h1

Aku binatang jalang.

November 25, 2008

Jika hidup ini perjudian. Maka kita semua berdosa.

Jika perempuan itu nafsu. Maka aku sudah berjaya goda orang alim.

Jika pelangi itu indah. Maka warna adalah kebisingan yang senyap.

Jika manusia itu binatang. Maka ibubapa ini binatang paling hina.

Jika dunia ini pentas. Maka Emelie ada dalam setiap kita.

Jika bulan itu dekat. Maka tidak perlu lagi pungguk menunggu.

Jika dunia ini dilipat. Maka tidak perlu lagi kita terbang.

Jika kota itu kaca. Maka jerit kamu telah memecahkan dindingnya. Dan serpihan itu terkena aku.

Maka sayang. Hidup ini percaturan. Dan Bobby Fischer ialah kamu. Gerakkan bidak-bidak dengan bijak. Dan memintalah. Dia pasti tunai. Jangan kusut.

.

[Nota ranting: Merujuk yang nombor empat. Aku rasa mahu kembali ke zaman lampau dan culik bayi ini waktu dia lahir. Sedih.]

23 komentar

  1. Kamu tak boleh kembali ke zaman lampau. untuk culik baby P. Maka harusnya kamu menghasilkan satu untukmu. sendiri…

    Kalau fikir pasal dunia. boleh sewel. kenapa jadi begitu. begini. Aku ada satu puisi tentang dunia. tapi belum lengkap. walau telah hampir 5 tahun. bayangkan sukarnya nak cerita pasal dunia. belum lagi yang akhirat…


  2. ianya satu puisi prosa yg indah walau ianya tentang kekusutan/atau tentang menentang kekusutan dunia /dan di ganggu oleh imej dan cerita Baby P yang sadis.

    membaca puisi yg baik di waktu pagi sangat menyenangkan.


  3. aku makin suka klik link blog ko… aku suka baca puisi2 ko (puisi ek, aku ni buta sastera) karang lah banyak lagi… aku sangat suka baca pusi best pepagi buta b4 start keje hehehe


  4. Jika matinya kamu terus ke syurga pasti hidup ini tidak memusingkan. Agaknya..

    [aku dan kamu dan kamu2 semua] selalu sahaja mengimpikan kesempurnaan dengan beralasankan ‘JIKA’.

    Kemenangan percaturan ditentukan oleh pemainnya sendiri. Harus bijak. Main catur harus tenang. Harus satu per satu. Harus ingat matlamat akhir catur. Jangan sampai check-mate diri sendiri.


  5. apa dah jadi dengan ‘skin’ blog kau ni?


  6. kesian ngan Baby P…kalau masa dapat diputar, pasti ::aku:: pun nak amik Baby P…ataupun, terus saja tembak bagi mampus mak Baby P and bapa tiri dia tu…

    thanks 4 the info on Baby P, dapat ::aku:: masukkan kat blog…tensionnya, sampai tercabut rambut dikepala…kutu kelemumur (kalau ada) semua mampus terus sbb panas otak…


  7. nice words. very nice!


  8. kalau difikirkan sangat memang senak.
    senang begini sahajalah.
    kita buat apa yang dirasakan perlu.
    persetan kata2 orang lain.
    jadi diri kita sendiri.
    mungkin, berada dalam kelompok sosial
    yang senasib adalah lebih baik.


  9. ah
    kalaulah aku ada kelebihan lelaki entah siapa namanya dalam filem the butterfly effect tu.


  10. nizam.
    senyum baca nizam. nantilah. insyaAllah. tentang dunia itu memang tak habis. tulis memang tak habis. kan. tulis mana yang sempat aja.

    ji.
    kamu memang positif. dalam kusut itu kamu nampak indah. terima kasih.

    mira.
    thanx. aku pun suka baca kau. buat hibur hati. tulis banyak banyak eh. bukan puisi sebenarnya. puisi tingkat paling tinggi. ini hanya frasa yang prosaik. saja.


  11. imran.
    ya. mungkin. mahu mati sekarang lah juga. baik sifoo. akan aku ingat. ya. jangan tercheckmate diri sendiri.

    abang naga.
    er? huh? apa dah jadi eh? ok aje.

    xuheida.
    agaknya. kalau kita dah ambik baby P tu, mak dia pun tak jadi pendera dan pembunuh??? terima kasih juga. baguslah kalau kelemumur dah tak ada. tak payah pakai syampu kelemumur lagik.

    rembo.
    thanx.


  12. juna yang rok tapi kampungan.
    ya. baiklah. terima kasih nasihat.

    shahril.
    ashton. nama dia ashton kuscher. ya. aku pon suka cerita itu. asyik tarik jantung aku aje.


  13. Salam Alina,

    Kalau hidup di dunia ini abadi, maka sudah lama kita mati.


  14. aku benci pelangi kerana dia cantik tapi aku tidak mendapatinya.


  15. Ada satu lirik lagu keras yang aku rasa paradoxnya boleh diterima akal:
    ‘…before you see the light, you must die…’

    Dalam budaya kita: ‘ kalau lu nak masuk syurga, lu kena mati dulu…’


  16. Huhuhuhu dapat ilham dari ‘jika bulan ini dekat….’


  17. YOU CAN ONLY GET SMARTER BUY PLAYING A SMARTER OPPONENT.


  18. salute ngan ayat2 ko..leh kata aku akan baca setiap post baru ko…lina ko leh minta tolon kawan2 ko yg leh wat caricature..coz aku rasa tuk pojek rukun negara tu perlukan org yng camtu tuk lukisan secara spontan…aku ngan am hanay akan monitor jer…kalau leh nak yg leh dari hari sok till ahad nie….pojek ni tuk terapkan nilai2 rukun negara..sambil tu kekawan artis leh promote diri sendiri…


  19. Putih je niiiiiii!!!!


  20. abg shah.
    Wah. itu indah!

    shurga.
    kamu mahu yang cantik cantik sajakah???

    nizam.
    ya. saya pernah dengar entah dimana lupa..

    ili.
    tunjukkanlah ilham yang terhasil tu!

    ajin.
    ya betul! setuju amat.

    wadi.
    ok. aku dah bagitau sama kau kan. tunggu aja ya.

    abg naga.
    putih?? er. tak dapek nak nolong. orang lain macamana eh? ok ke putih jugak eh?


  21. Een, ilham ada di ‘Untitled’. Kali ni, puisi sewaktu gembira.


  22. wah,ini satu puisi yang cantik amat. tajuk yang klise tak menjamin ada plagiat pun.
    ada jiwa.ada cerita.cukup kata-kata.
    aku pasti akan selongkar lagi yang lain-lain ya.


  23. terima kasih gin. blog kamu orang juga menarek.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: