h1

Yang nombor tiga. Yang bertiga. Yang selalu jadi ketiga.

November 27, 2008

Hari itu dia ke lorong nombor 0.3 lagi. Setiap bulan pada hari ke 31, dia akan ke situ. Tapi pada hari ini dia menjerit. Dengan nada picing skala 23. Lorong itu sudah tiada. Diganti dengan rumah nombor 13. Dia lalu mengetuk pintu rumah itu 3 kali dan keluarlah 30 ekor kucing.

(nota ranting: entri ini tidak ada nota. Sebab penulis sendiri tidak faham apa kaitan penggunaan nombor 3 dalam setiap baris ayat. Dan juga, tidak semua bulan yang cukup 31 hari. Dan picing tidak ada sampai skala 23. Juga tak mungkin ada orang pelihara kucing sampai 30. Er. Ok. Itu punya posibiliti. Tapi yang penting. Cerita ini tidak ada kontinuiti atau kemunasabahan. Kena olah. Atau peram lagi.)

.

Minggu ini minggu kelamkabut. Bukan kelamkabut sangat pun. Cuma ribut ribut sikit aja. Tugas tak rasmi. Sebab itu, aku ingatkan hari ini hari Rabu, dan esok nya Khamis. Nasib baik teman nelefon ingatkan tentang acara ini. Kalau tidak pasti dia akan muntah lahar marah kan aku sebab aku dah (akan) mungkir janji. Hence, entri kali ini pun pendek aja.

9 komentar

  1. Jiwa kamu sedang kacau-bilau tu.
    Bawa-bawa la bertenang.

    Ok..tarik nafassss…..dan hembussss….[3x]

    Oh, ya. Mungkin juga kamu nak terima visi baru. prekognisi lagi…


  2. Apakah TIGA bagi kamu?
    Atas kamulah jawabannya…

    Imaginasi yang melampaui kelogikan akal manusia kadangkala mampu menghasilkan sesuatu yang di luar kotak kebiasaan fikiran.

    Tiga kamu tidak munasabah tapi tidak juga mustahil

    Teringat “Alice in the Wonderland”…


  3. aku dilahirkan pada bulan 3.
    aku suka aku suka!!!


  4. Sebagai seorang yang sering dilabel ‘orang ketiga’. Hati saya terusik.


  5. diterjemah dari pemikiran yang kusut kot.. bawak bertenang.. hehehe… imaginasi kau memang menarik.. ntah macam mana aku boleh masuk dalam dunia khayalan kau tu.. wah mcm cerita thriller..

    *yang tak berapa nak logik tu aku abaikan, sebab pembawakan cerita ko menarik heheheh


  6. nizam.
    hehe. takdelah sampai ke jiwa. cuma fizikal dan minda aja.
    ya. ya. prekog lagi pls.

    imran.
    3 itu angka keramat. ada pros. ada cons. ada baik. ada buruk. tapi maslaahnya tak tau mahu pilih atau tidak. erm.

    aie.
    ya. aku tahu.

    stam.
    ya. memang itu pun intent aku.

    mira.
    wah. jadi thriller la pulak. aku pun rasa kamu. hehe. weh. bila nak amik tshirt nih. dah ada kat aku dah.
    and terima kasih. aku pun suka baca kamu.


  7. ha ah ek t shirt tue… hahaha.. kalau laa ko muat, aku hadiah kat ko je.. betul aku ikhlas haha..

    cuba ko sarung t shirt tu sekarang.. kalau ko rasa tak rasa macam pakai kelambu, aku dengan tulus ikhlas bagi kat ko.. kalau ko rasa mcm terlebih kain, nanti aku cuba cari ruang masa g ambik dari ko.. setuju??


  8. yang pasti
    anda pasti tak setuju dimadu 3


  9. mira.
    ala. kalau aku pakai, aku ada dua baju yang sama, warna lain-lain. nanti orang ingat aku celup ngan kaler baju yang sama. nanti ko amiklah. kta rantai nanti ke.

    juna.
    er. no komen.



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: