h1

Entri ini sempena Hari Deepavalilah sayang.

Oktober 27, 2008

Teman aku pernah beritahu dulu, aku ni seperti Tuhan Hindu. Tuhan Hindu yang mana, aku tanya. Entah, yang tangan banyak tu, dia jawab. Dia mengsimilekan aku dengan Tuhan Hindu bukan secara literal. Aku dilihat agak sibuk padanya. Semuanya aku mahu buat. Semuanya mahu aku capai.

Aku rasa Tuhan@dewa Hindu yang dimaksudkan ialah Durga. Durga dalam bahasa sanskrit bermaksud invincible. Suku kata Du itu sinonim dengan 4 devil iaitu kemiskinan, penyiksaan, kebuluran dan habit jahat. ‘R’ itu pula merujuk kepada penyakit, dan ‘ga’ pula pemusnah dosa, ketidakadilan, tiada religi, kejahatan dan kemalasan. Durga penentang kepada simbol kejahatan.

Sambil memeriksa kukunya, dia menambah.

– Agama Hindu adalah antara agama yang tertua di dunia. Kau tahu tak agama Hindu berasal daripada agama nabi Ibrahim? Aku geleng kepala. Muka aku kerutkan untuk menunjukkan aku dalam keadaan yang keliru amat sangat. Tapi sebenarnya, aku tak ambil peduli pun.

– Apa tingkat tertinggi dalam status agama Hindu?

– Brahma, aku jawab. Ha. Yang ini aku tahu.

– Brahma asalnya daripada perkataan Ibrahim. Dan kau tahu apa simbol binatang bagi orang Hindu?

Simbol binatang suci bagi orang Hindu adalah lembu. Dan ada kisah tentang lembu bercakap dalam cerita Nabi Ibrahim. Asosiasinya? Brahma -> Lembu suci = Nabi Ibrahim -> kisah lembu. Dan juga bukti dalam senibina kuil Hindu zaman dahulu. Simbol tiang-tiang yang dibina di sekeliling serta pusat menara tertinggi di bahagian atas kuil. Ada perkaitannya.

Dan suami kepada Dewi Durga ialah Siva. Ada arca seni tentang Siva menari tarian menentang kejahatan. Arca ini menarik kerana pembuatnya depik tentang pergerakan cahaya api yang seolah-olah irama yang berulang-ulang. Ini salah satu unsur formalistik dalam seni.

Nota kaki Siva.
1. Entri ini sempena Sambutan Deepavali. Tidak lebih. Tidak Kurang.
2. Aku mahu update tapi aku malas. Rujuk di bawah.
3. Entri ini juga sepatutnya sarat dengan pautan. Tapi aku tak buat. Sila rujuk no. 2.
4. Entri ini ad-hoc. Hence, the number 2 di atas.
5. Teman di atas ialah cerita daripada dua orang. Tapi aku satukan. Rujuk nombor 2 di atas juga.
6. Aku dah/akan potong tangan-tangan aku yang lain. Jadi, aku dah meng’unsimile’kan pernyataan teman aku di atas.

17 komentar

  1. Deepavali meraikan kemenangan kuasa baik yang disimbolkan dengan cahaya.

    Pancaran cahaya yang berterusan boleh membuat seseorang itu hipnotik dan berhalusinasi.


  2. Aku pun pernah berpendapat camtu gak, dulu, masa heboh orang katakan Kong Fu Tze (konfucius) tu mungkin salah seorang nabi.

    Aku juga berpendapat yang sama tentang Sidharta Gautama Buddha. Buddha yang memencilkan diri (khalwat) memikir tentang diri dan alam, dan cuba mencari jawapan yang akhirnya dia diberikan petunjuk. Petunjuk yang baik tentu dari Tuhan (nota1: Tuhan akui semua adalah makhlukNya, tapi kebanyakkan makhluknya enggan akui Tuhan, kecuali sedikit).

    Hujah aku: Kofucius & Buddha memberi nasihat yang baik, tapi TIDAK pernah mengaku Tuhan & TAK minta disembah pun. Hanya para pengikutnya yg sembah dia orang. Kalaulah mereka hidup lagi, aku rasa mereka pasti menangis melihat penyimpangan ini.

    (nota2: komen ini sempena Hari Deepavali. Tidak lebih. Tidak kurang juga).

    .


  3. semalam saja baru aku tahu: deepavali tu benda lain, dan dewali tu benda lain. mr singh, thanks fer the capati.🙂


  4. apahal banyak sgt malas ni yang…

    he he.


  5. eskapis.
    wah. saya suka statement cahaya tu.

    nizam.
    ya. aku pun percaya itu. tapi sebenarnya bukan heboh orang perkatakan. kalau tak silap, ada buku dan juga forum tentang ini.


  6. abg naga.
    hah! saya pun baru tahu semalam. lepas baca paper.

    tasik.
    tak tahulah. mungkin sebab cuti lama sgt.


  7. Salam Alina,

    Wah! Kalau sudah kembali menjadi manusia, mudahlah sahabat mendampingi ye😉


  8. vanekem!


  9. salam shah. ya. pasti! ada sahabat yang mendampingi.

    ji.
    berbelit eh lidah u.


  10. dear alina,

    1. sedikit musykil: brahma berasal dari perkataan ibrahim(?)

    kata nama brahma asal dari bahasa sanskrit, manakala kata nama ibrahim berasal dari bahasa semitik.

    2. dewi durga adalah manifestasi dari beberapa (sifat2) dewi hindu yang lain. antaranya, durga adalah manifestasi dari kali, dewi pemusnah (yang suaminya juga shiva) dan parvathi, dewi penyelamat. kerana itulah shiva dibaca sebagai suami kepada durga (dalam masa yang sama, merupakan suami kepada kali dan parvathi juga). bukan poligami ya, tapi shiva menjadi suami merujuk kepada manifestasi dewi-dewi tersebut.

    tiga manifestasi dewi yang paling popular dalam agama hindu adalah laksmi, parvathi dan saraswati.

    kadang kala wujud kekeliruan tentang pesonaliti dewa dewi hindu kerana konsep manifestasi ini.

    3. konsep tangan yang banyak pada durga mewakili senjata2 yang diberikan oleh para dewa lain untuk memusnahkan segala unsur kejahatan. E.g: dewa indra menganugerahkan durga kilat/petir sebagai senjata. dari 10 tangan durga, salah satunya memegang bunga teratai (lotus).

    4. asosiasi hindu-lembu-lembu bersuara-nabi ibrahim: saya fikir logika sebegitu salah.

    lembu di dalam agama hindu dianggap sebagai ibu kerana menjadi sumber makanan (susu) dan bekerja untuk menghasilkan makanan (membantu dalam kerja-kerja pertanian). malah najis lembu juga dapat digunakan sebagai bahan bakar. oleh sebab itu lembu dianggap suci kerana memberi banyak kebaikan (berbuat kebajikan) kepada penganut hindu.

    lembu bersuara itu kalau tidak salah saya bukan dari sirah nabi ibrahim tetapi dari zaman nabi musa iaitu kisah samiri dan lembu emas yang bersuara (mengembuh) seperti lembu hidup. (lihat surah taha ayat 85-97).

    5. tentang konfucius yang dianggap nabi?

    beberapa penulisan lebih banyak menyebut tentang lao tse yang cenderung disamakan seperti nabi, berbanding kongfucius (kung fu tze/kong hu). ajaran lao tse (taoism) lebih abstrak sifatnya dan dikatakan juga cenderung kepada sufisme/tasawuf manakala ajaran konfucius lebih bersifat persoalan etika (persoalan moral) dan hubungan antara manusia.

    lao tze juga dianggap mitos kerana tidak begitu kukuh kedudukannya (riwayat hidup) secara nyata dalam sejarah berbanding konfucius (walaupun beberapa buah buku ada menyatakan bahawa konfucius pernah berguru dengan lao tze).

    semoga2 ada yang benar dalam catatan saya. jika wujud khilaf tafsir dan rujuk, saya mohon maaf (dan abaikan sahaja catatannya).


  11. tapi aku tetap tak paham diorang sembah2 patung2 ni.patung yang dibuat sendiri plak tu?eh, harap takde yang beragama hindu terbaca statement aku ni.hehe


  12. salam echo.
    pertama sekali, entri ini hanya sembang-sembang kosong antara rakan. boleh jadi benar. boleh jadi tidak. dan saya pun tidak ada masa nak merujuk di mana-mana.

    dan terima kasih kepada echo sebab membantu saya betulkan fakta.

    1. Ya. mungkin sangat benar. tapi bahasa kita juga mengalami proses evolusi. dan proses phonetik atau linguistik bangsa mungkin berkait mengikut teori budaya. saya rasa pendapat kawan sya itu lebih kepada logik daripada penyelidikan.

    2. Tentang dewa dewi. dewa dewi yang terkesan dihati saya cuma dewi yang diselamatkan dari naga kepala 7.🙂

    3. Sangat menarik. Saya kurang arif tentang agama Hindu ini. Cuma kalau tentang bab kesenian nya, atau arcanya, mungkin saya boleh huraikan.

    4. Sekali lagi, teori yang diberi rakan mungkin dari teori nya yang logik akal. Tapi mungkin juga dari sudut teologi (kerana dia mendalami bidang syariah).

    5. Hujah kawan saya tentang sufi dari benua atas sana ialah, nabi banyak di dunia ini waktu ketika dulu. Dan kemungkinan juga orang alim. Wallahualam. Dan saya rasa Hakim Pao adalah seorang muslim. Tapi pendapat saja.

    echo. terima kasih sebab menerangkan lebih lanjut. Entri ini dibuat tergesa-gesa tanpa rujukan mahupun suntingan. terima kasih atas penerangan lanjut.

    nota kaki. sila datang malam sabtu ini di maskara shorties ya.


  13. alina yang manis,

    tabiat buruk saya, menulis dengan rujukan. sudah banyak kali berlaku salah dalam hidup. justeru itu, lebih banyak (mahu aka belajar) merujuk. namun, sudah pasti ada perkara yang lepas bebas begitu sahaja. terutama soal hati. dan satu dua lagi. tiga sebenarnya. empat, barangkali.

    jika bercanggahan idea, abaikan sahaja. malah dalam hidup sendiri banyak sekali wujudnya kebarangkalian. pada lebih banyak orang. tetapi, harus ingat juga bahawa kebarangkalian dalam logika ternyata pada benar atau palsu sahaja, selain; DILEMA.*

    rujukan lagi! rujukan lagi!

    2. tentang maskara:

    terima kasih jemputannya. saya tidak biasa bermaskara. tidak pandai (bermaskara)
    sebenarnya! gincu bibir jenama ZA dibeli sepuluh tahun tidak haus-haus juga. dan mahu menambah (pakai) maskara? alahai! apalagi dikelilingi sindiket soljah? tidak beranilah saya. saya biasa duduk di dapur sahaja. ha.ha.ha.

    nb:
    *ada bidang fuzzy logic juga. ah! yang formal logic pun kadang kala tak tercapai akalnya. eh! itu kata elyanna.

    untuk sukabebel: kenapa tidak bertanya jika tidak faham? mungkin kita akan lebih menghargai jika kita mengetahui lebih banyak (tentang apa pun). tapi, menjadi faham tidak bermaksud kita perlu bersetuju dengan idea apapun, bukan?

    cubalah bertanya. cubalah.


  14. echo burung sparrow.
    🙂. eh. itu bukan tabiat buruk. itu sesuatu yang amat baik. lain kali boleh lah saya jadikan acho pakar rujuk saya ye. terkadang rasa malas mahu ke pustaka di sini kerana penuh dengan protokol. mahu kasut bertutup lah. baju yang labuh lah. bersama tag nama lah bagai. kurang 3 poin di situ.

    tentang maskara. (kenapa jawapan kamu sudah dapat saya teka?).🙂 kalau tidak biasa, marilah biasakan. sindiket soljah orang orang nya baik baik belaka. tidak perlu khuatir. hehe.

    ya. kadangkadang saya semakkan kepala membaca tentang perkara logik dan falasi ini. hep. sebut tentang elyana.🙂

    ya. mari kita tanya sukabebel pula. kenapa begitu.


  15. Entri yang menarik walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya.

    – Brahma dalam bahasa Sanskrit bermaksud – Sang Pencipta. Salah seorang dewa dari Trimutri (atau Triniti).

    – Status tertinggi dalam agama Hindu bukanlah Brahma, tetapi Brahmana – golongan para pendeta, orang suci, pemuka agama dan rohaniawan

    – Kisah lembu tidak pernah disebut dalam sirah Nabi Ibrahim a.s. Kaum-kaum Nabi Ibrahim pada ketika itu menyembah matahari dan bulan sebagai tuhan mereka.

    – Melalui sumber-sumber yang saya baca, agama Hindu hampir ada persamaan dengan agama Majusi/Zoroaster. Malah bahasa Sanskrit yang digunakan ketika itu dikatakan mirip dengan bahasa Avesta yang digunakan di Parsi (Iran)

    – Saya pernah membaca buku ‘Kit Kombat Islam untuk Remaja’ tulisan Dr. Danial Zainal Abidin. Dalam tulisannya itu, beliau mengatakan bahawa kisah Rasulullah s.a.w ada terdapat dalam kitab Hindu.

    Antara petikan dari tulisannya;

    “..Seorang pakar bahasa Sanskrit, Dr. Ved Prakash Upaddhayaya dari Universiti Prayag merumuskan, Muhammad s.a.w disebut di dalam Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran.

    Narashangsa – Yang Terpuji
    Antim Rishi – Utusan Terakhir
    Kalki Avatar – Utusan Akhir Zaman
    Mamaha dan Ahamiddhi – Muhammad dan Ahmad

    Narashangsa di dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘Yang Terpuji” dan maksud ini selari dengan maksud ‘Muhammad’. Di dalam Atharvaveda 20:127:2 dijelaskan, Narashangsa akan mengenderai unta dan beliau mempunyai 12 orans isteri. Sifat-sifat ini selari dengan sifat Rasulullah s.a.w yang memang mengenderai unta dan memiliki 12 orang ister termasuk seorang hamba perempuan yang bernama Mariah al-Quptiah yang dihadiahkan oleh Raja Mesir kepada baginda…”

    Jika fakta ini diambil kira dan terbukti benar, tidak mustahil jika agama ini pada mulanya adalah serumpun dengan agama langit yang lain, Yahudi, Nasrani dan Islam.

    http://rkhblog.wordpress.com/2007/09/10/hindu-dan-islam-ternyata-sama/

    p/s: lebih baik membebel dengan benda-benda berilmiah seperti ini. daripada membebel, mencaci dan menghina bangsa dan agama lain (seperti apa yang saya lihat di komentar youtube sekarang, jengkel). bukankah tuhan menjadikan setiap umat manusia itu berlainan dari yang lain, baik dari segi rupa, bahasa dan kepercayaan?
    🙂


  16. salam shahril.

    terima kasih atas penjelasan. menjernihkan lagi entri ini. wah. sungguh arif kamu.
    ya. tentang Rasul yang disebut dalam kitab Hindu itu, saya juga ada terdengar. dan memang tidak mustahil. tapi kenapa ada yang menyembunyi atau tidak dapat menerima? Kita semua asal satu. Itu logik dan terbukti. Mungkin tidak bagi golongan penganut Darwinisme atau penganut NeoSains.

    saya amat setuju dengan ps kamu.🙂


  17. wah kalau banyak lagi kaum tentu banyak agamanya ya..hindu tuk kaum india, islam tuk kaum arab..semua kaum dengan kepercayaan masing masing..bermacam ajaran ya…aku percaya pada sains sahaja…sains yang paling baik..misalnya babi tidak di makan oleh orang islam kononya dagingnya tidak bagus walhal babi itu sumber protin yang paling baik dan babi juga sumber kulit dan bermacam macam lagi kegunaanya..lembu tidak di makan oleh orang hindu dengan alasan yang amat remeh temeh..semua kaum ada kebodohan masing masing..



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: