h1

All the leaves are brown.

November 6, 2008

Kelmarin. Aku bangun saja daripada tidur. Terusan terngiang-ngiang lagu California Dreamin. Seharian. Terngiang-ngiang. Seperti itunes yang dibiarkan kontrol repeat.

Semalam. Aku bangun tidur. Terngiang-ngiang lagi lagu California Dreamin. Seharian. Terngiang-ngiang. Seperti itunes yang dbiarkan kontrol repeat.

Hari ini. Aku tonton My Alien Girlfriend.

Tapi kenapa masih terngiang-ngiang lagu California Dreamin ini? Tak humchaa.

Perkara yang paling mencabar bagi aku. Memaksa anak-anak saudara ku untuk tidur awal. Dan kejutkan mereka bangun pagi keesokan harinya. Dan suruh mereka mandi. Pergh. Jadi aku salut ibu-ibu di luar sana. Jadi ibu sangat susah. Dan penat. Dan mencabar sabar.

Dan juga rasa makanan di hospital SJ ini agak sedap. Aku rasa tidak jadi masalah kalau tender catering ini memasak makanan yang beracun kerana yang memakannya emangnya telah pun berada di hospital.

18 komentar

  1. Salam Alina,

    Hmm…dah lama tak dengar lagu ni. Biasanya bila orang terngiang-ngiang tu, mereka rindu dan berhajat besar untuk bersua ngan perkara itu, macam orang tengah keruk asmara. Mungkinkah perkara yang sama ngan Alina? Kalau dah sampai sana, mesti drive melalui Santa Barbara HIghway dari SF ke LA ye.


  2. ya. bab nak suruh mandi pagi tu yang paling mencabar. tambah2 time nk pergi sekolah. mau nak bersilat tetip pagi haih~

    ha ha.


  3. hummmchaaa!


  4. sedap ke nasik sepital?hehe


  5. eh, memang la susah nak mandi pagi. kampung aku dulu suhu pagi dingin sekali. menggigit ke tulang hitam. arwah ayah aku dulu kena sediakan satu tong drum dan kayu api selalu. lepas tu jerang air subuh2. campur dengan air dingin. baru kami boleh mandi dah pergi sekolah masa kanak-kanak dulu!

    mujur arwah ayah aku penyayang. kalau tak mau kami kena campak dalam air menggelegak tu! hahaha


  6. California dreamin-the mamas and the papas paling mengujakan dalam muvi Chungking Expres (Wong Kar Wai). Kalau belum tengok,sila cari dvd. Faye Wong dan Tony Leung..juga pelakon jepun yg hensem tapi tak ingat nama.

    dan lagu ini memang boleh bersarang dalam kepala bila memula dengar!

    …bayangkan ibu2 yg setiap pagi dan masa berhadapan dengan kerenah anak2? ..bayangkan bersama lagu california dreamin sebagai muzik latar.😛


  7. Entah kenapa ‘November Rain’ juga yang terniang-ngiang di telinga. Mungkin krana sedih + marah + kecewa. haih!


  8. Kira ok la tu….
    Kalau leteran bos yang masih terngiang-ngiang, amacam?

    November Rain… title dia je dah buat fikiran aku terlontar jauh. Sedih dalam rock… isk isk isk…

    .


  9. Een, tgk My Alien Girlfriend kat mana?


  10. Terngiang-ngiang = tgh khayal
    Orang kata berangan, tak pun angau
    Mana satu, ku tak tau

    Tapi, kalau senyum sensorang, sah angau!


  11. shah.
    ai shah. kalau lalu hiway kat sana trus terbayang urban legend. ataupun terserempak dnegan driver trak yang psiko. hehe. pengaruh cerita hollywood.

    tasik.
    ish. memang kena ada kemahiran bersilat dan taekwondo. kalau tidak, mahunya putus asa. haha.

    bro denanz.
    er. humcha?? jugak.


  12. bebel.
    bukan takat nasik aje menunya. fillet pun ada. hehe.

    rahimin.
    wah. klasiknya cerita bangun pagi ini. saya tak berapa ingat lah kisah bangun pagi saya. mungkin tak ada feel sejuk, dingin atau susah bangun.

    ji.
    bukan takat chungking. tapi mungkin lebih pada forest gump atau virgin suicide. feel cerita cerita ini sesuai dengan muzik latar.

    memang california dreamin ini akan jadi terngiang ngiang. walau tak tengok cerita-cerita ini. mungkin aku kepingin mahu hidup di zaman mamas and papas ini. atau mungkin sebab si dia kot.


  13. kak lily.
    kenapa sad? kenapa marah ni? kenapa kecewa ni? mahu saya hiburkan? petikan gitar barangkali?

    nizam.
    er. harap harapnya bos tidak perasan ketidak hadiran stafnya ini. haha.
    kenapa ya november rain bisa buat melankoli? oh ya. sekarang ini bulan november.

    bulan depan kita melankoli dengan lagu december-linkin park.


  14. ili.
    tengok di dvd player.

    imran.
    terngiang ngiang boleh juga jadi berhantu.
    menghantui.
    macam lagu dewa tu.


  15. Alina,

    Hehe, urban legend tu wujud secara exaggeration saja.

    29Nov ni, bloggers akan bertemu di The Curve, Damansara. Harap Alina dapat datang nanti ye. Ceritanya ada kat blog saya dan DocTA.


  16. gimana..kaya’ gitu kok susah
    ntar, kalau jadi istri gimana?
    wahhh bisa jadi gawat nich….

    haha


  17. Shah.
    alamak. malu lah nak pegi. semuanya otai otai gitu. terasa kecil.

    Juna.
    haha. gampang aja sebabnya sudah ada latihan gitu. ngak ruwet lah.


  18. Alina,

    Lor…awat nak malu lak? Semuanya berbaju kulit manusia yang mengalir darah merah seperti Alina gak. Jom le memeriahkan lagi ye🙂



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: