h1

Merpati adalah simbol klise untuk kebebasan.

Desember 2, 2008

Kalau ada yang perasan imej badge Facebook di kiri tiang blog ini, minggu ini akan ada acara ini.

Sepanjang tempoh pameran, beberapa aktiviti telah dirancang. Antaranya:

1. 5 Disember 2008
Persembahan solo Black: MALAM MENCARI KEBEBASAN
Menampilkan rakan-rakannya; Rahmat Haron (mendeklamasi sajak), Abroco (penyanyi) & Syafiq Sunny (penyanyi).

2. 6 Disember 2008
Persembahan solo Meor: RABAK AKUSTIKA
Menampilkan Azmyl Yunor (penyanyi dan penulis lagu) dan Hishamuddin Rais (mendeklamasi sajak).

3. 7 Disember 2008
Pengumuman pemenang oleh YB Datuk Tan Lian Hoe (Timbalan Menteri Penerangan).
Pembacaan puisi kebebasan oleh Vovin dan Rozan.

Bagi kesemua aktiviti, masuk adalah percuma. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan. Karya-karya yang dipamerkan juga adalah untuk jualan.

Dipetik dari, dan selanjutnya, di sini.

——————————–

Ya. Ada kawan-kawan yang kita kenal. Sila datang dan beri sokongan. Jom!

14 komentar

  1. i don’t understand why (work of) freedom capturing in the scene? aha, mungkin memang bukan merpati, mungkin juga bukan kupu-kupu (itu gambar kupu-kupu). bukan pada photo, bukan pada tempat, bukan pada apa dan siapa,… tapi mungkin pada space, pada moment, pada perjumpaan. yeahhh, jom!

    salam kenal semua. [yoshi].


  2. Yes..segala acara menarik sekali. Mau aku pergi emuanya. Malangnya tiada sayap mau terbang..moga aku tidak perlu membonceng motor dia yang kurang suka untuk acara2 sebegitu. Uhuuu..


  3. Salam Alina,

    Tak anti-establishment, tak mau lah – tadak ummph! Hehe😉


  4. Malam itu malam gelisah,
    untuk mereka yang berwajah-wajah,
    Aku ingin terus mencari penawar sakti,
    Buat ubati sawan dan menahan gigil ini.

    Kebebasan ada dimana-mana,
    tapi bukan di sini.
    Malam gelisah.


  5. Ok, aku TERpaksa temankan Vovin pergi baca sajak kat sana walaupun esoknya adalah HARI RAYA QURBAN!


  6. adakah semua acara di Pelita Bangsar?


  7. ok.sudah check fesbuk!😛


  8. yoshi.
    kan merpati selalunya dilambangkan sebagai kebebasan?
    ya. betul kata kamu. pada perjumpaan, moment dan spacenya. jom.

    teman-teman, kenalkan ini yoshi.

    kak lily.
    tak apa kaklily. ada kesempatan. datang ya.

    abg shah.
    inilah yang anti establish nya. hehe. kata nak support abg faisal..?


  9. nizam.
    kenapa mesti gelisah. kenapa malam gelisah tak ada penawar?

    abg naga.
    kenapa si nazri nak kena berteman pulak.. haha. saya tak buleh datang hari ahad, udah balik kampung. nak raya.

    ji.
    bijak! jom lah?


  10. Alina,

    Tapi, kalau dah jemput timbalan menteri, dah bukan anti-establishment lah. Den ni ha, phobia and allergy ngan mereka yang sedang bertakhta tu ha😉


  11. Tatau la apsal gelisah…
    Bila sebut pasal kebebasan je, aku jadi gelisah.
    mungkin adalah…ceritanya…zaman dulu-dulu…tapi aku simpan je la.
    penawar ada tapi yang sakti sampai hilang parut tu tak jumpa-jumpa.


  12. nizam, tak de kena mengena nk gelisak ok. he he.

    :p


  13. abg shah.
    hehe. yang tidak bertakhta tu, semua tak availbale kot. balik kampung raya.

    nizam.
    ooowwh. gitu rupanya. tak apa. parut itu sejarah kita. buat ingatan kita.

    tasik to nizam.
    tak paham. huhu.


  14. terima kasih ajelah kerana memberi promosi kepada acara-acara tersebut.

    Ada yang kata tak anti-establsihment, dia ni tahu tak acara apa yang aku buat ni?



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: