h1

Antara ikon. kikis dan gebar.

September 21, 2008

Pameran ICONS, artis: Zulkifli Yusuf.
Galeri Wei-Ling
September 8th -30th September 2008.

———————————

malam perasmian pameran: sedikit catatan pendek yang bukan previu.

.

Zulkifli Yusuf pensyarah di fakulti aku. Jadinya.

Kami bertolak dari tanjung malim dengan 4 buah kereta. Termasuk kereta Kau. Pada mulanya aku berat untuk pergi kerana Kau juga ada bersama-sama hadir. Dan aku berdoa sangat agar di sana nanti, aku tidak akan berkesempatan untuk bersemuka dengan Kau. Aku masih terkilan. Sedih sebenarnya.

Tiba di sana. Orang ramai. Tapi yang hairan, hampir tiap sudut aku berpaling, aku terlihat Kau. Ya Tuhan. Aku suram. Aku ternampak Farouk. Pakar. en juhari said. dr suhaimi. ise. Kemudian aku teks mesej nazri vovin: ise ada. Kenapa awk tak ada? Dia balas: buka puasa dengan ofismate.

Sesak nafas membuatkan aku solitari ke tingkat atas. Di atas hampir lengang. Sebenarnya aku kurang suka majlis sebegini. Rimas. Dan sesak nafas. Yang hadir pun hampir kesemuanya plastik. Plastik dan sintetik. Hampir.

Tiba-tiba Kau naik ke atas dan mula tegurku (ironi kurasa). Di tangan Kau aku rasa secangkir champagne (maaf kalau tersilap). Well. Pada aku adalah tidak cool bagi jejaka muslim untuk minum non-halal semata mata nak berpretensi bahawa dia sangat posmoden, urban dan liberal. Sangat tipikal Kau. Malas aku nak tegur tentang itu. Aku akan jadi sarkastik. Bila aku sarkastik, Kau akan mula tarik muka. Aku tahu itu. Biarpun banyak tentang perilaku dan sikap Kau yang aku detes. Tapi kenapa lah masih ada perasaan dalam diriku?

Ya. Mungkin kita berkawan lama. Kenangan yang kurang enak itu sukar nak padam sebab dah jadi memori jangka panjang dalam minda. Membentuk sinaps pada neutron neuron. Mungkin suatu hari aku terhantuk dan neutron memori antara amigdala itu akan putus atau terjerumus jauh ke dalam korteks yang sukar diretrif. Oh Tuhan. Ok. Melankoli ini dah crap!

Dalam kesamaran imej itu, tiba tiba Abang Azman menjelma. Dan tersenyum mesra. Nyaman. Lama benar kami tak berjumpa. Abang Azman masih seperti dulu, sederhana dan tampan. Aku senang dekat dengannya. Terasa sangat selesa. Mungkin sikapnya yang agak brotherly. Abang Azman kata, dia kini sibuk siapkan karya untuk pameran di Singapura. Di akhir, tiba-tiba dia menarik tanganku dan menciumnya. Aku terjentak. Dan seketika seperti kanak-kanak mendapat lolipop. Wah gitu!

Dan saat berbual bersama Abang Azman itu aku rasa neutron neuron memori yang tidak enak tadi terjerumus jauh ke dalam korteks yang sukar diretrif. Dan imej kau di sebelah menjadi semakin kabur. Malam tak lagi suram.

21 komentar

  1. Salam Alina,

    Memori. Dikau menggamit kepiluan pada sahabat ku. Sedih. Gembira. Dan perbagai lagi perasaan bercampur aduk. Fikiran menjadi kusut. Keliru. Dan air tetiba berlinang dari mata.

    Bersabar dan berdoalah pada Yang Maha Esa. Agar kenangan lama dapat dilupakan. Diganti baru dengan yang lebih baik peribadinya. Sama juga dengan paras rupa🙂


  2. salam shah. terima kasih. sebenarnya, saya tidak lah apa apa sangat. setiap hari dah prektis tabah. Tuhan ada dengar dan lihat. kan?


  3. “..semakin kabur. Malam tak lagi suram”
    huh,ending yang memikat. tahniah.


  4. zizie. kamu juga memikat. terima kasih.


  5. er..apa medium art yang kat atas tu?


  6. guna teknik silkscreen. medium cat dan kanvas + panel.


  7. terkelu seketika


  8. Alina .adakah kamu seorang artis?

    saya rasa teruja membaca tulisan ini.
    .
    .
    .
    juga terasa rendah diri untuk menggatal.
    (gurau je!)
    🙂


  9. Kat Wei-Ling memang selalu ada champagne.

    “Any drink for ya, Sir!”

    “Oren ada?”

    HA HA.

    Eh, lama tak pergi Wei-Ling, minah photographer yang bisu tu masih ada kat sana?


  10. >>>tiba-tiba dia menarik tanganku dan menciumnya

    Wo! Hamir? WO! Aku cemburu, siottttttt!


  11. tasik. ye. aku pun terkelu. wuhu.


  12. jorji. nak kata artis pun bukan. bukan artis pun bukan. kalau ye artis, yang jenis picisan saja.🙂

    aik. nak menggatal pun kena rendah diri ke?


  13. abg naga. haha. oren pun ada juga. tak dapat kenal pastilah mana photographer bisu sebab yang tak bercakap kat sana ramai jugak..😉

    abg ge. kena ingat. laman ni banyak cereka-esei, realiti-fiksi, dan fiksi realiti. tapi kalau benarpun realiti, dia tu dah macam abg sendiri. yang sangat penyayang. haha.


  14. sang penggembira yang datang dengan senyuman..😉
    dan pastinya bukan si pencari masaalah..

    ahh.. sangat sureal..


  15. abg hamir. errkk..🙂
    .
    .

    .
    ye. sangat sureal bagi seorang saviour.


  16. Hamir,
    Sanga sureal? HAHAHAHAHAHAHA!!!! Ade deh deh… Alamak, malam tadi ada makan-makan kat RA Gallery – *tap!* – lupa!

    Ise,
    Kau makankan untuk aku, ek!


  17. sangat (keyboard rosak)


  18. ehh ada yg berbunyi???
    dah terang lagi bersuluh hahaha


  19. Salam Alina,
    Tumpang lalu. Neutron… rasanya U maksudkan neuron.


  20. Wow,
    ghairah gua melihat blog ‘baru’ nihhh.
    Hijau yg memikat.
    Entri yg menambat.

    :]]


  21. abg nage. hehe. apsal bab makan serah kat ise?? huhu.

    abg hamir. thanx singgah sini. selamat hari raya ye. drive carefully.

    nizam. er. saja jek ralat tuh. nak tengok ada orang perasan tak. tahniah! anda memang membaca blog ini secara menyeluruh. haha.

    yana. thanx. markah praktikkum dah tau ke??



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: