h1

3 buku. 3 baju-T. 6 koleksi memori. 9 botol 100 plus. (Kemaskini)

November 3, 2008

Tajuk di atas bukan sekuens fibonacci. Jadi, jangan cari makna.๐Ÿ™‚

.

Sedikit catatan pendek yang bukan previu 2: Yang penuh dengan promosi kawan kawan yang kita suka.

Nazri cakap. Dia sibuk malam kejadian ini. Dia rasa aku akan kecil hati. Jadi aku teks mesej Jesse, Imran, Exike, Rudinaz, Petrakhus, Syacz, Ili. Dalam senarai itu, hanya Petrakhus yang sukses hadir. Yang lainnya tenggelam dalam kembara masing-masing. Literali, kembara. Di laut dan di hutan. Ya. Itu si Exike dan Jesse.

Bila tiba di Rumah Pena, Yuha Thebrains dah lama menunggu. Dengan beg besarnya. Dan beg itu memang besar. Jerih perih sang saudagar tanpa hirau hukum hakam kapitalis. Promo: dapatkan tshirt TheBrains dengan rekabentuk yang terbaru. Juga menyediakan perkhidmatan lain seperti tempahan cetakan tshirt, baju F1 dan lain lain. 0193862186.

Zulhabri tegur. Rupanya ada dia di sini. Katanya tukar plan. Malam nanti baru ke Singapura. Dikenalkan Ngurah, dari Bali yang membuat internship di Gerakbudaya. Promo: sila dapatkan buku-buku yang jarang terdapat di pasaran terbuka, di Gerakbudaya.com. Wah, Maskara juga dihadiri orang dari luar negera! Dia kata ada banyak nyamuk duduk di belakang semak sana. Tapi dia sangat tinggi. Tak releven.

Saharil tegur. Mahu diberinya baju yang aku tempah. Ok. Sudah lama. Baru dapat?? Tapi puas hati. Sangat autentik. Promo: sila dapatkan karya ilustrasi Saharil dalam bentuk yang boleh dipakai (baju-t). Boleh tempah di blog beliau, Saharil.com.

Taf Teh juga tegur. (Ya, aku kurang menegur orang kerana agak rabun. Pada malam hari.) Tapi agak terkilan kerana petemuan kami diselang seli dengan orang lain dan akhirnya bayang Taf Teh tak kulihat sehingga pulang. Tapi masih sempat minta autografnya untuk buku Aweks KL. Promo: Sila dapatkan Aweks KL di kedai-kedai buku terpilih. Atau di Gerakbudaya. Tak baca, tak true, kata Pipi. Oh ya, Pipi (si hero My Alien girlfriend) juga promosikan cd muzik kumpulannya. Tak dengar, tak true!

Tegur Faisal Mustafa. Yang berbaju Kemeja serba lengkap. Dia tanya, perhimpunan Maskara ini ada permitkah? Haha. Sinikal. Abang Naga juga sinis. Dengan lampu penunjuknya. Buat aksi seram. Ya. Sangat takut. Promo: Sila dapatkan buku terbaru Sindiket Soljah, Romlah the untold stories.

Bertemu Anajin yang bercerita tentang filem gangsternya. Tentang Los Angeles. Tentang seni di Los Angeles. Tentang impiannya. Ditokok tambah dengan Petrakhus. Dengan Antoofighternya. Promo: sila saksikan Antoofighter di pawagam berdekatan atau berjauhan dengan anda. 10 peratus CGI penuh! Hingga Petrakhus botak kepala! Ok. Tipu aje. Dia masih punya rambut. Cerita dan cerita lagi. Aku tenggelam.

Ternampak Jorji. Yang datang tanpa LK. Tapi sudah mahu pulang katanya. Sempat aku promosikan buku Sufian Abas yang terbaru. Dan dia pulang dengan buku Sufian Abas yang terbaru. Promo: Sila baca reviu Jorji LKNY tentang Maskara shorties. Dan tentang My Alien Girlfriend. Bagus dan menarek.

Ok. Entri ini dah promo overrated.

Ngantuk dan lapar. Jam sudah 1245 tengah malam. Yuha ajak makan.

Dan saat ini paling best. Saat mahu pulang. Ketika berjalan ke kereta. Ada ranting-ranting di kiri kanan. Berbisik-bisik. Dan kamu di sisi. Menemani. Priceless. Dan tidak kecil hati.

Oh. tentang filem yang ditayangkan? Rabun + Malam + Sesak + Lapar = kombinasi yang sangat tidak sesuai untuk aku. Ya Ampun. Jadi kepada para pria Soljahs (ya, awak juga termasuk) yang ada lalu lalang di sini, sudilah kiranya mengkompilasikan filem-filem pendek ini. Bukan untuk aku saja, malah untuk khalayak dan peminat lain yang tidak dpat turut serta atas sebab bukan tidak mahu pergi. Bukan sebab bukan kawan kawan yang kamu suka. Tapi atas sebab yang lain mungkin. Yang lebih manis. Dan Humchaa.

Oh ya. Ini tentang acara Maskara Shorties.

Kemaskini.

Terlupa pula teman yang seorang ini. Akim daripada Rantai. Tak disangka dia ke acara ini. Katanya dari acara Eco Film di Aswara. Ada Bijou Bazaar dan gig. Usai di sana (ada promosi rupanya Maskara shorties ini di Aswara sana), dia gegas ke sini. TheBrains juga dari sana sebenarnya. Promo: Nantikan Rantai Disember ini. Ada juga kalau mahu tempahan gerai atau berpameran. Buk mak dalam diari, jurnal dan kalendar.

25 komentar

  1. Een! Sian Een lupa nak bagitau dah tuka nombor. Dah bagitau dah kat YM. Sorry tak dpt dtg.. Hari ni final exam lah..


  2. alina, selesa kalau didoakan dengan nama yang diberi…
    apa apa pun, syukur pada ilham dan peringatan yang disusuri…
    jgn luper singgah art district di NOHO aka north hollywood kalau sampai sini…


  3. ya, aku tenggelam. tewas dengan citra dunia.

    rugi aa tak pergi. potong betul


  4. Salam Alina,

    Alahai, minta maaf bebanyak kerana tak dapat pergi…ada urusan keluarga mengejut.


  5. erk..
    aku rasa mcm lalu lalang depan sufian abas, sambil tgk dia nyumbat jagung manis penuh asyik ke hidungnya..eh, mulutnya.
    jual t-shirt? ermm..aku tak membelek!
    Awek baju pink? huahuahua!


  6. ” Saat mahu pulang. Ketika berjalan ke kereta. Ada ranting-ranting di kiri kanan. Berbisik-bisik. Dan kamu di sisi. Menemani. ” coretan mu.

    Wooo… itu, bunyinye macam ada antoo…. nak cuit-cuit saudari….

    “… dan malam kembali pekat, rimba tak berbayang, bulan pun hilang. Sahutan demi sahutan, demi sahutan… berbalas roma yang menegak….”
    hahahahaaaaaaaa….

    .


  7. Soo sad tak dapt jumpe Alina & Yuna. May be nxt time…next Maskara.


  8. aku pernah ke situ.
    Tapi aku malu.
    Aku menyorok kat belakang tingkap.


  9. Ianya satu aktiviti yang santai dan tidak berpura-pura.
    Semua datang dengan tujuan yang sama iaitu untuk menonton filem.
    Menyambil-nyambil,berbual dan berkenalan dengan manusia-manusia kreatif.
    Saya sangat suka!๐Ÿ˜›

    Rasanya alina pada malam tu memang tak boleh bagi tumpuan pada seorang pun secara khusus..dari kiri kanan orang berbual dengan dia. hahaha.


  10. salam,
    saya kalau masuk blog anda, tak reti nak komen. saya baca je.

    tapi ni kira komen juga la kan?


  11. ili.
    ok. noted. gud luck exam ye.

    rozinorazali.
    ok. ajin. saya akan panggil rozinorazali ye. wah. itu sudah pasti. dalam senarai.

    imran.
    takpe. lain kali kalau ada lagi boleh pegi. tapi yang ini, memang rugi tak pergi. haha.


  12. salam shah.
    tak apa. jalan kita belum bertemu. masih paralel.

    attokz.
    aha. saya pun tengok dia sumbat jagung manis dalam hidung.. erk.. mulut dia. ya. awek baju pink. tapi orang ramai sangat. (bagus lah tu, kan?)

    nizam arif.
    wah. kamu buat entri saya yang dark romantis ini jadi horror la pulak. haha. tapi memang banyak pun hantu hantu di sana. semua ada yang atas pokok, tepi pokok. esp belakang rumah pena. memang ramai.


  13. kak lily.
    me so sad oso. tak dapat jumpa si waterlily.

    juna.
    wah. malu kalu kena nyorok belakang tingkap eh? kalau tak nak malu, bawak gengsi.

    ji.
    ya. saya pun suka!. hehe. oh ok. ataupun orang yang tak boleh beri tumpuan khusus pada saya kot.๐Ÿ˜‰

    rahimin.
    terima kasih kerana berikomen. dah lama saya nampak kamu.


  14. Nanti bila ada MASKARA lagi harap dapat berjumpa kamu.๐Ÿ™‚


  15. Gua tak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada maskara. Kaki gua lenguh berdiri..


  16. erk..nnt titip salam pada Ili..
    ckp bila mau nyanyi secara bersimpuh ayu lagi?
    Heh!


  17. dan,
    Ya. Pasti. Nak mintak autograf.

    pp.
    Lupa lah nak mintak autograf lu. hhaha.

    attokz.
    worait. nanti dia akan nyanyi bersimpuh ayu lagi kalau dijemput.๐Ÿ™‚


  18. Err…waalikumsalam Attokz. Kalau Alina ada main gitar, saya boleh nyanyi๐Ÿ˜€


  19. huhu terlalu seni terlalu puitis. tak terungkap sedemikian hasilnya. kalo taram pon tak kena kot..
    hanya ungkapan ini yg ingin diluah 9 1/2 bintang bergelmerlapan utk SKBKL..
    huhuhu!!!!


  20. mengkompilasikan? ya ampunnnnnnnnnnn! kami tak buat kerja ni, kami janji ‘nak tayangkan’ sahaja.๐Ÿ™‚


  21. alina,
    maskara shorties next year – jeng jeng jeng – aku cuba pengaruh hamir & fuad untuk bikin satu – hok picah kapla punya or penuh warna warni pelangi hadhari punya – kita tengok mamat2 fineart bikin felem lak weh…


  22. ili.
    kalau ili ada nyanyi bersimpuh, aku pasti main gitar. haha.

    tijah.
    9.5 bintang juga mahu kongsi sama kamu yang menyumbangkan juga.


  23. abang naga.
    ala. pasca tayangan kena kuarkan dvd kompilasi. dengar cerita, ramai yang nangis nangis mahu tengok filem filem ini dalam bentuk dvd kompak mudahalih.

    erk. nak mintak abg hamir dan abg ad buat filim???? huhu. best! nanti terlalu berseni. tapi, ish. bayaran mereka terlalu mahal kot. nanti nak tengok maskara shorties kena bayar tiket pulak. hehe.


  24. yeah.. dalam keadaan malam yang serba rabun silau.. aku jalan menenong.. tak boleh autofokus mana mana objek. berjalan dalam keadaan berhati hati takut tepijak siput babi.. tiba tiba hegira memanggil disebelah sudut kiri berhampiran pepohon yang berduri..

    ahhh.. panjang pula berbual kisah kisah muda.. sadin betul.

    anyway aku ke sana malam tu sebab nak tengok alifstyle; memang aku suka presentation dia yang selamba.

    cheers.


  25. pet.
    haha. kau melilau ke malam tu? dan tak perasan la pulak pokok belakang aku tu berduri. huhu.

    btw. next maskara turun eh. kau meriahkan majlis.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: