h1

Bak kata Termana, open negosiasi!

November 17, 2008

Reformasi’Lah: Suatu Diskusi.

reform

Rasanya, Imran lebih bijak memberi deskripsi tentang keseluruhan diskusi formal dan tidak formal ini. Sila ke sini.

———-

Remembering Bersih: Pada ketika Negaraku dinyanyikan.

Kami di kedai mamak minum teh. Dan nescafe. Sambil melihat sekitar. Melihat jika ada apa apa kaos lagi. Pemuda sosialis dan Yoshi masih ketawakan Termana. Di waktu ribut ribut tadi, apa cerita sudah sakit perut? Aduh. Kami memesan teh tarik, nescafe, dan teh ais pada pelayan yang masih kurang vocab Bahasa Malaysia. Habri masih bertelefon. Mungkin mahu mengupdate peristiwa. Kemudian Yoshi menceritakan tentang perhimpunan di Indonesia. Di sana, perhimpunan jarang dilakukan pada waktu malam. Dan anggota polis di sana tidak memulakan tindakan kecuali diprovokasi atau diasak. Zam dan Habri kemudiannya bercerita tentang seseorang yang disyaki SB, inteligen yang menyerap masuk dalam kumpulan-kumpulan ini. Sangat senang sebenarnya untuk mengenalpasti mereka yang berjenis ini. Kamudian aku memesan roti canai banjir. Tiba-tiba terasa lapar.

.

25 minit sebelum itu…

.

.

Video tajaan Yoshi.

Selanjutnya, boleh dibaca di sini.

.

[Nota ranting]

Kepada cybertroopers, diminta tidak red flagkan blog ini atau meletakkan dalam label-label asing. Aku bukan pejuang. Aku melukis dan menulis. (Ok. Mungkin sekali sekala berjuang dalam seni. Dan kemanusiaan. Yeah, right! huhu). Aku pasti ini tiket untuk aku tebus lesen neutral seperti para wartawan. Seni dalam mencari ilham. Perlu ke sana dan ke mari. Perlu melihat dan merasai. Perlu partisipasi. Aku tidak mempunyai imginasi yang tinggi. Aku perlu ini. Sekali skala. Untuk jadi ‘gila’. Ha. ha.


11 komentar

  1. Beraninya dia…


  2. Saya tak nampak pun muka saya dalam gambar tu. hahaha! saya ada jambang yang seperti seorang pemberontak lapar! :-p


  3. alamak, sayangnya tak dapat view video tu.biasa lah, pakai internet opis ni memang kena block.hehee


  4. nizam.
    kadang kadang aje.

    dan.
    huhu. takpelah. lain kali boleh jumpa.

    sukabebel.
    imagin aja. tengah perhimpunan nyanyi lagu negaraku di sekolah tu, tiba tiba ada sekumpulan orang pakai mask dan berperisai datang rempuh dan tangkap.


  5. rock 🙂


  6. Salam Alina,

    Itu Alina ke yang dalam gambar tu? Lain benar rupa…;)


  7. ah, aku kurang mood nak menulis dua tiga hari ni. melukis apa lagi. lepas aku quit dari uitm melaka (ad10 grafik) tu 1997 tu dulu, aku dah tak pernah melukis lagi. noktah. melukis dengan kata-kata kadang2 buntu juga. dan aku rasa macam bodoh dua tiga hari ni.

    ah, mengapa aku mesti cerita kat kao? hahaha


  8. alina manis, sang wirawati ultra gagah perkasa peminum tonik obat hati,
    (eloe lagi kayak popeye nih!)

    kata pak keris mas: orang yang berjuang, sama ada hilang atau terbilang.

    kata mk ghandi ji: first they ignore you, then they ridicule you, then they fight you, then you win.

    kata si kalidasa (shakuntala, babak 6: 9): never do great men give themselves up to grief; the mountain are calm even in a tempest.

    kata pak hamka: putuslah tali layang2, robek kertas tinggal bingkai; hidup jangan alang kepalang, kaya tidak berani pakai.

    nb: alina, maaf masih tidak boleh menulis banyak (aka balas emel). ada yg cedera parah. hati patah? tidaklah. ia masih oke oke-lah!


  9. ya ya
    daniel ada jambang
    macam teroris haha


  10. kamal sabran.
    er. terima kasih?

    shah.
    lain ke? sama aje kot..

    rahimin.
    kenapa quit? bercelaru dengan lecturer ke? kalau minat dan bakat masih ada. why not?


  11. echo. salam.🙂. ya. saya berjuang ya selepas ini. terima kasih suntikan semangat.

    juna.
    dia macam teroris ke, teroris macam dia?



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: