h1

Sweeties di shorties.

Oktober 30, 2008

Oh ya. Sudahkah aku beritahu tentang filem pendek kami akan ditayangkan di Maskara shorties?

Filem pendek (fipen) ini dihasilkan beberapa tahun lepas. Aku hasilkan skrip dan lakon layar untuk jalan cerita dan papan cerita fipen ini. Fipen ini belum lagi ditayangkan kepada umum. Eksklusif lah kiranya. Teaser untuk fipen ini ada di blog maskara shorties.

Aku tidak bertanggungjawab untuk sebarang komen selepas selesai menonton fipen ini. haha. Sama ada mahu keliru, mahu hambar, mahu bungkam, mahu ketawa, mahu jadi bodoh, itu terpulang.

Aku mahu cerita tentang serba sedikit tentang jalan cerita fipen ini. Tapi akan jadi spoiler. Kerana filem ini sangat pendek. Mahu jelaskan umpama bercerita tentang keseluruhan jalan cerita.

Aku mahu cerita serba sedikit tentang perkara yang ada dan tidak sepatutnya ada dalam fipen ini. Tapi nanti tak ada unsur saspen itu. Cari sendiri dalam ‘Sebuah Karangan Bertajuk Kuala Lumpur ini’. Ya.

Oh ya. Bekerja bersama mereka ini sangat best! Mereka sangat bijak! Aku bagi lima bintang!

Jom tonton.

8 komentar

  1. mari ‘selidik’ sabtu ini.


  2. aku tak dapat pergi la……… bengang betul~


  3. Aku tak dapat tonton pasal doktor suroh rehat kat rumah. Ironman kan…malam-malam sejuk wo!


  4. Aaaaaa…..korang semua mmg la…

    Kasi burn kat CD, aku sanggup beli CD + datanya sekali, tapi jangan lambakkan kos produksi kat dalam satu CD tu…tak mampu lak nak bayar…amacam? Anggaran tak lebih harganya daripada DVD cetak rompak ‘ironman’ hahahaa…

    Azzam, aku juga ikuti kesah anda yang terbabas hari tu. Tapi skrg dah ok kut..

    .


  5. wan.
    ai. macam nak buat rancangan 999 ajek. bahaya tu.

    tasik.
    ala. ala. ala. aku pun bengang betul.

    abg azzam.
    tak apa. suh derang buat video streaming live khas untuk abang. ps. get well soon. nnti akan kuar superhero hero baru ganti cicakman.

    nizam.
    ai. tak dpat dtg jugak ke?
    nak beli??? huhu. mintak aje sama produser produser tu. bagi cd kosong.:)


  6. MESTI TONTON!

    *takda sapa ajak berlakon..:(


  7. ji.
    datang eh. nak berlakon kat sana pon buleh.🙂


  8. senang berkerja dgn anda… walaupun tak dpt nak turun padang… namun saya turut berbangga dgn hasilnya.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: