap budaya tempatan? Itu tidak berlaku di Malaysia. Malaysia tidak mengekalkan identiti nusantara dan menceduk bumbung bawang daripada Empayar Mughal di India. Antara masjid lama yang masih mengekalkan dan terpelihara senibina nusantara ialah Masjid Tengkera di Melaka dan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Praktikalnya bumbung limas itu kerana adaptasi dengan iklim negara ini iaitu hujan sepanjang tahun dan juga panas. Amat fungsional. Dan itu belum lagi kusentuh tentang senibina campuran di Putrajaya.

– Kau tau tak Melayu dah banyak berpecah sekarang? Tak bersatu? Sementara bangsa lain semakin kuat? Sepatutnya, kita hendaklah beraja di Negara sendiri, kata Namron sambil hembus asap rokok.

Asapnya berkepul kepul ke udara. Mengapung. Aku terbatuk. Dan mengibas tangan. Seperti biasa sindiran halus ku tidak dibuat peduli oleh perokok tegar sepertinya. Bukan tidak mahu, cuma mungkin dia ingin menegakkan imej tegarnya. Mengikut statistik, perokok pasif lebih berisiko daripada perokok aktif. Itu fakta. Tetapi bentangkanlah statistik mana pun tentang keburukan merokok, namun tetap kalis kepada perokok yang setia merokok. Itu lah ketabahan seorang perokok. Tetap mereka harungi untuk terus menjadi perokok. Ya, dan mereka juga mempunyai secret pack. Persatuan perokok rahsia.

Dan ya. aku tahu rokok itu perlu bagi seorang yang artis kreatif sepertinya. Rokok itulah sumber idea dan inspirasi.

– kenapa sekarang mereka pertikai pasal benda ni. Dari dulu lagi quid pro quo. Kita ada sosial kontrak untuk elak 13 Mei berulang lagi, sambung Namron lagi.

– Aku rasa kalau kita lebih daulatkan ketuanan rakyat, ketuanan Islam, benda ni langsung tak akan dibangkitkan.

Dalam novel The Runaway Jury oleh Grisham, syarikat rokok disaman kerana menyebabkan kanser dan kematian (pada yang gemar akan filemnya, Runaway Jury lakonan John Cusack). Ok. Dan kes itu ditanggung oleh fund yang disalurkan oleh 4 gergasi syarikat tembakau. Dan juga menceritakan bagaimana juri boleh dimanipulasikan. Di Malaysia setakat ini belum ada lagi lagi yang menyaman syarikat tembakau. Cuma ada satu syarikat tembakau yang menyaman kastam kerana menahan barangan mereka di pelabuhan.

Mungkin kerana Malaysia tidak memakai sistem juri. Tetapi, tentang hakim yang dimanipulasikan? Tidak mahu aku ulas dengan lanjut.

.

.

(bersambung)

.

.

notakaki: gambar di atas ialah hasil kreatif ian ahmad. subjeknya sebuah kopitiam di kelang.

18 komentar

  1. Salam Alina,

    Muah! Sungguh cantik penulisan anda. Ketawa dan tersentak di masa yang sama dibuatnya. Dan tabik! Pembacaan Alina jauh mendalam, mungkin lebih mendalam dari jiwa seni dalam Alina. Saya akui, kagum. Dan terasa kecil pula diri ini menulis komen, mahupun menerima kunjungan dan komen Alina di blog saya. Apapun, syabas!
    🙂


  2. salam encek shah. eh, apa buat tak tido tido lagi nih?? tadarus ke?

    terima kasih. tapi jgn rasa rendah diri. encek shah yang lebih hebat dari saya. saya nih cuma picisan saja..🙂 yang biasa biasa saja. dan saya harap kalau encek shah perokok tegar, tak terasa dengan bebelan merepek saya ini..🙂


  3. Salam Alina, tersenyum saya membaca. Samada separa fiksi atau separa realiti ianya memang kejadian sehari2. Seperti marah seorang rakan baru2 ni,”Betulke kalau si dia menang dia akan lepaskan hak2 orang Melayu? Aku tak setuju!!!!”. Lalu dia terkesima bila saya menjawab. “Why not.”.


  4. ya intan. sebenarnya dengan si namron nih, saya sudah kehabisan hujah. dulu. tapi tibatiba balik daripada btn, dia seakan dapat enlightening. jadi tak payah nak bertekak lagi dengan dia pasal isu ini. fuh.


  5. 1.

    kata karma*

    if you’re scared, say so, but do not accuse (me) others.

    2. kata latiff**

    aku tahu sejauh mana kiasan yang telah kuberikan, – tetapi aku tidak tahu sejauh mana pula kesan yang telah diterima!…

    perlukah aku tahu?

    *(filem himalaya)
    **garis


  6. cat rumah? raya dh dekat kan? he he..


  7. echo. terima kasih atas quote. bagus untuk tengahari yang terik ni. nampaknya kamu memang pengikut latif ye? saya kenali dia dulu atas nama penyajak. kemudian baru karya seni visualnya. ya. beliau juga dalam top 5 senarai saya. hebatkan.

    tasik. haha. ye. kita kena buat persiapan untuk raya kan?


  8. Chantek gambar tu.! Hidup kita saling bersama. menghidu bau udara yang satu.


  9. Alina,

    Biasa bila Ramadhan berkunjung, memang susah nak tidur malam. Dan apapun kata Alina mengenai diri, saya tetap kagum. Telah cuba berkali menggambarkan fisik Alina tapi masih tidak dapat. Gambar di GSA tu, tak dapat dipastikan yang mana walaupun Alina telah nyatakan.


  10. kita saling memerlukan.
    tanpa perlu beza warna kulit.
    sesungguhnya org yang tinggi darjat
    pada tuhan adalah berdasarkan amal ibadatnya.


  11. danielle. teman saya si ian memang merupakan jurugambar yang handal. bak kata orang putih, bukan merakam foto, tapi merakam suasana atau masa.

    erm. itulah pasal. semuanya atas bumi ni kita kongsi. kan?


  12. encek shah.🙂 kalau cari betul-betul, dalam sini pun ada link untuk tengok gambar saya. carilah.🙂

    takpe. insyaAllah suatu hari kita ketemu juga. mungkin encek shah terlangar kereta saya ke?? haha. nauzubillah.


  13. juna. ye betul juna. kalau asas kuat, hal macam tu tak ada masalah.


  14. Hmm…rasanya dah jumpa. Yang duduk bertempuh menyanyi di antara maskara dan celak itu ke? Tapi, di GSA tak pakai tudung pula…keliru saya.


  15. Salam. awk mahu t-shirt pelangi chenta tu tak?🙂 kalau mau emelkan ke (giga_rorqual16@yahoo.com) saiz, kuantiti, warna dan alamat pos pada saya. Harga RM 25.00 (tak termasuk bayaran pos).


  16. haha encik shah. yang menyanyi itu ili. saya yang di sebelah ili pakai baju kurung.🙂

    danielle. nanti saya emelkan.


  17. Oooh! Sudahlah berseni dalam lukisan dan pandai menulis, berseni juga dengan gitar! Memang hebat anda!


  18. shah.🙂. biasa saja.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: