h1

Change has come to America.

November 5, 2008

Orang Amerika sudah cipta sejarah. Orang Amerika sana sudah berani buat perubahan. Malaysia kita, bila lagi? Kalau setakat orang yang berkorupsi dan berkonspirasi dgn pelbagai jenayah boleh dilantik sebagai Ketua Pemimpin negara kita ini, jadi aku dan kamu pun ada harapan lah ya? Ha, apalagi Shah cakapaje. Pergilah jadi calon. Tapi aku masih lagi optimistik. Mungkin suatu hari nanti Ketua Pemimpin kita bukan lagi daripada parti yang ideologinya sudah semakin kabur. Yang berautokrasi total. Mungkin dari kalangan populis? Wag the dog people!

Notakaki.

  1. Aku rasa nak jadi warganegara USA.
  2. Aku cuti tanpa diketahui bos (baca: ponteng) 2 hari. Untuk ulang alik jadi nanni dan ambil syif di hospital. Hospital dekat aja. Depan rumah. 5 minit jalan kaki.
  3. Aku boleh suka suka hati cuti (baca: ponteng) sebab sekarang ini minggu exam. (Oh ya. Semoga berjaya untuk pelajar-pelajar yang tengah ambil exam. Jangan gelabah. Jangan panik. Kalau nak meniru pun, pastikan tak kena tangkap. Ok. Meniru itu suatu kecurangan akademik ya.)
  4. Aku sebenarnya dikehendaki hadir sama dalam sesi krit dan presentasi final pelajar Studio Grafik Berkomputer. Tapi aku tak mahu pergi. Kasihan aku tengok pelajar-pelajar ini dikritik dengan teruk oleh pensyarah.
  5. Di hospital ini kaveraj wifi sangat tinggi (@kuat??). haha.
  6. Aku ingat mahu fitur tentang artis. Pada setiap bulan. Artis seni visual. Bukan Artis pelakon/penyanyi. Siapa ya yang kamu mahu? Jangan cakap Pipiyapong. Dia masih lagi dalam kategori artis pelakon/penyanyi.
  7. Aku rasa notakaki ini lebih panjang daripada teks isi.
  8. Nazri bukanlah seorang GPS atau Google Map yang baik.😉

13 komentar

  1. Dengan perubahan ini, diharap engkau tidak lagi menjadi polis dunia wahai Uncle Sam.


  2. Salam Alina,

    Shah cakapaje tu nak jadi pemimpin? Kirim salam le…nak jadi pemimpin negara, kena pimpin rumahtangga dulu. Ni, kahwin pun lum lagi. Sian dia ek?😉

    Er…kenapa ulangalik ke hospital? Siapa tak sihat?

    ps. Nota kaki panjang takpe, asalkan jangan panjang kaki🙂


  3. kak lily.
    entah lah. harap nya kali ini tidak. memang akan ada perubahan. tapi.

    shah.
    kalau gitu, mengapa tidak dicari first lady nya.. hehe. mungkin pemilih agaknya.

    anak saudara demam. baby lagi. kesian sgt.


  4. Alina,
    Kesian budak tu. Tak dapat nak bayangkan apa yang doktor buat kat dia.

    Aku musykil la. Aku syak sape-sape pun jadi Presiden AS dasar luarnya sama je. (Google: The Learnt Elders of Zion, kalau tak disekat lagi la). Aku cuba translate ke BM hikayat tu sejak 2002, tak siap-siap….ayat tinggi. Aku gayat. hahaha..

    .


  5. jangan menaruh harapan terlalu tinggi. sapa pun yg pegang amerika tu sama je perangai macam bush


  6. amerika berubah? mana ada? sama je kak long…kalau berubah ‘tak amerika la’!!! haha


  7. Yang berubah adalah ‘first man’. Polisi yang dah terpacang teguh tu tak kan mudah2 je dicabut. ‘First man’ = bukan ‘undang-undang’.

    Lihat sajalah nanti.


  8. ni notakaki ke notarambut ni panjang sgt.

    ha ha.


  9. nizam.
    biasa lah demam baby. erm. konspirasi tu sebenarnya dah terdengar lama. cuma tak pernah baca dokumen itu. dengar nya juga, setiap elected president of america akan dinaungi mereka mereka ini. wallahualam.

    bebel.
    huhu. betul. tapi harapnya kali ini tidak.

    rahimin.
    harapnya kali ini tidak. haha.


  10. imran.
    ala. baru aja nak berangan amerika sekaligus dunia berubah. macam domino. dengan berubahnya amerika, automatik malaysia pun akan ada angin itu. tapi angan angan je lah ye.😦

    tasik.
    haha. sepatutnya tak ada subtajuk ‘notakaki’ tu eh?


  11. pada saya siapa yang pegang amerika itu sama saja. di negara kita, kita tunggu dan lihat sebab politik, segalanya mungkin.


  12. Alina,

    Dah cari pun, tapi dah bukan jodoh nak buat camna kan? Adalah tu…


  13. shah.
    ya betul. ada.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: