h1

Malam hampir epifani.

Desember 9, 2008

Close encounters of a third kind. (Katanya..)

2007.

Malam itu aku bertemu puteri bunian. Puteri bunian Gunung Ayam. Dia duduk bersimpuh tidak jauh di hadapanku. Tangannya lembut terletak di paha. Sesekali dia mengirai rambutnya yang panjang. Secara figuratifnya. Aku berbual dengannya. Kami berbual atas courtesy ayah aku. Dari gaya bahasanya, dia seakan menggunakan bahasa klasik.

Dia bertanyakan namaku. Aku menjawab. Dia tersenyum dan memuji aku. Katanya aku cantik. Aku kira dia menilai dari suara aku kerana matanya separa tertutup. Katanya aku ini baik hati. Itu juga aku kira satu prejudged. Kerana secara logik, baru kenal aku malam itu. Dia berkata aku ini sudah berpunya. Aku cuma tersenyum. Dalam fikiran aku sudah ligat berfikir, lelaki manakah yang dia nampak di hati? Oh kacau.

Kemudian di akhir, dia berqasidah Rasul sambil tangannya membuat gerakan. Menyapu-nyapu mukaku. Katanya untuk naik seri. Suaranya sungguh merdu. Teringat ingat aku sehingga kini. Tangannya begitu gemalai. Terbayang bayang aku sehingga kini.

Selepas itu puteri bunian minta izin pulang. Diganti dengan nenek yang memberi khazanh harta karun untuk ayahku. Aku patutnya minta semangat putri Saadong. Aku patut minta chenta puteri Saadong. Tapi bukan nasibnya. Ok. Aku tak patut meminta-minta.  Nanti Tuhan marah.

Malam itu aku berjumpa puteri bunian. Dan dia memberi aku susuk qasidah rasul.

———————–
Dua malam lepas.

Kali ini yang datang bukan puteri. Tapi Nilam. Namanya Nilam. Ayahku panggilnya ‘anakanda’.  Bahasanya juga bahasa baku atau klasik. Dia memberi resepi untuk mendapatkan anak kepada abang dan kakak ipar aku. Oh ya. Dia juga seorang yang kelakar.  Riuh rendah kami pada malam itu dengan lawaknya. Ada juga lawak ‘dalam kelambu’. Haha. Kepadaku pula, dia berkata, setahun dua lagi. Lepas ini mula jalan berdua-dua. Wah gitu. Propa.

Dia juga beritahu, minuman tongkat ali itu tidak elok dimakan. “Minum banyak tongkat ali akan jadi lembut!,” katanya sambil jeling ke arah abangku.

“Ah, Nilam memang cantik!” katanya bila kakak iparku memujinya.

Malam itu kami bertemu Nilam. Dan dia banyak membuka pintu kepada kami.

.

[Nota ranting]
Gunung Ayam merupakan tempat yang dikatakan Cik Siti Wan Kembang bersemayam di akhir hayat baginda. Gunung Merak pula tempat bersemayam Putri Saadong (anak angkat Cik Siti). Mereka dikatakan yang tercantik pada zaman itu.

Putri Saadong dikatakan bersemayam ke Gunung Merak kerana kejadian bunuh suaminya, Raja Abdullah. Putri Saadong yang pulang dari tawanan Raja Siam, kecewa melihat suaminya yang tidak setia pada nya dan berkahwin lain. Pertengkaran terjadi dan Puteri dengan tidak sengaja tertikam Raja Abdullah dengan cucuk sanggulnya.

Lagendanya mengatakan juga, Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang masih ada sehingga kini, sebagai bunian.

Wallahualam. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri ye..

23 komentar

  1. aku suka baca.. tapi aku seakan yakin apa yang aku baca tak sama dengan apa yang kau nak sampaikan.. sebab seni aku bukan seni kau.. aku rasa..

    kau ada simpan batu delima ke?

    aku tengok kau sendiri tak semisteri kata2 kau hehehehe… tapi aku suka.. ikhlas…


  2. Mesti cantik dia orang tu, kalau tak, takkan dia orang boleh terkenal…
    Kenapa mereka yang famous kalau mati dikatakan hilang? Atau memang dalam bahasa melayu klasik perkataan hilang itu juga merujuk kepada kematian, cuma bahasa kini yang selanjutnya menafsirkan hilang itu bermakna ghaib? Lantas timbul cerita yang ghaib itu masuk ke alam bunian…

    Terjadi pada abg aku yang menjadi perantara. ‘Haji’ itu bila ditanya, katanya dia adalah manusia biasa, pergi ke Mekah dan duduk membaca Quran di satu tempat berhampiran Ka’abah. Tiba satu ayat tu, orang tak nampak dia, dia ghaib, sampai sekarang. Katanya, ramai yang begitu. Bukan dia seorang.

    Entahlah….


  3. weh, ko dah naik ke gunung ayam tu? femes tempat tu weh. tapi aku haram tak pernah panjat masa duk kelantan dulu! haha


  4. Hmmm…Alina, sungguh menarik catitan kali ni. Misteri …

    Tapi aku selalu berfikir, bagaimana yang dikatakan ‘tercantik’ atau ‘paling cantik’ di satu-satu masa? Mungkinkah firasat tahap langit ke tujuh? Atau, ada cermin ajaib yang berkata-kata seperti kisah Snow White?

    Pada aku, jika ada yang mengatakan paling cantik, harusnya ada lagi yang paling cantik. Cantik itukan subjektif amat.

    2006.

    Isteri aku bercerita. Malam sebelumnya, dia didatangi seorang puteri Jawa. Puteri dari tanah Jawa. Figuratifnya, berpakaian dan berperawakan seperti orang baik-baik tanah Jawa. Bahasanya lembut, gaya klasik lenggok Jawa.

    Puteri Jawa itu bertanya, bolehkah dia tinggal bersama-sama dengan isteri aku. Isteri aku termanggu, di dalam kemamaian malam. Sunyi seketika. Isteri aku menggelengkan kepala tanda tak mahu. Berat, tapi harus. Puteri Jawa mengerti lalu pergi menghilang di dalam kesunyian malam.

    Oh, kacau juga begini kata isteri aku.

    Di awal pagi, isteri aku terus menghubungi kerabatnya (adik-beradik juga ibu saudara di seberang tambak). Bertanyakan kisah pertemuan malam tadi. Jawapan dari adik-beradiknya negatif. Jawapan ibu saudaranya di seberang tambak pula positif. Kesemua ibu saudaranya bertemu Puteri Jawa, dari tanah Jawa, berpakaian dan berperawakan seperti orang baik-baik tanah Jawa, dan berbahasa lembut, gaya klasik lenggok Jawa.

    Misteri yang ada ta’rifnya.


  5. ooo… ada yek Gunung Ayam.
    🙂


  6. Gunung Ayam kat sana tu, tapi kalau gunung ayam kat dalam reban…

    .


  7. mira.
    hehe. seni itu tetap seni. biar apa pun takriif dan pandangan. terbuka untuk interpretasi. tidak ada yang salah.

    nizam.
    entahlah. kalau takanka hilang, jangan popular. orang dahulu kan banyak ilmunya. saya selalu berangan nak ke zaman lampau. tengok keadaan hidup masa dahulu. tanpa sebarang gajet elektronik.🙂. tentang haji itu, entahlah. wallahualam. kita yang berilmu sekalipun takkan dapat tanding ilmuNya.

    rahimin.
    tak penah jugak. rasanya jauh kot. tapi selalu jugak tetamu dari Gunung Ayam tu bertandang. ada seorang yang nakal, tinggal di bilik depan rumah ibubapa aku.


  8. imran.
    agaknya kecantikan masa dahulu cuma dari mulut ke mulut, dan semakin exaggerate. iyalah. orang istana mana dapat dilihat rakyat, kan? dan mungkin juga cantik itu kerana perhiasan serta cara berpakaian yang mahal-mahal. penulisan kau yang ini menarik juga. kenapa tidak biar tinggal bersama? boleh jadikan teman dan khadam.😉

    tasik.
    ada.🙂

    nizam.
    ada ke gunung ayam dalam reban???


  9. teringin pula gwe jumpa tetamu gunung ayam yang nakal itu …


  10. INilah apa yang gwe dengar dari bijak pandai, setiap keturunan akan tiba masanya di datangi oleh asalnya untuk kita mencari sejarah yan hilang dan memperbetulkan apa yang silap.

    rasanya dua tiga tahun kebelakangan ini makin ramai yang dapat membuka jalan mencari asal keturunannya. dan akhirnya semua ini adalah berkaitan antara satu sama lain.

    Tapi keinginan untuk mencari itu agak merbahaya jika yang dicari itu adalah sesuatu yang bakal merubah segalanya.

    Semoga tetamu gunung ayam itu akan sentiasa hadir…insyaAllah boleh juga gwe melepak dengan dia nanti …


  11. wah, akan bertambah cantiklah nanti apabila dah pakai susuk.🙂


  12. eh, gunung merak dgn gunung ayam tu kt mana eh? adeh lemah geografi btol ni.


  13. boleh request susuk pelaris kedai makan tak?


  14. freak.
    nak jumpa yang nakal?? dia pandai bersilat tau! hehe. Oh ya. aku rasa itu ada mungkin nya. nenek moyang kau ada jenguk jenguk ke? nantilah kalau datang segerombolan, aku akan suruh dia singgah ke tumah kau eh.

    abg naga.🙂. huhu.

    rembo.
    kat kelantan. tak apa. aku pun lemah jugak.

    juna.
    er. no komen. (ko nak kena sergah dengan derang???)


  15. Gunung ayam dalam reban=najis ayamla.


  16. tulisan yang terbuka pada interpretasi pembaca. aku suka ha ha ha.


  17. Bersilat tu yang bagus … mana tahu sama silat ngan hang jebat ke … bleh shoot bikin buku peh tu jual..egegegeg.

    jgn suruh singgah umah aku heg … kang makin penuh plak..egegege..ajak minum kat mamak je ler..

    Puteri saadong …ada gak member aku sorang yang selalu jumpa ..gamaknya korang ni satu keturunan kot …

    Gwe saja suka kumpul pengalam orang -orang lain pasal bende camni ..saja mau bikin kaitan dengan benda2 yang semakin pelik terjadi.

    Semua puteri …semua raja … semua panglima dan pendekar sudah mula muncul,
    Semua keris dan senjata makin banyak timbul, Permata dan segala batuan diserahkan pada yang hak,
    Jin, mambang hantu dan syaitan tanpa segan silu menempel di mata kamera,
    Bala dan bencan semakin banyak,
    Apakah mungkin tanda awal bangkitnya semula satu empayar?


  18. Aslkm …Waduh…Bagus ya rupanya kamu di ruangan ini..

    Ya…terdetik sedikit cemburu tetapi akan aku pastikan ini cemburu yang membuat aku selalu menjadi antara PEMUJA yang memuja hanya kerana Dia…
    …kerana Dia menciptakan keindahan yang ada pada kamu untuk kami semua meneguk dan menghayati keajaiban seni seseorang seperti kamu…


  19. nizam.
    oooooooooooo.

    artozy.
    terima kasih.

    pendekar alauddin.
    ishhh. kalau ajak minom mamak, tak balik balik lah dia. eh tak. cuma kenalan saja, bukannya keturunan. yang keturunan tu orang lain. ermmm.. aku rasa pon macam tulah kot. mungkin akan ada empayar yang bangkit. kita lihat saja. wallahualam.

    line.
    wsalam. hehe. ceh. takyah de puji aku. kita semua sama kan? aku tunggu ko menulis pulak. mana tau lagi best ke? sama sama kita eh. nanti lagi maju bisnes ko tu. aku tunggu nih.


  20. lama aku tak singgah. hehe. aku mau ajak kamu berduet baca puisi mau? hahahahahaha! ;-p


  21. ye lah dann. kamu ke mana? berduet baca puisi?????? hahahahahah! ;P


  22. banyaknya rahsia alam yang kita tidak tahu. samada puteri2 ni figuratif atau manipulatif fantasi minda luar sedar yang radikal…siapa tahu?


  23. […] Malam, Puteri Jawa Bertanyakan Catitan ini adalah rentetan tulisan “Malam Hampir Epifani” oleh Alina Abdullah (https://alinaabdullah.wordpress.com/2008/12/09/malam-hampir-epifani) […]



Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: