h1

Di sini pun suatu rehab.

November 12, 2008

Rupanya.

.

Mencari tonik hati. Yang murah-murah sudah. (ii)

Dia pergi ke kedai Ahseng dan membeli tonik hati. Kedai Ahseng ada jual tonik hati yang paling murah. Hatinya sakit sejak dicucuk duri. Bila hatinya sakit, dia akan sesak nafas. Bila tarik nafas, sakit. Bila hembus nafas, pedih. Bila tahan nafas, muka sudah biru.

Tapi selepas dia menelan tonik hati itu, tiba-tiba hatinya semakin parah dan dia muntah darah. Bersama-sama darah itu keluar sisa-sisa hati yang telah hancur. Dia kini nihil hati.

[nota ranting: tonik hati itu sebenarnya tidak beracun. Bukan juga sudah luput tarikh. Atau tiada kualiti sebab harga murah. Tapi dia minum tonik hati itu bersama-sama dengan sebotol coke. Ikut hukum fizik (atau kimia), perkara ini menyebabkan perpecahan molekul-molekul dan mendatangkan pertentangan (iya kan sajalah!). Lain kali sila baca label terlebih dahulu.]

——-

Entri kali ini mahu salut untuk si cantik manis ILI yang sudi menjadi peneman kembara seniSEmBanG jalanan dan ahli persatuan GPS johor bahru. Aku ada dengar entah di dialog mana, menikmati perjalanan ke destinasi itu lebih bermakna daripada ke destinasi itu sendiri. Lebih kurang lah.

Dan masih terasa lagi enak tomyam thai Danga Bay. Serius! 21 das tembakan salut dan satu stadium ‘mexican wave’ untuk Ili.

Nota: Das tembakan ditaja oleh tentera marin ‘A Few Good Men’. Mexican Wave ditaja oleh penyokong penyokong Arsenal.

15 komentar

  1. Eh ada tribute untuk saya. Time kasih juga non-stop melayan saya berbual sepanjang 5 jam perjalanan. Een, Exike cakap tomyam tersebut tak sedap. Sila tembak beliau juga.


  2. Tonik hati boleh bikin sendiri jika kamu pandai adun campur bahannya lor..Sila tanyakan pada Ah Seng adakah dia tersalah adun atau dia minum toniknya bersama air berbusa itu hahaha!


  3. Tonik hati campur air daun ketum tak nak cuba?
    Mana tau lagi mujarab….

    .


  4. betul2 wujud ke tonik hati ni?kalau gitu senang la org patah ati pas ni.hehe


  5. mexican wave sponsor bt Arsenal fan.
    huhu
    gua suke!!


  6. ili.
    mungkin selera azmi bukan selera thai. seleranya, selera masakan indonesia.🙂

    kak lily.
    alamak. boleh ya? nnti nak mintak resepi adunan buat tonik.

    nizam.
    ala. nak jelajah mana pulak nak carik daunketum tu?

    bebel.
    eh. memang wujud dowh. kalau dikomersialkan, memang ramai akan sengaja patah hati.

    rembo.
    kalau suka, buleh join buat mexican wave jugak.


  7. Salam Alina,

    Alamak! Terbaca komen ili, terus takut dibuatnya – jangan tembak, C4 je! Hehe.

    Kalau nak try ayam golek dan kari hijau masakan Thai, nanti datang ke Kota Damansara ni ye. Er…tu pun kalau gerai memba tu dah mula masak kari hijau tu. Sedapnya, hmm….siapa dah makan tahulah🙂


  8. Aku mahu semuanya! Tak mahu tinggalkan Baki!
    Sisa dan daki aku tinggalkan. Agar mereka miskin!
    Aku jadi kaya dan mampu ketawa selama mungkin!

    (Malas update kat blog sendiri, update kat blog org pun ok jugak!)


  9. tonik untuk hati yang kronik…
    mungkin kimia tapi bukan fizik…
    bukan salah Ahseng kasi tonik…
    tapi empunya hati yang sangat kronik…

    sapa suruh minum coke??? aduyai…


  10. shah.
    ish. kang menangis tak berlagu si ili kalau saya C4 si azmi tu.. haha.
    kari hijau?? erm.. macam menarek aje dengar nya. nnti kalau tersampai di damansara perdana tu, bolehlah saya cuba.

    dan.
    wah. kalau dan selalu update di blog nih, nanti saya kompil kan dan buat satu entri khas! wah. kelas gitu!

    imran.
    ish. aku suka. aku suka puisi pantun nih.
    tak sapa pun suruh minum. aku pun tak suka minum coke. air ribena sparkling mungkin. tapi bukan coke.


  11. jgn arsenal sangat.masih belum terlambat untuk tukar kem.
    utk masa depan yg lebih ceria,bebas toksik dan kekecewaan…u tau kem mana nak join k..
    😛


  12. ji.
    haha. gelak yang itu hari tak habis lagi nih. haha.


  13. // memang tak sedap sangat la… boleh angguk sikit sikit je kepala kalau ditanya sedap ke tak… tp kalau nkau pegi kat OM SETAPAK… aku angguk laju laju…


  14. tonik? aku takut benda alah tonik ni haih~


  15. Een, nanti datang JB lagi kena makan ayam penyet ok?



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: