h1

Cuti paling menarik adalah pada hari Isnin.

November 23, 2008

n518820956_1560333_8211

n518820956_1560354_1853

.n518820956_1560374_5793

  1. Ada jambatan yang kukuh sebenarnya antara Indonesia dan Malaysia. Dan selat di bawahnya ialah dataran hijau.
  2. Dan antara kami sesama Malaysia juga kadang tersasul berbicara dalam bahasa Indonesia. Waduh.
  3. Ada gadis manis neomodenis-liberalis-melayu bertudung serba hitam, berbaju serba hitam. Lengkap. Berbahasa Inggeris dengan kami di gerai Gerakbudaya. Kemudian aku lihat keluar. Mungkin ada salji turun di luar di bulan Disember ini? Tidak ada. Yang ada cuma hujan yang lebat.
  4. Young Guns 08? Acara menarik. Tapi mungkin kurang promosi. Ditambah lagi hujan pada lewat petang. Ditambah lagi, pemuda-pemudi penggerak wawasan negara turun ke ipoh untuk xgig. Ya. Ini tiada dalam agenda sebenarnya.
  5. Ya. Aku terjumpa dengan penterjemah hebat.
  6. Aku rasa mahu beri buku imbasan tulisan Hassan Ahmad kepada si gadis manis neomodenis-liberalis-melayu serba hitam itu untuk dibaca.
  7. Aku bilang sama Termana, dia akan masuk syurga kerana buat kami ketawa dan gembira. Dia kata enggan ke syurga, dia mahu ke neraka. Ada Kurt Cobain, ada Castro, ada siapa entah lagi entah. Kemudia dia ketuk dahi apabila Isra dan Azmi kata, kat sana juga mungkin ada Suharto. Pemerintahan diktator di neraka. (mereka cakap mungkin ya. Ini hanya bual kosong, bukan manifesto).
  8. Malam itu adalah malam senaman pipi. Kami muda beberapa tahun pada malam itu.
  9. Ada konsep 6 degrees of separation antara kami malam itu.
  10. Aku sudah beri kunjungan tentatif kami nanti ke jogja kepada Yoshi. Aku sudah termimpi-mimpi. Dan berasian lagi.
  11. Kami sudah tandus idea mahu ke mana malam minggu. Dalam cahaya yang menyelimuti Kuala Lumpur, sebenarnya tiada apa apa. Kuala Lumpur tiada apa apa untuk kami. Pada malam itu. Atau kami yang sebenarnya telah puas. Telah puas menari-nari dalam kota moden penuh lampu neon. Suatu ketika dahulu.
  12. Akhirnya makan dan makan lagi. Akhirnya ke bandar atas danau kota. Akhirnya makan dan makan lagi di Kuala Lumpur. Ya. Kami datang untuk makan. Patutnya ada lagu tema ‘Kuala Lumpur’ nyanyian Alleycats.
  13. Setiap daripada kami sebenarnya ada tersimpan suatu kisah suram. Kisah gelap dan suram. Yang hanya muncul sekali sekala di jendela mata.
  14. Kita selalunya bijak merancang. Tapi kadang-kadang ada takdir yang melintang, intersep membawa kita ke jalan yang lain. Mungkin lebih baik. Mungkin tidak. Dan hari itu mungkin yang baik-baik saja.
  15. Dalam riuh-riuh sebenarnya aku rasa ada sesuatu yang hilang. Ada void. Tenggelam dalam oblivion. Ya. Ada sesuatu yang tiada malam itu. Kamu.

[Nota ranting: Gambar-gambar diambil tanpa kebenaran dari fesbuk Zul]

19 komentar

  1. Seronok (dan cemburu) tengok kamu, Alina.🙂 Punya ruang dan masa untuk berteman dan berbicara seni secara langsung @ LIVE!

    Teman-teman baya saya sudah kurang masa sendiri. Aktiviti sosial kami, ah hangat sekali… tetapi hanya di FB! Haha. (Pathetic kan.)


  2. Een, nak ikut pegi Jogja..


  3. “Aku bilang sama Termana, dia akan masuk syurga kerana buat kami ketawa dan gembira. Dia kata enggan ke syurga, dia mahu ke neraka. Ada Kurt Cobain, ada Castro, ada siapa entah lagi entah. Kemudia dia ketuk dahi apabila Isra dan Azmi kata, kat sana juga mungkin ada Suharto. Pemerintahan diktator di neraka. (mereka cakap mungkin ya. Ini hanya bual kosong, bukan manifesto). ”

    Semalam aku lihat Hiratio Caine ditembak dalam CSI. Bilang sama Termana,dia juga ada di sana (jika temanmu itu obses dengan cerita bunuh-bunuhan dalam CSI ha!ha!)


  4. ya setuju! hari isnin hari terbaik untuk bercuti.


  5. ‘Sesat di Kuala Lumpur, dosa dan pahala bercampur,
    Tapi kita perlu hidup, kita perlu terus hidup…”

    “Neon yang indah, itu hanya perangkap membara,
    hati dan mindamu,…Ibu kota, tempat lahir tipu daya”

    Itu antara kata orang dalam lagu. Sebab tu aku malas nak ke sana. Dulu, masa muda-muda, aku ada lepak di sana malam-malam, saja cuba menyelaminya. Hasilnya, beberapa puisi aku hasilkan sebagai kenang-kenangan aku, sebelum aku tutup buku tentang Kuala Lumpur.

    .


  6. jika ada ‘kamu’ belum tentu dia mahu ke situ.


  7. // wahhahahahha… malam tu rasa macam 10 tahun muda… takde problem life… yang ada problem nak LEPAK kat mana… yeah, kl terlalu kosong dengan tempat tempat sempoi untuk melepak… tp banyak disko untuk orang miskin macam aku… hahaha.. repeatttt…

    // trimas untuk senyuman dan gelak gelak besar… aku pon terasa kurang malam tu, kurang dia walaupon berteman sms… jadi la…


  8. kak intan.
    saya sebenarnya tidak punya masa yang banyak. tapi saya belajar jadi pencuri masa. untuk kawan kawan. jadinya, mereka sebenarnya yang berdosa, hahaha.

    ili.
    jom. kita redah jogja.

    kak lily.
    hahha. tak pasti sama ada dia ada obses itu. tapi ouch. horatio the best csi supervisor.

    shahril.
    kan bagus kalau setiap isnin kita cuti. hehe.


  9. nizam.
    wah. sudah talak tiga dengan kuala lumpur kah? dimana puisi2 itu? terkubur juga kah?

    ji.
    kenapa ya? kenapa ‘kamu’ itu tidak mahu bersama dengan ‘aku’ ya? erm.

    exike azmi.
    sebenarnya kau nak tulis, tak BANYAK disko.. kan? aku tak suka yang bising, yang sesak. nanti tak cukup oksigen nak bernafas.
    tapi tak boleh buat selalu kan? nanti pecah kepala. haha.
    lain kali kita ajak kau punya ‘dia’ untuk meriahkan lagi suasana ya.


  10. Ada aku simpan.
    Nanti aku tampal kat ‘rumah’ aku.


  11. Alina;
    Yes, it was; malam itu malam gelak tawa.
    Terlalu penat tertawa dan bincang
    Akupun langsung tertidur dengan sukses
    Tanpa mimpi, tanpa bayangan,
    Yang ada hanya kenangan yang sulit terulang…
    That’s the art of lepak-ing…

    Kak Lily:
    Siapa itu Hiratio Caine? Aku ndak tahu…hehehe

    Mungkin aku pilih neraka karena aku pikir disana hidup lebih variatif.
    Sorga boring; terlalu banyak orang baik…hahaha
    Lepak-ing sama Soeharto dan Kurt Cobain atau/dan mungkin Hiratio Caine, mungkin lucu maybe…hehehehe
    Salam kenal!!


  12. nizam.
    ok. aku tunggu sesi tampalan.

    termana.
    wah. bagus sungguh ayat-ayat (cinta) kamu. hehe. yes. it is the art of lepak-ing at mamak-ing! aku juga tidur terlena. tapi masih ada mimpi.

    kalau di neraka, aku rasa kamu akan jadi penghibur mereka. bila mereka terhibur, mereka doa yang baik-baik saja sama kamu. kemudian, kamu dilontar pula ke sorga.kerana mereka doa yang baik baik saja untuk kamu. haha.


  13. Salam Alina,

    Waduh waduh waduh! Berpesiaran nona manis kita di Kay El ya! Hmm…dan kini kedengaran pula di telinga saya lagu ‘Kuala Lumpur’ Alleycats itu, menyucuk kenangan lalu.


  14. sapa cakap kuala lumpur tidak ada apa-apa.
    aku belum puas bergembira di sini.
    tapi amat susah sekali.
    mencari calon isteri.
    di sini.

    dam dam dam dam!


  15. abg shah.
    hehe. bukan berpesiaran. cuma berlepakan. saja. jalan jalan. dan makan makan. kenangan apa itu ya di kuala lumpur??

    rajuna yang dah pakai rxz.
    celah mana kuala lumpur yang kau cari tu??? ada. tapi cari tempat yang salah. memang lah.


  16. salam. sayer x fahamlah per maksud u, sorry dah kacau.


  17. aku suka isnin cuti, paling merehatkan minda agaknya.

    wah! ronda2 tak ajak aku…


  18. Aah la Rajuna. Ade je.. Ko gi salah celah kot tu..


  19. paim.
    er. maksud u, maksud yang mana ni?? i pun tak faham lah.

    imran.
    ceh. bukan kau hari-hari pun cuti?? erm. er. nak ajak, tapi kau kan sibuk dengan bengkel.

    ili kepada juna.
    itulah pasal. ramai kan sebenarnya?



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: