h1

Amy Winehouse pun enggan ke rehab.

November 10, 2008

Mencari tonik hati. Yang murah-murah sudah.

Hari ini dia terpijak duri. Duri atau selumbar tak pastilah. Tapi yang pasti sakit. Dan rupanya duri atau selumbar ini masuk ke salur darah dan menyucuk di hati. Hatinya bernanah. Kuning. Seperti baju-T Bersih. Rupanya, lebih sakit menyucuk di hati. Amat. Bila tarik nafas, sakit. Bila hembus nafas, pedih. Bila tahan nafas, muka sudah biru.

Dia perlu cari tonik ubat hati. Segera.

(nota ranting: blog ini akan berkabung 2 hari. Mungkin 3 hari. Atau mungkin juga 4 hari. Sibuk kerja. Atau kena sibuk kerja. Atau terpaksa sibuk kerja. Atau mungkin juga dalam proses rehabilitasi diri. Ke Selatan. Terima kasih atas kerjasama. Sila kembali lagi. 2 hari selepas ini. Atau 3. Atau 4. Selepas itu, pasti refresh. Pasti imun. Pasti reniu.)

.

Terima kasih sayang. Untuk Ahad yang paling best. Walaupun MU kalah. ha. ha. ha.

13 komentar

  1. setiap sakit ada penawar…
    madu itu penawar…
    tapi bukan “madu” yang satu lagi tu…
    yang satu lagi tu banyak nye harubiru…


  2. Salam Alina,

    Lol! Terketawa membaca komen imran😉

    Apapun, tiada tempat lain yang lebih baik melainkan mengadu pada Dia Yang Maha Esa🙂


  3. ok.ok bola sepak. sesuatu yang boleh membuatkan aku terus tidur tiap kali melihat orang-orang berlari di tengah padang.

    er selatan di celah mana?


  4. bukankah sudah cakap pasal tonik. maka tak payah ke selatan untuk rehabilitasi. guna jalan kimiawi saja.😛


  5. setiap penyakit ada penawarnya.
    setiap pertandingan ada kalah menangnya
    setiap tahun Man Utd jadi juaranya.


  6. Semoga dapat apa yang dicari…

    .


  7. Will miss u babeh! ahaks!


  8. Ohh Alina yang puitis….

    Hahahhaha, pastikan bagasi patah hati anda ringan…


  9. Gua pun sibuk dan gua MU kalah! ahahaha!


  10. imran.
    huhu. madu u tak bahaya kalau cara betul. haha.

    shah.
    sentiasa mengadu. tapi takut Dia paling muka.

    juna.
    haha. boleh tidur eh? a ah lah. kamu di selatan kan?

    saharil.
    tonik itu dijual di selatan dong.


  11. ji.
    ye lah. betul lah tu. (haha).

    nizam.
    lebih dari cari yang dapat.

    kak lily.
    mis u too.

    teh.
    haha. bagasi itu sentiasa ringan babe.

    dan.
    jgn sibuk lama2 sgt. blog lama tak update.


  12. tonik hati???


  13. Alina,

    Allah s.w.t. sentiasa mendengar dan tidak pernah memaling mukaNya, melainkan kepada yang dimurkai🙂



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: